Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ini adalah antara keistimewaan hari Jumaat. Dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang sentiasa dinanti-nantikan.
1.HARI YANG PALING UTAMA
Rasullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari jumaat, didalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga ia wafat, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyaklah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rusak dan habis Nabi SAW bersabda: “Dapat kamu katakan aku akan rusak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi-nabi.”
2.WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA
Pada hari Jumaat ini adalah waktu yang paling mustajab jika kaum muslimin berdoa dan mengharap sesuatu dari Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata: “Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah)yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
3.HARI UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD SAW
Ads
Dalam buku “Durratun Nashihin” dijelaskan, pernah suatu ketika Nabi Musa as. pergi ke Bukit Baitul Maqdis. Di sana ia melihat suatu kaum yang tengah beribadah kepada Allah SWT dengan kesungguhan yang tinggi. Nabi Musa terus bertanya kepada mereka dan mereka menjawab:
“Kami termasuk umat tuan, kami telah beribadah kepada Allah SWT disini semenjak 70 tahun dengan kekhusyukan yang sesungguhnya. Pakaian kami adalah kesabaran, dan makanan kami adalah tumbuh-tumbuhan di bumi, sedangkan minuman kami adalah air hujan.”
Melihat itu Nabi Musa as merasa senang. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepadanya:
“Hai Musa, ada satu hari untuk umat Muhammad, yang solat dua rakaat pada hari itu lebih utama daripada ini semua. Tuhanku, hari apakah itu? Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya hari itu adalah hari jumaat.”
Hari jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu segala hari yang mengandungi ketinggian. Dari Abu Labahah bin Abdul Munzir ia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari jumaat itu ialah kepala sekalian hari yang terbesar disisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)
Ads
4.TERPELIHARA DARI FITNAH KUBUR
Orang-orang yang matinya pada hari atau pada malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis dinyatakan:
Dari Abdullah bin Amr ra.dari Nabi SAW beliau bersabda:
"Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)
5. BAIK UNTUK MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab: "Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan. Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya baginda? Rasulullah SAW menjawab: Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.
Ads
Jika kita ingin mengadakan walimatul urus bolehlah dilakukan pada hari-hari yang lain seperti cuti sekolah, hari Ahad serta hari yang dirasa sesuai untuk mengadakannya. Namun usahakanlah hari pernikahan itu dilakukan pada hari Jumaat. Sebahagian ulama mengatakan; Telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari Jumaat iaitu:
*Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa
*Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha
*Pernikahan antara Nabi Musa as. dengan Shafrawa
*Pernikahan antara Nabi Sulaiman as.dengan Puteri Balqis
*Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
*Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
*Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah
Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan kebaikan. Rebutlah peluang untuk menambah pahala. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
10 malam terakhir bukan senang untuk mengekalkan momentum untuk berjaga dan bermunajat mencari malam lailatul qadar. Sekiranya mengantuk segala ibadah menjadi tidak fokus. Pelbagai perkara cuba anda lakukan tapi masih tidak berjaya.
Nah, Hijabista cadangkan 10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk agar misi mencari malam lailatul qadar tercapai.
1. Ambil Snek
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk.
2. Jalan-Jalan Sebentar
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
3. Quick Nap
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
4. Berborak Dengan Kawan
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
5. Dengar Alunan Zikir
Mendengar alunan zikir ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar zikir menyentuh jiwa kan.
6. Minum Air
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
7. Alihkan Pandangan Daripada Phone Atau Tablet.
Menatap Al Quran di dalam telefon atau tablet dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihatnya. Cuba lakukan perkara lain. seperti basuh muka atau melihat pokok yang hijau.
8. Minum Kopi
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
9. Lampu Yang Terang
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
10. Stretching
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setibanya seruan sampai, sudah tentu ramai individu yang akan menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci tidak kira mengerjakan haji mahupun umrah. Tuntutan itu adalah suatu amalan yang harus umat Islam tunaikan, dengan izin-Nya, segala urusan akan dipermudahkan.
Berkongsi pengalaman manis mengerjakan ibadah umrah di Makkah, isteri kepada pelakon Baim Wong, Paula Verhoeven, gembira dapat jejakkan kaki di Tanah Suci. Turut juga membawa dua orang anaknya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
Momen di Tanah Suci bersama tercinta
Mendapat peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Paula Verhoeven, kongsikan bersama pengikutnya perjalanan dan momen di sana. Di samping itu, dia turut membawa kedua orang anaknya bersama-sama.
Isteri kepada pelakon Indonesia, Baim Wong, itu bukanlah keseorangan di sana bersama anak-anaknya. Baim Wong juga turut bersamanya menjalani ibadah umrah bersama dan kelihatan sangat gembira di sana bersama keluarga.
Paula juga menitipkan rasa bersyukur serta pengalaman yang penuh dengan pengajaran apabila mengerjakan ibadah serta mempunyai anak kecil disisi. Katanya, pengalaman itu mengajar wanita berdarah Belanda itu erti kesabaran.
“MasyaAllah Tabarakallah. Umrah bawa anak itu pengalaman yang luar biasa, ngelatih kesabaran.” tulisnya di ruang kapsyen.
Semoga kekal istiqamah sehingga ke Jakarta
Ramai juga pengikut Paula Verhoeven yang suka akan melihatnya bertudung dan menutupi auratnya. Memadankan niqab, tudung labuh, dan juga jubah cukup minimal namun masih kelihatan cantik.
Pengikutnya juga memberikan komen-komen yang positif serta mendoakan ibadah umrahnya sempurna. Mereka juga mengharapkan Paula juga akan mengenakan imej yang sopan itu balik ke Jakarta.
Mengerjakan umrah bukanlah suatu perkara yang kita anggap senang, malah banyak juga aspek penjagaan yang perlu dititikberatkan agar ibadah itu termakbul. Malah, banyak juga ilmu yang perlu di pelajari sebelum pergi ke Tanah Suci.
Sekalung tahniah diucapkan buat bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Besut, Fakhirah Khairuddin kerana telah berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat automotif gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA.
Menerusi perkongsian di Facebook oleh Dr.Zulkifli Hussain yang merupakan seorang kaunselor, Fakhirah yang kini menetap di Fremont, California bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di syarikat Tesla yang dimiliki oleh Elon Musk itu.
FAKHIRAH KHAIRUDDIN BEKAS PELAJAR MRSM KOTA PUTRA (ULUL ALBAB) : JURUTERA DI TESLA USA
Ada sahabat bertanya pada saya, pelajar MRSM Ulul Albab ni selalunya kerja dalam bidang apa? Jadi ustaz/ustazah ke? Saya ketawa kecil. Mai sini nak story… hehe
Sebelum tu, make sure korang baca sampai habis. Oh ye. Like dan share sekali, moga² story ni memberi inspirasi buat anak-anak kita semua nanti. Insya Allah!
Penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang bercirikan mukmin professional. Matlamat untuk melahirkan pelajar MRSM yang mengikuti bidang STEM (science, technology, engineering & mathematics) masih terguna pakai di MRSM Ulul Albab tetapi lebih daripada itu kita cabar anak-anak ini untuk menghafal dan menghayati al-Quran sebagai amalan harian.
Maknanya, kalau pelajar bergelar seorang jurutera, dalam masa yang sama dalam dada mereka ada al-quran. Setiap kerja yang dilaksanakan sebagai jurutera disulan dengan kesedaran ketuhanan yang tinggi. Harapannya begitu la… Tetapi ini tidak bermakna jurutera yang tidak belajar di MRSM Ulul Albab tiada kesedaran ketuhanan pula.. MRSM Ulul Albab adalah merupakan platform yang disediakan untuk memenuhi harapan tersebut.. Sesungguhnya, semua yang baik semuanya daripada Allah swt.
Post kali ini saya bahawakan satu contoh pelajar MRSM Ulul Albab yang berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA. Kejayaan pelajar ini untuk bergelar jurutera di TESLA adalah sedikit sebanyak memjawab soalan daripada sahabat saya tadi.. hehehe
TESLA itu syarikat apa? TESLA ini syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA. Nak tahu lebih lanjut tentang TESLA, saya lampirkan video ringkas untuk memberi gambaran yang lebih jelas.https://lnkd.in/g3BR5ZQ
FAKHIRAH KHAIRUDDIN ini merupakan pelajar Batch Pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University). Dan sekarang sedang menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.
Tahniah FAKHIRAH KHAIRUDDIN atas kejayaan anda. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan anda. Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana anda berada. Sesungguhnya anda adalah salah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan. Semoga ilmu yang dipelajari sebagai pelajar MRSM Ulul Albab kekal tersemat dalam diri anda. InsyaAllah…
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...