Kecantikan

Hilangkan Jeragat Degil Dari Bahan Dapur Yang Murah. Masker Magik Ini Syaratnya Jangan Pakai Lebih 15 Minit!

Share

Selain jerawat, jeragat juga antara musuh utama di wajah setiap wanita. Memang sukar untuk menghilangkannya kecuali hanya sembunyikan dengan memakai concealer atau foundation tebal. Tetapi jangan bimbang dengan kecanggihan teknologi sekarang mudah untuk tahu petua terbaik hapuskan jeragat degil.

Perkongsian dari Puan Aisyah Badar Bajrai di laman facebook memberitahu cara membuat masker magik untuk menghalau jeragat ini.  Hanya menggunakan bahan dapur dengan kos yang sangat murah.

Cara mudah hilangkan jeragat degil.

Walaupnn hasilnya sedikit perlahan tetapi yang penting penggunaan bahannya selamat untuk kulit wajah. Selain hilangkan jeragat, ia juga boleh mencerahkan kulit wajah jika diamalkan secara konsisten.

Namun begitu dingatkan jangan pakai masker ini lebih 15 minit kerana boleh menyebabkan kulit kering dan hanya pakai ketika waktu malam sahaja.

MASKER MAGIC HALAU JERAGAT

Sebab ramai naa ada masalah jeragat, jadi Aisyah share kat wall Aisyah jugak la. Mudah mudahan ramai serasi dengan masker magic ni tuk hilangkan jeragat.

Kalau korang nak tau, masker magic ni guna bahan dapur jek tau. Tapi cam biasa la, paling best sebab kos dia murah banget.

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah macam tak caya sangat. Sekali tengok ramai bagi feedback positive. Perghh, jeragat dorang sebelum ni yang setebal awan mendung tetiba boleh nipis. Ada tu jeragat terus hilang lepas konsisten pakai masker ni.

Tapi cam biasa la, ni rawatan alami. Bukan guna bahan kimia. Jadi kesan dia slow. Slow slow dia, tapi selamat tuk kulit kita. Pastu yang bestnya
masker ni boleh cerahkan kulit muka kita jugak tau.

Ehhh, kalau ada masalah jerawat pun boleh pakai masker ni sebab semua bahan bahan masker ni bagus tuk halau jerawat. Dah la, penat type, jom kita tengok resepi;

Masker yang boleh diamalkan setiap minggu.

————————————————————-

MASKER MAGIC HALAU JERAGAT

1 biji kentang rebus
1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon
1/2 sdk kunyit serbuk
Air rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.

Cara cara nya

1. Korang blend jek semua bebahan ni sampai dia jadi paste cam custard, betu betul halus. Make sure paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.

2. Korang urut muka korang dengan masker ni selama 2 minit. Pastu biarkan dia kering jap dalam 15 minit. Jangan lebih tau. 15 min jek cukup. Sebab takut muka kering sangat nanti.

3. Balance masker ni korang masuk mangkuk bersih bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Boleh tahan tuk 5-6 hari gitu.

Tadaaa, senang jek kan. Barang-barang dia pun murah. Siapa yang ada masalah jeragat teruk, korang boleh pakai masker ni hari hari. Bila dah ok, korang pakai seminggu 4 kali jek.

Tapiiii, ingat betul betul. Jangan pakai lebih dari 15 minit, nanti kulit korang boleh kering. Pastu korang boleh pakai waktu malam jek.

tips penting, korang jangan lupe pakai sunblock waktu siang tau. Baru la jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.

 

Published by
SH