Berubah ke arah kebaikan untuk menjadi insan yang lebih baik adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Manusia itu tidak sempurna dan tidak pernah terlepas melakukan kesilapan tetapi masih belum terlewat untuk bertaubat selagi masih bernyawa.

Bagi golongan selebriti selain menjadi tumpuan khalayak, di sisi lain, mereka juga seperti insan biasa. Di sebalik dunia gemerlapan, sebilangan mereka sama ada sebagai pelakon atau penyanyi, akan terdetik satu perasaan untuk berubah. Sudah ramai selebriti terkenal dan popular berhijrah kerana melalui sesuatu peristiwa atau diberi petunjuk untuk berubah.

Berikut lapan selebriti yang sudah pun berhijrah.

MIZZ NINA

Kisah penghijrahan Mizz Nina bermula selepas dia pulang mengerjakan haji pada 2013 bersama keluarganya. Mizz Nina juga mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya dalam dunia nyanyian. Ketika itu, Mizz Nina sudah pun berkahwin dengan Noh Hujan. Mizz Nina kini banyak menghadiri majlis ilmu selain melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan bersama-sama suaminya.

DIANA AMIR

Diana mula berhijrah selepas mendengar cerita rakannya yang baru berhijrah mengenai Rasulullah dan terus terdetik untuk menutup aurat kerana sayangkan ayahnya dan tidak mahu menyusahkannya di akhirat kelak.

IRMA HASMIE

Penghijrahan yang dilakukan oleh Irma lebih kepada kepada kesedaran dirinya sendiri. Dia juga merasakan sudah tiba waktu untuk dia berpakaian menutup aurat. Dia juga mengaku lebih tenang dan bahagia selepas penghijrahannya.

CATRIONA ROSS

Semuanya bermula apabila Catriona menemani rakannya ke sebuah butik tudung. Sambil menunggu rakannya. Dia tergerak hati untuk mencuba tudung dan ketika melihat wajahnya di cermin, tiba-tiba datang satu perasaan pelik sehingga bergenang air mata dan mengambil keputusan untuk memakai tudung.

ABBY ABADI

Nekad memakai tudung semasa di Mekah, Abby berdoa semoga Allah menetapkan iman untuk dia istiqamah dalam penghijrahannya. Abby juga menceritakan tentang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan selepas menunaikan umrah.

YATT HAMZAH

Penghijrahannya bermula selepas mengikuti rakannnya menghadiri usrah. Ia telah berjaya menimbulkan keinsafan dalam dirinya kerana sering mengabaikan solat serta mendedahkan aurat. Katanya, setiba di rumah, dia terus menunaikan solat taubat dan pada rakaat terakhir, dia tidak dapat mengangkat kepalanya serta mengakui terlihat jelas keadaan wanita yang mendedahkan aurat diseksa di neraka. Dia kemudian terus sujud memohon keampunan sambil menangis.

WARDINA SAFIYYAH

Wardina pernah memberitahu bahawa dia merasakan sesuatu yang aneh sebaik sahaja melihat Kaabah dan bermula dari situ, dia mula melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Bermula dengan tidak meninggalkan solat wajib lima waktu dan kemudian menzahirkan keinginan untuk mula mengenakan hijab.

ABBY FANA

Sekembali menunaikan haji, Abby Fana mula berhijrah. Abby Fana atau nama sebenarnya Habsah Omar merupakan seorang yang sederhana. Dia memberitahu pernah mengalami kemurungan dan mendapat bantuan profesional yang mengingatkannya supaya mendekatkan diri kepada Allah serta mencari kebahagiaan ke arah pengisian rohani.

Sumber kredit: Sekkito.net