Kecantikan

Hilangkan Kesan Gelap Di Celah Paha, Ketiak & Leher, Boleh Pilih Cara Moden & Semula Jadi

Share

Kulit di bahagian ketiak dan celah paha memang berbeza daripada kulit di bahagian tubuh yang lain. Ia merupakan bahagian tubuh yang selalu bergeseran sehingga akhirnya menyebabkan pigmentasi yang berlebihan (hiper-pigmentasi).

Selain masalah jerawat, bintik hitam dan bintik putih, masalah kulit gelap di bahagian ketiak dan celah paha juga antara yang sering dialami oleh kaum wanita. Selain pigmentasi, kulat dan bakteria daripada peluh juga boleh terbentuk sehingga menyebabkan warna kulit di kedua-dua bahagian ini menjadi gelap.

Semua wanita pastinya tidak mahu ini terjadi kerana ‘keburukan’ ini boleh membuatkan wanita rasa rendah diri. Selain itu bahagian leher juga tidak terlepas daripada masalah kulit gelap.

Photo by cottonbro from Pexels

7 CARA MUDAH DAN PETUA HILANGKAN KESAN GELAP CELAH PAHA, LEHER DAN KETIAK

Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah paha, ketiak dan leher:

1. Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika menjadi hitam.

Photo: Canva

2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.

3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut.

4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

5. Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.

Cuba amalkan tip untuk menghilangkan kesan gelap di bahagian celah paha dengan cara ini:

1. Pencuci Khas
Gunakan pencuci khas yang mampu membersih sambil melindungi bahagian intim anda. Pilih pencuci yang membantu memutihkan kulit di celah paha, ia membantu menghilangkan kesan gelap atau kehitaman pada bahagian ini secara lembut.

2. Skrub
Seperti wajah, bahagian intim juga sensitif dan mesti dijaga rapi. Lakukan skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok celah paha secara perlahan-lahan untuk membuang sel kulit mati. Jangan terlalu kuat kerana ia boleh mencederakan kulit.

Photo by cottonbro from Pexels

3. Kebersihan
Jaga kebersihan, lap kering seluruh tubuh terutama pada bahagian celah paha. Pakai pakaian yang bersih, pilih seluar dalam yang selesa dan kering. Jangan pakai seluar yang terlalu ketat atau girdle yang kecil, ia menyebabkan paha bergesel dan kulit melecet. Akibatnya kulit menjadi gelap dan berparut.

4. Tabiat Menggaru
Jika berasa gatal pada bahagian ini, jangan menggaru. Gosok dengan lembut menggunakan kain atau tuala. Tabiat menggaru meninggalkan parut yang hodoh dan menjadikan kulit gelap serta menggerutu.

5. Losen Pencerah
Bagi anda yang mengalami kesan gelap yang serius, dapatkan bantuan ahli farmasi. Beli losyen atau krim khas yang dapat merawat kulit pada celah paha. Ia membantu mengurangkan kesan gelap tanpa kesan sampingan.

Photo by cottonbro from Pexels

6. Kerap Tukar Pad
Ketika datang haid, tukar pad dengan kerap untuk kebersihan bahagian sulit. Jika pad terlalu penuh dan bocor sehingga terkena seluar dalam, ia boleh menyebabkan jangkitan dan kegatalan kulit.

PETUA TRADISIONAL 

Baking soda
Baking soda bagus untuk exfoliant semula jadi kulit dan bagus juga untuk membersihkan kulit yang berwarna gelap atau warna yang tidak merata. Kombinasi dari baking soda dan air telah terbukti cukup efektif dalam mengatasi hyper-pigmentation yang terjadi di sekitar leher.

Berikut caranya:
1) Baking Soda
Campur 3 sudu baking soda dan 1 sudu air untuk mengentalkan campuran tadi. Sapu ke yang terlibat dan biarkan kering. Bilas selepas 15 ke 20 minit. Lakukan dua kali seminggu untuk memperbaiki warna kulit selama beberapa minggu.

Photo by Kaboompics .com from Pexels

2) Sireh dan Beras
Kisar segenggam beras sehingga halus, campurkan dengan daun sireh yang ditumbuk lumat. Adun sebati, jadikan sebagai lulur. Lumur pada tubuh terutama bahagian yang bermasalah, gosok perlahan untuk buang sel mati dan daki. Kulit akan menjadi halus dan cerah.

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

3) Betik
Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus, jadikan masker. Lumur pada celah paha, leher dan ketiak. Biarkan seketika, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan beransur cerah.

Photo by alleksana from Pexels

4) Serbuk kopi
Cara membuatnya sangat mudah. Campurkan serbuk kopi dengan sedikit air suam. Sapukan pada bahagian yang berdaki, urut lembut agar daki tanggal. Lakukan cara ini setiap hari hingga daki anda benar-benar hilang.

Photo by Anastasia Zhenina from Pexels

5) Kentang
Enzim catecholase dalam kentang mampu memutihkan bahagian kulit yang gelap di belakang leher. Mengandungi vitamin C dalam jumlah banyak membuatkan kentang mampu memutihkan dan menghaluskan kulit.

Photo from Pexels.com

Cara membuatnya amat mudah. Parut kentang atau kisar sehingga halus, kemudian sapukan pada bahagian yang gelap. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.

Photo by Lukas from Pexels

6) Lemon dan kentang
Campurkan jus lemon dan kentang yang dikisar. Sapu pada kulit yang bermasalah. Biarkan selama 10 sampai 15 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan tiap hari untuk kesan yang terbaik.

HIJABISTA: Tidak dapat dinafikan, ketiak hitam, celah paha yang gelap serta leher hitam pastinya akan membuatkan seseorang itu rasa rendah diri. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia tidak boleh pulih sendiri jika tidak dirawat.

Sumber kredit: Sembangkencang.com via Tabung INFAQ Pondok Perdana Top image: Photo by Elly Fairytale from Pexels

Published by
Norhasliza