Selain daripada jogging, bersenam di taman, hiking juga merupakan merupakan hobi orang ramai suka dan amalkan untuk mendapatkan hidup sihat. Tetapi anda sangat memerlukan peralatan dan cara yang betul untuk mendaki ni agar tidak memudaratkan kesiahtan diri anda.
Bagi mereka yang merupakan pencinta alam dan pendaki sejati pasti tak sabar setiap hujung minggu untuk mendaki. Ada yang suka sangat sampai hari biasa pun tiada masalah buat anda kan. Jadi, ini merupakan tip hiking dengan selamat waktu malam di dalam hutan buat anda. Semoga ianya bermanfaat dalam membantu semua pendaki, terutama sekali pendaki yang baru. Ini merupakan tip yang dikongsikan oleh seorang pendaki di laman sesawang Facebooknya, Tun Farul Azri.
Artikel Berkaitan: Aktiviti ‘Hiking’ Bantu Untuk Kuruskan Badan, 5 Sebab Utama Kenapa Ramai Yang Suka Aktivit Ini!
5 Tip hiking dengan selamat waktu malam
1. Headlamp
Headlamp merupakan barang yang paling penting sekali apabila hiking pada waktu malam. Kedua tangan anda akan merasakan bebas untuk memegang atau berpaut sewaktu mendaki. Ramai juga pendaki malam yang tidak membawa headlamp tetapi mereka menggunakan flashlight biasa sahaja di tangan.
Untuk penjagaan mata dari silau, sila dapatkan headlmap yang mempunyai lampu merah sebagai lampu sampingan. Kerana ia tidak terang dan cukup untuk menyuluh sesetengah kawasan. Menurut Tun Farul Azri, Jangan gunakan ‘camp light’ atau LED pasar malam kerana cahayanya menyeluruh secara sekeliling dan mampu membuatkan anda silau. Pada masa yang sama ia membuatkan anda sukar untuk melihat objek (akibat silau) dan tangan pun tidak bebas.
Menurut Tun, ‘Guide’ di hadapan perlu menggunakan lampu yang cerah manakala kumpulan pendaki yang lain menggunkan lampu merah. Apabila berada di gunung atau hutan tebal, membawa api atau suar merupakan pilihan terbaik, kerana api akan dapat menghindarkan dari haiwan-haiwan nokturnal.
2. Loceng atau alatan bunyian
Loceng atau alatan bunyian ini selalu akan dipakai oleh Sweeper atau Guide bagi membantu kumpulan pendaki anda. Lebih kurang untuk mengenal pasti dan mengikut arah bunyi (untuk guide). Ia juga untuk mengenal pasti jarak paling belakang berdasarkan bunyi Sweeper.
“Kami biasanya guna Bluetooth Speaker yang dipasang lagu oleh guide. Bunyian jangan terlalu kuat dan jangan terlalu perlahan, tapi cukuplah seadanya bergantung pada jumlah pendaki yang ikut serta.” Menurut Tun.
3. Kenali & faham trek yang dilalui
Cuba elakkan untuk melakukan pendakian pada waktu malam buat kali pertama pergi. Pastikan anda mengetahui dan pernah pergi ke tempat itu pada waktu siang.
Menurut Tun, peka akan bunyi dan keadaan keliling dengan mata anda. Pastikan anda mengenali trek laluan manusia dan haiwan. Perhatikan bahagian dahan-dahan pokok ketika trekking kerana ular sangat aktif pada waktu ini.
4. Mendaki secara kelompok
Walaupun sampai ke puncak paling awal itu membuatkan diri kita bangga, kalau boleh pergi la bersama rakan yang lain. Mungkin pace atau stamina kita lebih hebat dari rakan-rakan lain tetapi biasakan untuk bersikap sabar, tunggu dan berjalanlah dalam kelompok kumpulan supaya tidak berlaku kawan hilang atau tertinggal semasa mendaki.
Tip pada waktu malam, berhenti rehat selama 5 minit untuk 30 minit pertama. Seterusnya anda boleh berhenti rehat 5 minit setiap jam buat perjalanan selepas itu. Jika rasa laju, dongak ke atas sekali sekala untuk menikmati langit malam. Anda akan merasakan teruja melihat taburan bintang melalui pokok-pokok.
5. Mendaki dengan perlahan
Tidak kira kalau anda merupakan seorang juara Gunung Tahan Climbathon atau juara Spartan Ultra Beast, mendaki di waktu malam sangat berbeza dengan siang. Setiap pendaki memerlukan fokus dan ketelitian yang lebih agar tidak salah memijak atau tempat berpaut. Oleh sebab itu, sentiasa lah mendaki dengan perlahan waktu malam. Relaks, slow dan steady gitu! Menurut Tun, mendaki malam dan mendaki siang ini sangat berbeza kerana nikmat dan kepuasannya berbeza. Oleh itu, nikmatilah alam malam anda apabila mendaki.
Jika mempunyai rezeki, kemungkinan anda akan berjumpa dengan haiwan-haiwan yang bercahaya. Selalunya berada di kawasan puncak. Pasti cantik. Ingat, gunung itu tidak lari mana pun. Mendaki ini merupakan aktiviti yang santai atau ‘leisure’ dan bukannya pertandingan siapa yang cepat sampai. Biarkan ia lambat asalkan selamat. Dalam pada masa yang sama, hiking dapat membantu anda dalam mengurangkan berat badan juga, jadi apa salahnya untuk hiking dan dapat isi masa lapang!
Artikel Berkaitan: Senaman ‘Mountain Climber’ Boleh Atasi Lemak Di Kawasan Pinggang, Dengan 5 Kebaikan Ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: Facebook Tun Fazrul Azri
https://www.youtube.com/watch?v=oip9PGfVETQ&t=6s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI