Tanpa sedar, perintah kawalan pergerakan (PKP) ini sebenarnya memberikan kita ruang untuk memperbetulkan diri masing-masing. Inilah juga masa untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada diri kita.

Berikut perkongsian Khairul Faizie

Wahai rakyat Malaysia yang beragama Islam, sila setkan/sediakan minda dari sekarang (sebab tabiat yang dah berpuluh tahun diamal sukar diubah) kemungkinan:

1) SOLAT TERAWIH DI RUMAH
Dah menjadi kebiasaan di rantau Malaysia – Indonesia ini untuk ke masjid berterawih, bermoreh… walhal Nabi SAW sendiri tidak berjemaah terawih secara berterusan. Janganlah jadikan polemik besar isu terawih dirumah andai ditakdirkan MCO masih berterusan bila masuknya bulan Ramadan. Bersedia ulangkaji tatacara solat terawih bagi yang tak pasti.

Ads

2) BAZAR RAMADAN TIADA
Masa MCO lah untuk betul betul ubah sikap kita selama ini yang over eating/over buying bila tiba Ramadan. Tak mati kalau berbuka puasa tiada murtabak, ayam percik ataupun air tebu.

Hikmah Perintah Kawalan Pergerakan, Masa Untuk Kita Muhasabah Diri

Ads

3) BERHARI RAYA DI RUMAH SENDIRI
Ibu bapa kita / saudara mara kita pasti faham kekangan berziarah ini ialah semata mata untuk keselamatan dan kebaikan kita semua. Bersyukurlah kita sebab kita hidup di zaman adanya video call, maka masih boleh berjumpa orang kesayangan secara maya.

Ads

4) TAK PERLU BAJU BAHARU/KUIH RAYA /etc.
Yang disarankan ialah pakai pakaian yg terbaik, tak semestinya baru. Mungkin 2020 ini mengajar kita untuk betul-betul bersederhana di hari raya.

Ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum Ramadan menjelma. Hikmah pandemik Covid 19 ini sebenarnya antara lain ialah untuk kita bersihkan hati sebelum memasuki Ramadan dengan amalan istighfar, zikir, bacaan Al Quran & solat-solat sunat/ganti solat yang tertinggal.

Juga kita patut dah amalkan makan/ berbelanja secara berkadar/sikit / jimat. Amalan amalan ini sebelum ini mungkin sukar kita amalkan secara konsisten sebab sibuk kerja, tapi kini kita punya banyak masa sebab MCO.

Sumber kredit: Khairul Faizie

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI