Pernah popular menerusi drama bersiri Adam Dan Hawa dahulu, nama pelakon Elfaeza Ul Haq sejak beberapa ketika ini jarang sekali diperkatakan. Namun, baru-baru ini ketika temu bual bersama Ustazah Asma Harun di laman sosialnya menarik perhatian ramai.
Imej beliau sudah mula berubah dan mengenakan tudung sepenuhnya, selain dirinya rakan selebriti, Diana Amir turut ada bersama.
Mengakui sudah lama mempunyai niat untuk menutup aurat, Elfaeza memberitahu beliau mula berhijab sejak 2015. Dia tidak berniat untuk memperlahankan kerjaya seninya namun pada ketika itu, dengan izinNya semuanya terjadi secara perlahan-lahan.
Tidak mempunyai alasan khusus kenapa dia memilih untuk berhijab. Cuma sudah lama mahu tampil berhijab dari tahun 2010, iaitu sejak lima tahun berhijrah. Wanita tinggi lampai ini merasakan pada masa itu tidak patut rasa menangguhkan niat ini.
Banyak perubahan yang perlu Elfaeza lakukan dan akui perlu membiasakan diri dengan imej yang baru. Bererti banyak juga perkara yang perlu dipelajari.
“Doakan saya baik-baik sahaja ya, bila nak berubah tu mesti ada beberapa ujian dan halangan untuk menguji pendirian serta iman kita, apa yang penting jangan pernah putus asa dan berpegang pada prinsip yang ada,” akuinya.
Pemilik nama penuh Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq dilahirkan di Jurong, Singapura dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada usia 18 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah anjuran MediaCorp Suria pada tahun 2003 dan selepas itu, beliau terjun ke bidang lakonan.
Gadis tinggi lampai ini mula dikenali di Malaysia pada dia menginjak usia 27 tahun, meski pun tidak berapa dikenali dalam berapa siri drama tempatan, namun kemunculannya dalam drama bersiri Adam dan Hawa cukup memberi kesan pada penonton ketika tayangannya di sekitar 2012.
Minat pada bidang lakonan bukan bererti dia menggemari kehidupan seorang selebriti. Septikal masyarakat yang menganggap dunia hiburan penuh kemewahan dan keindahan, tidak pula bagi dua selebriti ini. Elfaeza dia hanya minat seni lakonan, yang selebihnya tidak.
“Dunia yang penuh serabut, pergi event tak best, kena interview TV dan photoshoot tak best dan gosip pun tak best, ujar selebriti kelahiran Singapura ini. Alhamdulillah selama dalam bidang ini tiada gosip-gosip yang dikaitkan dengan saya,” kongsinya lagi.
Keseronokan yang dirasai hanya satu bebanan apabila, Elfaezah perlu hadiri aktiviti di luar bidang lakonan, walaupun dia akui ini adalah punca pencarian nafkah dan rezeki dengan berkongsi bakat lakonannya. Ulas ustazah Asmah Harun lagi, apabila apa yang kita buat bertentangan dengan syariat, rasa keseronokan itu ditarik olehNya, menjadikan rasa itu hanya pada luaran sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: “Seronok Tengok Ramai Yang Berhijrah…”- Peminat Teruja Tengok Artis Berkumpul Dalam Majlis Ilmu!
Walaupun berhijab, dia disokong oleh semua warga produksi. Elfaezah panjat kesyukuran hijrahnya disambut baik. Walaupun di kelilingi warga kerja transgender tapi menurutnya mereka inilah yang menjaga aurat dirinya ketika menjalani pengambaran. Pernah membintangi drama Impak Maksima the Series dan KL Menjerit The Series pada tahun 2008, mereka menghormati permintaan untuk melakukan ibadah solat , Allah memudahkan lagi keaadaan.
“Dua insan ini yang menjaga aurat dan pemakaian saya ketika dalam set pengambaran, bimbang aurat terdedah, Elfae diingatkan supaya memakai inner, namun sekiranya tiada mereka sendiri akan menyediakannya,” ujar Elfaeza lagi.
Bukan sekadar pemakaian malah waktu solat dan tertib pemakaian juga diperhatikan, agar tiada aib yang tersingkap, wanita anggun ini bersyukur mereka ini lelaki yang berjiwa wanita lebih memahami dan prihatin perihal hijrahnya.
Perkongsian selebriti ini bersama ustazah Asma Harun dilakukan ketika menjalani ibadah umrah di Kota Madinah. Semoga penghijrahan Elfaeza Ul Haq akan menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
@teddybear_purple #artishijrah #hidayahallahswt #temubual #ustazahasmaharun #elfaezaulhaq #hijrah #redhaallah #artis #malaysia #singapore #adamdanhawa #hijrahstory #madinah #madinahalmunawaroh ♬ Nur Tuhan – Hijjaz
@teddybear_purple Replying to @juecamelia01 #elfaezaulhaq #artishijrah #artissingapore #temubual #ustazahasmaharun #uah #masjidnabawi #kotamadinah #hijrahartis ♬ Nur Tuhan – Hijjaz