Selepas mengundi, anda pasti akan peroleh satu ‘calitan’ rasmi oleh pihak SPR iaitu mencelup jari dalam dakwat kekal sebagai penanda anda telah membuat undian. Pada awal warnanya terang, namun makin lama ia menjadi gelap seakan inai!
Kalau anda pengguna media sosial sudah tentu anda dapat lihat banyak yang telah mencuba untuk menghilangkan dakwat di jari. Rata-ratanya berjaya! Jadi macam mana pula anda di rumah? Nak hilangkan juga ke?
Simpan lama-lama makin kering pula jari, jom hilangkan!
Ramai yang tahu kegunaan dakwat ini untuk mengelakkan sebarang kejadian penipuan semasa proses undian berlaku. Pihak SPR cuba untuk menghalang mana-mana pihak yang membuat undian lebih dari sekali.
Kesan dakwat yang ada pada jari akan kekal dalam jangka masa yang lama oleh kerana sifatnya yang ‘kekal’ pada kulit. Pada kuku pula ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk meluntur.
Dikongsikan oleh laman portal hellodoktor, terdapat beberapa cara yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan kesan dakwat ini. Jadi ikuti dengan lebih lanjut untuk mendapatkan semula warna kulit asal anda! Sis pun dah mula kering jari ini!
1. Gunakan peluntur dan buah lemon
Kaedah pertama ini hanya memerlukan dua bahan utama iaitu peluntur dan buah lemon. Terdapat juga beberapa bahan yang anda perlukan juga!
Bahan-bahan:
- Cecair peluntur
- Buah lemon
- Krim pelembap
- Air suam
Langkah-langkahnya:
- Campurkan cecair peluntur dan air suam di dalam bekas. Pastikan kedua campuran itu di kacau sebati.
- Selepas itu, rendamkan jari yang di celup dakwat kekal itu ke dalam larutan itu selama 30 saat.
- Setelah itu, keluarkan jari dan gosok potongan buah lemon pada jari tersebut.
- Anda boleh menggosok potongan lemon itu sambil membilas dengan air.
- Gosok berkali-kali sehingga warna dakwat kelihatan pudar.
- Setelah selesai, sapukan krim pelembap pada jari untuk elakkan kulit kering kesan asid daripada cecair peluntur dan buah lemon.
2. Peluntur dan losyen
Kaedahnya lebih kurang sama sahaja dengan kaedah pertama. Cumanya, ia mempunyai bahan-bahan yang berbeza.
Bahan-bahan:
- Satu penutup cecair peluntur
- Losyen badan
- Kain atau tisu basah
- Mangkuk kecil
Langkah-langkahnya:
- Campurkan cecair peluntur ke dalam mangkuk dan rendamkan jari yang dicelup dakwat kekal itu.
- Rendam selama 30 saat dan gosokkan sedikit dengan menggunakan kain atau tisu basah.
- Setelah selesai, bilas dengan air paip dan sapukan losyen pelembap bagi mengelakkan kulit kering.
Bagi mereka yang punyai kulit sensitif, anda tidak disarankan untuk lakukan kaedah di atas. Kulit anda tidak sesaui kerana cecair peluntur ini boleh menghakis dan merosakkan lagi keadaan kulit anda!
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Dah Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi”- Pesakit Kanser Lidah Tahap 4 Meninggal Dunia,
Dua tiga hari yang lalu, tular kisah penderitaan seorang ibu kepada lima orang cahaya mata yang menghidap kanser lidah sehingga menyebabkan dia tidak lagi boleh bercakap.
Namun hari ini, satu perkhabaran duka diterima apabila dimaklumkan ibu berkenaan dikenali sebagai, Rosimah Ismail, berusia 49 tahun, telah disahkan meninggal dunia.
Berikut perkongsian anak keduanya, Nurul Shafina di laman Facebook.
JUMAAT (6 MAC 2020)
Al Fatihah.
Mak dah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Mak berehat la di sana. Semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti.
Allah sayang mak. Kami semua sayang mak.
Mak insan terpilih. Mak dijemput Ilahi dihari yg penuh barakah hari yang mulia. Terlerai sudah penderitaan mak selama ni. Semoga Allah kuatkan hati piena, abah, kakak dan adik-adik untuk terima semua ni.
Semoga mak tenang di sana.
Mak, mungkin kita terpisah antara dua dunia yang berbeza. Tapi mak tetap dihati kami selamanya hingga ke syurga nanti. InshaaAllah. Ameen.
Mak tunggu piena tau.
Assalamualaikum. Berehat puas-puas dekat sana ya mak.
SEBELUM INI ARWAH SEMPAT MENUKILKAN CORETAN HATINYA
RABU (4 MARCH 2020)
Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata2 . Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis 😞
Kata2 nasihat dari mak, piena akan ingat sampai bila2 . Kami adik beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang2 dlm ingatan. 😊 Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.
Mak cepat sihat ya 😔 Piena rindu mak yang dulu 😞 Pina , adik2 dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak 😞😞 Mak penyeri rumah. Mak segalanyaaa buat kami 😢😞
LOVE YOU MAK ! ❤
Simpan sini sebagai kenangan.
Syurgaku.
Sumber kredit: Nurul Shafina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tudung Tercabut Di Hajar Aswad Tanda Tuhan Nak Beri Hidayah Pada Wanita Ini, Lepas 19 Tahun Jadi Pramugari
Tidak dinafikan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Begitulah juga yang ditakdirkan perjalanan karier seorang bekas pramugari, Sharifah Lisa yang akhirnya menerima hidayah dari Allah dengan cara sangat menyentuh hati.
Menceritakan pengalamannya dalam satu Hadith Open Mic yang begitu menyentuh perasaan setiap yang mendengar. Setelah 19 tahun bekerja di awan biru, akhirnya Tuhan memberi tanda padanya di tanah suci Mekah.
Dia yang bekerja sebagai pramugari sejak tahun 1996 ketika usianya masih muda. Waktu itu dalam usia berkenaan tidak terfikir soal lain kecuali keseronokan memakai pakaian segaram berkenaan.
“Memang saya tidak terfikir tentang konsep tanggung jawab kerana apa yang saya tahu kerjaya sebagai pramugari itu menyeronokkan dan boleh lihat satu dunia.
“Namun sebenarnya tanggung jawab untuk menjaga beratus orang dalam perut kapal terbang ini juga sebenarnya bukanlah satu tugas yang mudah,” katanya yang ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Namun begitu, keseronokan dengan kerjaya yang dianggap glamour ini membuatkan dia terlupa dengan tanggung jawab sebagai seorang ibu dan isteri.
“Apabila bekerja di atas sana, saya anggap itu adalah rumah saya. Tidak ada istilah cuti atau public holiday. Hidup kami berlandaskan monthly roaster hinggakan saya lupa suami saya yang banyak menggalas tugas sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak ketika ketiadaan saya di rumah.
“Akan tetapi oleh kerana sudah terlalu lama bekerja dan keseronokan juga sudah ‘habis’, barulah saya mula terfikir tanggung jawab sebagai seorang isteri dan perempuan,” katanya lagi yang mula mendapat hidayah dari Allah sejak tahun 2014.
“Ketika itu saya berpeluang melakukan ibadah umrah. Saya masih ingat ketika kejadian sewaktu mahu mencium hajar aswad, kain telekung saya habis tercabut hingga menampakkan anak rambut. Waktu itu saya rasa sangat malu berada depan Kaabah.
“Pada masa itu saya terfikir sampai bila saya mahu terus begini. Allah dah bagi tanda. Sebelum itu ketika waktu bekerja saya pakai kebaya dan rambut pula ‘free hair’, tetapi bila sampai hotel saya akan pakai tudung.
“Saya sebenarnya tidak berani nak berhenti kerana merasakan pekerjaan itulah yang selama ini memberi rezeki kepada saya.
“Namun selepas kejadian itu, barulah membuka mata dan saya kemudiannya berbincang dengan suami,” tambahnya lagi.
Walaupun ada berbincang tentang perkara itu tetapi dia masih lagi teragak-agak dengan keputusan terbaik yang mahu diambil.
“Hinggalah pada tahun 2015, saya dapat surat dan ketika itu saya sedar bahawa Allah dah bagi jawapan. Jadi saya tak perlu sedih terpaksa diberhentikan dan saya anggap ia sebagai satu hikmah.
“Dia beri peluang untuk saya mengenali anak-anak dan berbakti kepada mereka. Saya pergi dengan hati yang tenang dan senang sebab sudah diberikan jawapan.
“Sampai sekarang hati saya tenang dan gembira. Tumpuan kini pada anak-anak dan suami. Tanggung jawab itu saya bayar dan ganti balik dengan masa yang saya hilang ketika dengan mereka dulu,” jelasnya lagi.
DENGARKAN VIDEO PENUH:
BEKAS PRAMUGARI, KISAH DI DEPAN KA'ABAH, MEKAH
"Malunya aku, depan Ka'abah jadi macam ini", kata beliau…Sedutan dari Hadith Open Mic oleh Kengkawanproject. Untuk Musim ke 3 yang akan datang, mereka akan berada di United Kingdom.
Posted by The Rohani on Wednesday, 4 July 2018
SUMBER: THE ROHANI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Tenang Ibadah Berkat, Mulakan Hari Dengan 23 Zikir Ini Di Waktu Pagi Dan Petang
Mendapat keberkatan dalam menjalani hidup seharian bukan mudah. Ada segelintir kita lalai sebenarnya mudah sahaja jika sesuatu pekerjaan itu dimulakan dengan keberkatan. Jangan culas dengan zikir yang disarankan ini, jadikan hari anda satu permulaan bermakna dan diberkati olehNya.
Bagi seorang muslim, tidak seharusnya masa kita berlalu dengan begitu sahaja. Maka dikala pagi dan petang sentiasalah bertasbih, beristigfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma’thur (berasal daripada Nabi SAW). Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita mengingati Allah.
Zikir Harian Pagi Dan Petang Yang Digalakkan
Ini adalah bacaan zikir harian pagi dan petang. Bacaan zikir ini disusun secara teratur dan lengkap bagi memudahkan para pembaca menghayatinya.
Apa yang penting:
Zikir ini adalah sahih dari Nabi SAW. Setiap sanad hadis dan sumber dicatatkan di bawah setiap zikir yang dinyatakan untuk pembaca membuat rujukan lanjut.
Semoga panduan zikir harian ini dapat membantu anda.
Kelebihan Zikir
Bagi seorang muslim, tidak seharusnya masa kita berlalu dengan begitu sahaja. Maka dikala pagi dan petang sentiasalah bertasbih, beristigfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma’thur (berasal daripada Nabi SAW). Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita mengingati Allah.
Antara kelebihan-kelebihan zikir:
- Dimulakan dengan “aku berlindung dengan Allah yang maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk” (menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNya sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah.
- Memuji kebesaran Allah dengan bertasbih
- Mensyukuri dan mengakui segala nikmat pemberianNya.
- Menghindari diri dari Syirik (yang disedari atau tidak)
- Berlindung dari kejahatan makhluk dan memohon keampunan Allah.
- menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan pemalas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
- Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (termasuk tubuh badan, pendengaran dan penglihatan).
- Mohon dihindari daripada kekafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.
Zikir Harian Pagi Dan Petang
1. Mulakan bacaan dengan ayat Al-Baqarah ayat 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Barangsiapa membaca kalimat ini ketika pagi hari, maka ia terjaga dari (gangguan jin) hingga waktu petang. Dan barangsiapa mengucapkan pada waktu siang, maka dia terjaga dari (gangguan) jin hingga pagi hari. – Hadis riwayat al-Hakim, 1/562
2. Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Barangsiapa membaca tiga surah tersebut tiga kali setiap pagi dan petang, maka itu (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.”
– Hadis riwayat Abu Daud 4/322, al-Tirmizi 5/567 dan lihat sahih al-Tirmizi 3/182
3.
Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhan! Aku mohon kepadaMu kebaikan pada hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan kejelekan pada hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari seksaan di Neraka dan kubur.
– Hadis riwayat Muslim 4/2088
4.
Ya Allah! Dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolonganMu kami hidup dan dengan kehendakMu kami mati. Dan kepadaMu kebangkitan (bagi semua makhluk)
Hadis riwayat at-Tirmizi 5/466, dan lihat sahih at-Tirmizi 3/142
5.
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan Mu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang ku lakukan. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.
Barang siapa membacanya dengan yakin ketika waktu petang, lalu dia meninggal dunia pada malam itu, maka dia masuk Syurga. Dan demikian juga ketika pagi hari.
– Hadis riwayat al-Bukhari 7/150
6.
Ya Allah! Sesungguhnya aku pada waktu pagi ini mempersaksikan Engkau, Malaikat yang memikul ‘Arasy-Mu. Malaikat-malaikat dan seluruh makhlukMu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiMu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusanMu.
7.
Ya Allah! Nikmat yang kuterima atau diterima oleh seseorang di antara makhlukMu pada pagi ini adalah dariMu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagiMu. BagiMu segala pujian dan kepadaMu pujian syukur (dari seluruh makhlukMu)
Barang siapa yang membacanya pada waktu pagi, maka sesungguhnya dia telah bersyukur pada hari itu. Barangsiapa yang membaca ini pada waktu petang, maka sungguh telah bersyukur pada malam itu.”
– Hadis riwayat Abu Daud 4/318, al-Nasa’i dalam kitab ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 7
8.
Ya Allah! Selamatkan tubuhku (dari penyakit dan yang tidak aku inginkan). Ya Allah! Selamatkan pendengaran ku (dari penyakit dan maksiat atau sesuatu yang tidak aku inginkan). Ya Allah! Selamatkan penglihatanku, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari kekufuran dan kefaqiran. Aku berlindung kepadaMu dari seksa kubur, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau.
Hadis riwayat Abu Daud 4/324, Ahmad 5/42, al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 22, hal 146, Ibn Sunni no. 69 al-Bukhari dalam al-Adab al Mufrad. Syaikh Abdul Aziz bin Baaz menyatakan sanad hadis tersebut hasan.
9.
Allah jualah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakkal. Dialah Tuhan yang menguasai ‘Arasy yang agung.
Barang siapa membacanya ketika pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mengcukupkan baginya dari perkara dunia dan akhirat yang menjadi perhatiannya
– Hadis riwayat Ibn Sunni no.71 secara marfu dan Abu Daud secara mauquf 4/321. Syuaib dan Abdul Qadir al-Arnauth berpendapat isnad hadis tersebut sahih. Lihat Zad al-Ma’ad 2/376
10.
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku belindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ulat atau bumi pecah yang membuat aku jatuh dan lain-lain)
– Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah
11.
Ya Allah! Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang haq melainkan Engkau. Aku berlindung denganMu dari kejahatan diriku, syaitan dan bala tenteranya, dan aku (berlindung dengan Mu) dari berbuat keburukan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang Muslim
– Hadis riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud
12.
Dengan nama Allah yang apabila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Barang siapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya”
– Hadis riwayat Abu Daud 4/323, al-Tirmizi 5/465, Ibn Majah dan Ahmad. Lihat sahih Ibn Majah 2/332. Ibn Baaz berpendapat isnad hadis tersebut hasan dalam Tuhfah al-Akhyar hal.39
13.
Aku redha sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhamad Sebagai Nabi (yang diutus oleh Allah).
Barang siapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang, maka hak Allah memberikan keredhaan-Nya kepadanya pada hari kiamat”
– Hadis riwayat Ahmad 4/337, al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no.4. Abu Daud 4/418, al-Tirmizi 5/465 dan Ibn Baaz berpendapat isnad hadis tersebut hasan dalam Tuhfah al-Akhyar hal.39
14.
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu) dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaiklah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu)
Hadis al-Hakim menurut pendapatnya, hadis tersebut adalah sahih dan imam al-Dzahabi menyetujuinya, lihat kitabnya 1/545, dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 1/273
15.
Kami masuk pagi, sedang kerajaan hanya milik Allah, Tuhan sekalian Alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar memperoleh kebaikan, pembuka (rahmat), pertolongan, cahaya, barakah dan petunjuk pada hari ini. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan apa yang ada di dalamnya dan kejahatan sesudahnya.
Hadis riwayat Abu Daud 4/322 serta Syuaib dan Abdul Qadir al-arnauth dalam Tahqiq Zad al-Ma’ad 2/273
16.
Pada waktu pagi kami memegang agama Islam, kalimah ikhlas, agama Nabi kita Muhammad, dan agama bapa kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, Muslim dan tidak tergolong orang-orang musyrik
– Hadis riwayat Ahmad
17.
Maha Suci Allah, Aku memujiNya
– Hadis riwayat Muslim
18.
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan segala pujian. Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu. (Dibaca sepuluh kali, atau sekali dalam keadaan malas)
– Hadis riwayat Abu Daud 4/319, Ibn Majah dan Ahmad
Barang siapa membacanya sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya (pahala) seperti memerdekakan sepuluh hamba, ditulis seratus kebaikan, dihapus darinya seratus keburukan, baginya perlindungan dari syaitan pada hari itu hingga petang. Tidak seseorang itu dapat mendatangkan yang lebih baik dari apa yang dibawanya kecuali ia melakukan lebih banyak lagi dari itu
– Hadis riwayat al-Bukhari 4/95; Muslim 4/2071
19.
Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhlukNya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan ‘ArasyNya dan sebanyak tinta tulisan kalimahNya (Dibaca tiga kali setiap pagi hari)
– Hadis riwayat Muslim
20.
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik. Ya Allah Aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima (Dibaca pada waktu pagi)
Hadis riwayat Ibn Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, no.54, dan Ibn Majah no.925. Isnadnya hassan menurut Abdul Qadir dan Syuaib al-Arnauth dalam Tahqiq Zad al-Ma’ad 2/375
21.
Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya (Dibaca 100 kali dalam sehari)
– Hadis riwayat al-Bukhari
22.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya (Dibaca 3 kali pada waktu petang)
Barang siapa membaca doa ini pada waktu petang sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu”
– Hadis riwayat Ahmad 2/290, al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, no.590 dan Ibn Sunni no 68. Lihat Sahih al-Tirmizi 3/187, Sahih Ibn Majah 2/266 dan Tuhfah al-Akhyar, hal. 45
23.
Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada Nabi kami Muhammad.
Cara Beramal & Rujukan
Zikir harian ini boleh diamalkan pada waktu pagi dan petang. Tiada penetapan untuk mengikut aliran susunan, boleh dibaca sebahagian atau mengambil salah satu ayat.
Sumber rujukan zikir harian ini adalah dari buku Al-Ma’thurat yang disunting oleh Mohamad Zaki (Pustaka Ilmuwan)
Perbezaan Zikir dan Doa
Zikir yang khusus ialah bacaan yang melibatkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) dan tahlil (Laa ila haa illaallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam sunat Aidilfitri dan Aidiladha.
Zikir juga boleh dibaca pada bila-bila masa terluang, dalam waktu pagi dan petang, siang atau malam – sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaranNya.
Doa pula ialah suatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, ampun, perlindungan dan restu Allah SWT dalam hal-hal berkaitan kehidupannya di dunia dan Akhirat.
Semoga panduan zikir harian dapat memberi kebaikan kepada anda semua.
SUMBER: AKU ISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI