Buat para wanita yang berhijab pasti sukar buat anda untuk menjaga rambut. Pakai tudung sahaja sudah melebihi 4 jam setiap hari. Tahukah anda, jika anda rajin untuk merawat dan menjaga rambut anda pasti tiada masalah rambut walaupun berhijab!
Walaupun bertudung tetapi penjagaan rambut itu sangat penting ya. Ramai yang mengalami rambut kering. Ini akan memudahkan rambut anda cepat rosak apatah lagi rambut gugur di lantai. Pasti anda stres apabila nampak rambut dilantai bilik. Hampir hari-hari kena sapu bilik. Betul tak? Apabila mengalami keadaan seperti ini baru lah anda ingin mencari-cari di mana jalan penyelesaiannya. Jangan risau, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan rambut kering.
Artikel Berkaitan: Daun Kari Bukan Hanya Guna Untuk Masak Kari Tapi Boleh Buat Tonik Rambut & Cegah Uban
Jadi ini adalah beberapa faktor yang menyebabkan rambut anda kering adalah rambut terlalu lama berada di bawah matahari. Walaupun anda memakai tudung, tetapi apabila anda berada lama di bawah matahari ia akan memberi kesan juga. Terutama sekali apabila anda cepat berpeluh. Selain itu, penggunaan syampu rambut yang mempunyai banyak bahan kimia juga menyebabkan rambut anda kering. Seperti Silikon, SLS dan SLES.
Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi kesuburan rambut seseorang itu. Di mana jika anda sentiasa berada di kawasan yang penuh dengan asap jadi rambut anda akan terdedah dan menyebabkan rambut anda rosak. Selain itu, mungkin disebabkan anda selalu mewarna rambut yang menyebabkan rambut anda kering. Oleh kerana di dalam pewarna rambut selalunya mempunyai bahan yang menyebabkan rambut anda kasar dan kering. Penggunaan perapi juga menyebabkan rambut anda kering dan kasar disebabkan mempunyai bahan kimia di dalamnya. Akhir sekali, apabila anda tidak keringkan rambut sepenuhnya sebelum memakai tudung. Ia juga menyebabkan rambut berbau.
Terdapat 5 bahan untuk mengatasi masalah rambut kering & rosak.
1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun sangat terkenal dengan pelbagai kebaikan dan khasiatnya. Jadi buat rambut pula ia dapat membantu dalam mengawal minyak pada rambut anda dan kulit sensitif. Apa yang anda perlu lakukan adalah lumurkan minyak pada kulit kepala dan peram ia. Tip untuk melebatkan rambut juga anda boleh panaskan minyak zaitun dan lumur pada kulit kepala selama 30 minit.
2. Cuka Epal.
Cuka epal sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Menurut pakar rambut ada 4 langkah yang perlu anda lakukan apabila menggunakan cuka epal pada rambut:
- Pastikan anda sediakan 1 cawan air suam dan pastikan anda memasukkan satu sudu besar cuka epal. Kemudian kacau untuk sebati.
- Pastikan anda mandi dan syampu rambut anda seperti biasa. Jangan gunakan syampu sintetik.
- Seterusnya, selepas anda membilas rambut, pastikan untuk ratakan bilasan cuka epal tersebut ke seluruh kepala anda dan lurut kan ia sampai ke hujung rambut.
- Seterusnya basuh sehingga rambut anda bersih.
- Pastikan anda melakukannya seminggu sekali dan pasti anda akan lihat kesannya.
3.Putih telur & air
Rupanya telur juga memberi khasiat untuk melembapkan rambut anda daripada kering. Caranya adalah anda pecahkan telur dan pastikan untuk asingkan telur kuning. Selepas itu, pastikan anda memasukkan air bersama telur putih dan kacau sehingga rata. Akhir sekali, lumur serta urut kepala rambut selama 30 minit. Akhir sekali bilas sampai bersih ya!
4. Lidah Buaya
Ambil tanaman lidah buaya yang berada di kawasan rumah anda tu gunakan untuk rambut. Lidah buaya atau dikenali sebagai ‘aloe vera’ ini mempunyai sangat banyak manffat ya. Ia boleh membantu merawat rambut kering anda itu. Anda hanya perlu membuang kulit dan ambil isinya ke kulit kepala. Teksturnya sangat lembut dan sejuk tau. Mesti seronok je kulit kepala anda.
Artikel Berkaitan: Kulit Kepala Punyai Masalah Psoriasis, Gunakan Minyak Kemiri Untuk Merawat Dan Melebatkan Rambut
5. Santan
Rupanya santan ini sangat efektif untuk merawat rambut secara turun temurun. Selain itu, warga India juga menggunakan santan asli untuk merawat masalah rambut mereka. Caranya sangat mudah, anda perlu mengambil santan yang diperah dan pastikan ianya santan kelapa tua dan bukan santan kelapa muda. Selepas itu, lumurkan pada kulit kepala anda. Kemudian biarkan selama 5 ke 10 minit dan cuci kepala anda sehingga bersih. Tetapi satu kekurangan tentang santan ini adalah baunya yang kurang menyenangkan.
Sebagai penutup, pastikan anda sentiasa mengamalkan penjagaan rambut. Terutama sekali buat mereka yang berhijab. Lakukan dengan kerap supaya anda dapat kekalkan rambut dengan cantik dan juga rambut sihat sentiasa. Pasti rasa seronok mempunyai rambut yang sihat dan cantik. Tak ada rasa malu apabila membuka tudung di rumah.
Sumber: Shampoo Santan Malaysia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI