Kecantikan

Hilangkan Jerawat Pasir Dengan Bahan Alami Antaranya Kopi, Macam-macam Boleh Buat

Share

Jerawat pasir yang tumbuh pada wajah pastinya membuatkan wajah terasa kasar. Bila mekap, solekan jadi tidak sekata dan kelihatan tidak rata. Tentunya keadaan ini sangat menganggu penampilan anda.

Sebenarnya masalah jerawat pasir ini boleh dirawat dengan cara menggunakan bahan alami. Hanya memerlukan kerajinan dan juga disiplin.

Berikut dikongsikan antara bahan-bahan alami yang boleh dijadikan medium untuk merawat jerawat pasir.

1. Tepung Jagung & Teh Hijau

Khasiat teh hijau adalah baik untuk kulit muka dan tepung jagung pula mampu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Gabungan dua bahan ini akan membuatkan sel kulit mati tertanggal. Kulit akan nampak lebih bersih.

2. Oat & Yogurt

Oat juga boleh menanggalkan sel kulit mati dan yogurt akan melembutkan kulit wajah malah akan memutihkan wajah.

3. Serbuk Kopi & Lemon

Lemon pula berfungsi menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah dan boleh memutihkan wajah. Kopi dan lemon akan terhasilnya skrub yang akan bertindak menanggalkan sel kulit mati dan juga menghilangkan jerawat pasir.

 

Cara-cara untuk membuat skrub ini mudah sahaja. Pilih salah satu petua yang dinyatakan di atas dan campur kedua bahan ini hinggalah menjadi skrub. Kemudian, sapukan sahaja di bahagian kulit wajah dan pastikan gosok dengan perlahan.

Cara ini akan membuatkan sel kulit yang mati tertanggal. Apa yang penting, jangan gosok dengan kasar kerana ia akan merosakkan liang pori wajah. Kemudian, cuci wajah dengan air bersih dan lap muka dengan perlahan menggunakan tuala.

Walaupun begitu admin nak ingatkan skrub ini janganlah dilakukan selalu. Lakukan hanya dua kali seminggu sudah memadai.

Sebenarnya banyak manfaat kopi untuk kecantikan. Antaranya:

1. Kecilkan Pori-Pori Pada Wajah

Tekstur wajah yang tidak halus biasanya disebabkan oleh pori-pori yang terlalu besar. Apabila anda menggunakan masker kopi, lambat laun pori-pori pada wajah akan semakin mengecil dan akhirnya wajah akan jadi lebih halus.

2. Atasi Wajah Berminyak

Wajah yang berminyak boleh menyebabkan jerawat. Selain itu, wajah yang berminyak juga akan tampak kusam dan banyak kotoran boleh menempel pada wajah. Masker kopi boleh membantu mengatasi wajah yang berminyak hingga menyebabkan wajah menjadi lebih lembap jika dilakukan dengan kerap.

3. Atasi Wajah Yang Kusam

Kopi mengandungi kandungan antioksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melindungi kulit daripada radikal bebas. Kopi juga dapat membuang kulit yang mati pada wajah dan akhirnya wajah akan kelihatan lebih cerah. Masker kopi akan membuat wajah menjadi lebih segar.

4. Melembut Dan Menghaluskan Kulit

Kopi dapat digunakan sebagai skrub dan akhirnya menyebabkan kulit menjadi lebih halus. Tidak semua wajah memiliki tekstur kulit yang halus. Kopi merupakan solusi yang terbaik.

5. Samarkan Bekas Jerawat

Jerawat merupakan masalah utama bagi para wanita hingga mengganggu penampilan. Penggunaan masker kopi dapat menghilangkan bekas jerawat tanpa kesan sampingan.

6. Blackheads

Blackheads biasanya muncul di sekitar hidung. Masker kopi dapat mencegah kemunculan blackheads bahkan dapat menghilangkan blackheads pada hidung.

Published by
Norhasliza