Hilang Duit & Barangan Kemas Akibat Dipukau 4 Individu, Gadis Ini Pesan Agar Semua Berhati-Hati

Share

Kes pukau bukanlah satu perkara yang baru terjadi di sekitar Lembah Klang. Malah, ia sudah banyak berlaku dan si pelaku nampaknya tidak serik-serik lagi.

Terbaru, seorang wanita telah dipukau ketika sedang membeli barangan rumah di sebuah pasar raya di Banting.

Kejadian ini telah dikongsikan oleh anaknya dan meminta agar semua berhati-hati ketika keluar rumah. Mangsa kehilangan wang dan juga barangan kemas. Ikuti perkongsian gadis ini dan semoga ia bermanfaat untuk anda semua.

Foto: FB Nurul Atika

Mohon semua warga Banting berhati-hati. Mak aku baru je dipukau oleh 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan pada 8 November 2017 jam 12.30 tengah hari.

Ditegur Oleh Dua Orang Wanita

Aku namakan watak dalam cerita ni, perempuan A dan perempuan B. Untuk lelaki, ada sorang driver dan sorang lelaki muda. Lelaki muda ni tak banyak mainkan peranan pun.

Dipendekkan cerita, mak aku tengah pilih-pilih roti, perempuan A tanya mak aku, kat mane “Kedai Toto”, mak aku ingatkan, perempuan tu tanya kat mana jual toto yang tilam tu.

Rupa-rupanya perempuan tu nak pergi kedai toto nombor ekor sebab nombor dia “kena”, dia dapat 200 ribu.

Tiba-tiba, perempuan B datang kat mak aku dan perempuan A tu. Dia cakap suami dia pemandu lori, so suami dia tau kat mana kedai toto. Masa tu mak aku dah tak ambik port dah pasal diorang.

Diajak Ke Kedai Toto

Tiba-tiba, perempuan B tu offer nak tolong perempuan A tu pergi kedai toto untuk ambik duit 200 ribu tu. Dia ajak mak aku sekali.

Ntah macam mana, mak aku boleh senang-senang ikut diorang. Kereta mak aku tinggal kat Giant dan mak aku ikut diorang naik kereta lain. Mak aku dah kena pukau time ni.

Diorang parking depan kedai toto, driver masuk dalam kedai toto, lepas beberapa minit, dia keluar dengan bawa cheque. Konon-konon  cheque  dari kedai toto tu la.

Driver tu beritahu kalau nak dapatkan duit 200 ribu tu, kena bayar 10% pada kedai toto. Mak aku mana la tau benda-benda  toto ni macam mana.

Minta Barang Kemas

Diorang kena dapatkan 20 ribu untuk clearkan cheque tu. Diorang minta duit mak aku, diorang minta barang kemas mak aku. Mak aku bagi cincin. Tapi pelik, sebab cincin tu ketat tapi mak aku boleh berusaha nak keluarkan cincin tu.

Time ni mak aku cakap dia macam sedar dia keluarkan cincin tu, dia boleh fikir tapi tak tau kenapa tangan boleh hulur cincin dan duit tu.

Diorang bawa mak aku pergi CIMB Banting untuk pajakkan cincin-cincin mak aku. Tapi masa ni mak aku dalam kereta je. Driver keluar pergi CIMB, sebelum keluar tu dia minta nombor telefon mak aku. Yang ni pun tak tahu macam mana mak aku boleh bagi.

Lepas beberapa minit, dia call mak aku dari nombor 0166701964. Dia beritahu, pihak bank suruh mak aku masuk bank sebab tu barang kemas mak aku, jadi mak aku kena sign sekian sekian borang.

Ditinggalkan Di Bank

Bila mak aku masuk bank, mak aku cari driver dalam bank tu tapi takda. Mak aku keluar balik dari bank, tengok kereta tadi dah takda. Bila mak aku call dia, handphone tutup. Baru mak aku sedar dia dah ditipu.

Bila buat report polis dan buka CCTV Giant, suspek macam dah familiar dengan kawasan dalam Giant tu sebab diorang buat “kerja” kat tempat yang takda CCTV. Ada lalu tempat yang ada CCTV tapi suspek tunduk. Suspek dipercayai warganegara Indonesia.

Mengikut rakaman CCTV lepas kaunter bayaran​, mak aku keluar sampai ke parking seorang diri dan mak aku tak sedar pun benda tu.

Foto: FB Nurul Atika

Sampai sekarang, mak aku ada benda yang dia ingat dan ada benda yang dia lupa pasal kejadian tu.

Polis klasifikasikan kes ni sebagai kes pukau. Berhati-hatilah ya warga Banting. Elak daripada keluar sorang-sorang sebab mak aku kena ni masa mak aku keluar sorang-sorang.

Jangan Terlalu Ramah

Nak kata mak aku keluar pakai gelang sampai siku, takda pula. Mak aku baru balik dari main badminton, selekeh bak kata mak aku. Jangan terlalu ramah atau melayan kalau strangers ajak berborak atau bertanya.

Please beware of any kind of body contact. Macam kes mak aku ni, driver tu mulut herot, leher berplaster, ada part-part badan yang berbandage.

Kami agak, dia saja buat macam tu biar mak aku akan kerap pandang dia, sebab mak aku duduk kat bahagian belakang tempat duduk penumpang. MUNGKIN dia pukau melalui eye contact.

Cuma kami bersyukur sebab mak aku ditinggalkan di tempat yang ramai orang dan mak aku familiar dengan kawasan tu.

Bulan lepas adik ipar aku kena kat KL Sentral, baru-baru ni mak aku pula kena. So tak kira la kat mana-mana, hati-hati dengan kes pukau ni.

 Sumber: FB Nurul Atika

Published by
Naqiyatul Uzma