Baca tajuk dah stres! Dalah pencinta tegar kopi, tiba-tiba dapat tahu minum kopi dengan kerap boleh meningkatkan gigi sensitif untuk berlaku. Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini? Ada ke jalan penyelasaiannya atau memang tak perlu ambil minuman kopi langsung?
Jawapannya adalah anda boleh mengurangkan minum kopi untuk mengatasi masalah gigi sensitif dengan mengikuti beberapa langkah ini. Salah satu penyebab gigi menjadi sensitif adalah kerana pendedahan gigi kepada asid yang kerap atau pada tempoh yang lama. Jadi dari mana datangnya asid ini? Ia boleh didapati daripada makanan atau minuman yang kita ambil setiap hari. Selain itu, asid yang kuat juga naik ke perut kembali ke dalam mulut.
Oleh itu, sekiranya makanan tersebut jika makanan atau minuman berasid diambil dalam jumlah yang terlalu kerap. Jadi enamel pada gigi akan melarut atau hilang. Apabila gigi mula hilang kerana larut atau disebabkan hakisan dan ia tidak boleh tumbuh semula.
Buat mereka yang mencintai kopi akan berasa sedih kerana kopi sahaja dapat membantu mereka untuk merasa bahagia dengan aromanya. Kopi juga menjadi peneman buat sesetengah daripada kita. Kopi mempunyai asid di dalamnya. Jadi, kopi akan mewujudkan suasana yang berasid pada gigi lalu mengikis enamel pada gigi. Ini juga menyebabkan keasidan kopi tersebut. Selain itu, keasidan kopi itu bergantung kepada jenis kopi tersebut.
Jadi kopi yang dipanggang sederhana (medium roasted coffee) mempunyai nilai di antara 4.9 hingga 4.5. Jadi, kalau anda kerap minum kopi panggang sederhana akan mudah mendedahkan gigi anda kepada minum berasid. Asid di dalam kopi adalah untuk meningkatkan rasa kopi tersebut.
Akan tetapi, ada juga kopi yang mempunyai keasidan yang lebih rendah dengan jenama yang dipanggang gelap (dark roasted coffee) oleh kerana kandung asidnya yang lebih rendah. Tetapi jangan risau ada cara untuk atasi gigi sensitif kesan daripada minum kopi. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah gigi yang sensitif ini iaitu:
Jika anda ingin meneutralkan asid di dalam mulut, anda boleh cuba untuk berkumur dengannya. Jadi jangan lupa untuk bilas mulut atau berkumur setelah menikmati kopi. Jika anda rajin untuk berkumur seperti ini anda tidak perlu risau tentang gigi sensitif selepas minum kopi. Apabila keasidan kopi dibersihkan dengan air, ia dapat mengelakkan risiko enamel untuk menipis.
Gosok gigi memang perlu dua kali sehari agar gigi tidak sensitif selepas anda minum kopi. Jadi gunakan berus gigi yang lembut juga dapat mengelakkan penipisan pada enamel gigi. Anda tidak perlu menekan kuat semasa memberus gigi dan berus seperti biasa sahaja.
Dinasihatkan agar anda tidak lupa untuk membersihkan bahagian permukaan atau bahagian atas gigi yang kerap digunakan apabila mengunyah untuk makan. Jadi jangan lupa untuk memilih ubat gigi yang betul. Menurut kajian kandungan 5% kalium nitrat dan fluorida dalam ubat gigi akan membuatkan rasa sakit itu hilang dengan kadar yang cepat. Fluorida dapat memberi perlindungan kepada gigi dan membantu menguatkan enamel pada gigi.
Asid di dalam teh dan kopi sangat menganggu gigi sensitif. Jadi, apabila anda mengambil beberapa cawan kopi atau teh dalam sehari, cuba untuk mengurangkan pengambilannya. Apa yang boleh anda lakukan adalah mencairkan kopi atau teh dengan air kosong bagi mengurangkan keasidannya.
Sentiasa hadkan masa yang anda perlukan untuk mengambil secawan kopi. Ini bermaksud minum kopi pada masa yang singkat akan menyebabkan gigi anda kurang berasid. Ini bermakna 10 ke 15 minit secawan kopi lebih baik daripada minum kopi selama satu jam.
Flos gigi dengan betul akan memberi kebersihan mulut yang lebih baik. Walaupun flos gigi boleh menyebabkan gusi berdarah pada peringkat awal tetapi gusi akan lebih kuat jika anda kerap melakukannya. Pastikan anda membuat teknik flos yang betul.
Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali ya. Doktor juga akan membantu memantau kesihatan gigi kita. Sekiranya anda mempunyai gigi sensitif dan tidak tahu untuk buat apa, pergilah berjumpa dengan doktor gigi. Selain itu, doktor gigi juga akan memberikan cadangan rawatan yang tepat tentang masalah gigi sensitif yang sedang anda alami waktu itu.
Jadi kesimpulannya adalah minum kopi akan menyebabkan seseorang itu mempunyai gigi yang sensitif. Disebabkan oleh kopi merupakan minuman yang berasid dan boleh menghakis lapisan pada enamel gigi. Jadi untuk mengurangkan masalah gigi sensitif anda boleh mengikuti langkah di atas ini.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.