Salah satu item fesyen yang perlu ada dalam almari seorang wanita adalah jaket kulit. Jaket boleh digunakan sebagai outer wear untuk menutup aurat seorang wanita. Perlu anda tahu bahawa anda perlu tahu tip yang betul dan tepat sebelum membeli jaket kulit.
Tentunya anda mahukan jaket dengan rekaan yang terbaik dan dibeli pada harga yang berpatutan. Jadi, cuba baca 4 tip ini. Semoga ia bermanfaat dan dapat membantu anda untuk memilih jaket yang terbaik.
Sebaik-baiknya, pilih jaket kulit yang sesuai dengan tubuh badan anda. Jaket yang terbaik adalah jaket yang dipakai dan jatuh pada bahagian tulang pinggul anda. Dalam masa yang sama, ia boleh menutupi kekurangan pada bahagian dada dan pinggang anda yang berlemak.
Terdapat pelbagai jaket tiruan seakan-akan sama dengan yang asli dijual di pasaran. Pastikan anda membeli jaket yang original. Jaket tiruan biasanya tidak tahan lama, tidak menyerap peluh dan terasa panas bila dipakai. Biasanya, jaket yang original lebih mahal harganya. Walaupun mahal, ia boleh bertahan lebih lama berbanding jaket tiruan.
Sekiranya ini merupakan kali pertama anda mahu membeli jaket kulit, apa kata beli dahulu jaket berwarna hitam. Warna hitam lebih mudah untuk dipadankan bersama pakaian yang lain. Malah, warna hitam juga tidak akan pernah ketinggalan zaman. Jika anda sudah memiliki jaket berwarna hitam, carilah warna-warna seperti coklat, kuning cair atau kelabu.
Jaket kulit tanpa rekaan atau polos sudah ketinggalan zaman. Kebanyakan jenama kini sudah mengeluarkan jaket kulit dengan pelbagai rekaan. Apa kata cari jaket kulit yang hadir dengan rekaan atau detailing seperti studded, bermanik, ditambah patch atau jaket dengan kombinasi fur-leather. Tentunya anda kelihatan lebih ‘wow’.