Kecantikan

Hilangkan Ketuat Dengan Cara Mudah, Guna Cuka Epal & Vaseline Sahaja!

Share

Ketuat memang sangat menyakitkan. Bukan sahaja ia membuatkan kita rasa tidak selesa dek kerana rasa sakit pada bahagian yang ditumbuhi ketuat tetapi dalam masa yang sama boleh membuat keyakinan diri kita ‘merudum.’ Apa tidaknya, jika ketuat tumbuh di tangan, tentulah rasa segan apabila hendak bersalaman dengan orang lain. Hilangkan dengan cara mudah, guna cuka apple cider dan vaseline sahaja!

Berikut perkongsian yang dipetik dari Facebook Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda tentang cara-cara merawat ketuat menggunakan ramuan cara DIY. Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Boleh Hilangkan Jerawat & Buat Kulit Bersih, Ini 7 Fungsi Hebat Cuka…

APAKAH PUNCA KETUAT?

Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

BAGAIMANA HENDAK HAPUSKAN KETUAT?

Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHILANGKAN KETUAT:

1. Cuka epal – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

2. Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

3. Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

4. Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.

LIHAT KESAN DARIPADA SAPUAN RAMUAN INI:

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber kredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda

Published by
SH