Setelah hampir dua tahun berjuang melawan penyakit kanser servik, akhirnya penyanyi yang popular sekitar 90-an dan pernah mencetus kontroversi telah menemui Penciptanya. Azreen atau nama sebenarnya Azrina Abdul Manan yang selama ini menderita kanser berkenaan tahap empat mengembuskan nafas terakhirnya di Institut Kanser Negara (IKN) pada jam 1.06 petang tadi. Walaupun pernah menjalani pembedahan membuang ovari, namun penyakit berkenaan menyerang kembali awal tahun lalu selepas mengadu sakit di bahagian kaki.
Sejak berita dia yang menjalani rawatan di IKN, ramai rakan artis terutama seangkatan dengannya menziarahi di IKN. Masing-masing memberikan sokongan dan semangat padanya untuk terus kuat melawan penyakit dideritainya itu.
Namun Tuhan lebih menyayanginya dan meninggalkan semua insan-insan yang menyayangi dia selama ini.
Ternyata kehilangannya itu mendapat simpati pelbagai pihak termasuk rakan artis. Ramai yang mengucapkan takziah dengan menulis posting di laman sosial masing-masing.
Salah seorang adalah pelakon dan penyanyi Erra Fazira yang memberitahu Azreen yang dipanggil adinda telah kembali menemui Sang Pencipta.
Erra juga turut menyatakan kekesalannya kerana tidak sempat menziarah di saat-saat akhir hayat Azreen.
Sebagai seorang teman, Erra menitipkan doa agar Tuhan mengampuni dosa Azreen selama hayatnya. Dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan solehah.
Menurut Erra, pemergian arwah sangat dirasai kerana mengenali Azreen dia seorang yang ramah, manja dan disayangi ramai. Erra turut mendoakan agar Azreen tenang di sana dan segala kenangan manis antara mereka akan disimpan hingga ke akhir hayat.
Dalam postingnya juga, Era turut berkata kembalinya Azreen ke pangkuan Illahi bermakna hilang sudah segala penderitaan yang ditanggung di dunia sementara ini. Malah Azreen kini berada di tempat yang abadi menemui Yang Maha Esa.
Tidak lupa diakhir bicaranya, Erra menyeru kepada netizen untuk sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada almarhumah Azreen Manan.
Posting Erra ini mendapat reaksi dari followernya. Masing-masing turut mengucapkan takziah dan berdoa semoga segala dosa arwah diampunkan oleh Allah.
syenyanie Innalillahiwainnailaihirojiun
rozalinarashid Alfatihah?
razalina77 Semoga allah mengampunkan dosa2 azreen manan. Semoga dgn penyakit yg beliau tanggung selama ini menghapuskan segala2 dosa2 arwah. Aamiin.
shahizal75 Innalilawainnailahirojiun Al Fatihah buat arwah azreen manan
cendrasariothman alfatihah
misroziehjishak innalillahhiwainalillahirojion.. alfatihah dan salam takziah
suezzan Tiada yg kekal di dunia yg fana ini melainkan Allah SWT…semoga roh aruah ditempatkan bersama2 insan solehah kekasih Allah SWT..amin
maznahchewan Al fatihah..moga roh nye dtempatkan dengan orang2 yg beriman…Aamiin
Sebelum itu, dalam posting yang lain ada dilihat Erra antara rakan artis yang menziarahi Azreen di IKN bersama pelakon Ummi Aida dan Betty Banafe. Menurut pelakon jelita ini dia berkenalan dengan Azreen sejak zaman kanak-kanak lagi.
Ini kerana ibu mereka berdua berkawan baik ketika itu. Erra memberitahu dia menyayangi Azreen yang juga dipanggil Erin seperti adiknya sendiri. Mereka baik dan nakal bersama, malah pernah kena pukul bersama.
Dan apabila salah seorang daripada mereka berpindah masing-masing telah membawa haluan sendiri. Sejak itu keduanya tidak lagi berhubung dan akrab seperti dulu dan hanya mendengar berita di media atau rakan lain.
Dan apabila mendengar penyanyi yang pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Asia Bagus 1992 di Jepun, Erra terus menziarahinya kerana hati cukup luluh mendengar khabar Azreen yang tidak sihat.
Ketika bertemu sekitar Februari lalu, Erra teringin untuk mendakap erat Azreen tetapi ketika itu Erra sedar dia perlu kuat kerana ingin adiknya itu bersemangat dan bangkit melawan penyakitnya.
Kini adik yang disayangi telah dijemput Illahi dan Erra memang cukup terkesan dengan pemergian arwah.
Hijabista ucapkan takziah buat keluarga Azreen dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ERRA FAZIRA