Punya impian? Namun masih bertemu laluan buntu untuk menggapai anganan itu? Usah berlengah lagi. Bangkit dan usahakan sesuatu agar anda mampu berdiri megah selepas ini! Hidup ini masih panjang perjalanan. Sudah menjadi lumrah jika berdepan halangan.
Tambahan melibatkan hal kerjaya. Dugaan boleh muncul pelbagai cara hingga boleh buat anda putus asa. Jangan menyerah kalah dahulu, anda masih boleh mencapai keinginan diri jika ada kesungguhan. Namun, sebelum itu lihat lima langkah untuk ke laluan kejayaan.
Keputusan atau pilihan kerja bermula kala anda mengambil kursus di peringkat diploma atau ijazah. Harus tentukan jurusan yang punya hubung kait dengan bidang kerja impian anda. Penting memilih universiti atau kolej berprofil tinggi dan ada latar belakang baik. Malah, setiap universiti atau kolej sekarang punya kursus atau program popular masing-masing.
Perlu tetapkan syarikat disertai. Jika menanam impian untuk bergelar pereka fesyen, pastikan anda telah sasarkan universiti atau kolej dicitakan. Sasaran penting supaya anda dapat melihat dengan jelas arah tuju kerjaya. Ia juga membantu anda untuk kenal pasti peluang yang barangkali diperoleh dengan memasuki organisasi yang tepat.
Sasaran masa penting sebagai motivasi untuk berusaha lebih gigih. Dan waktu itu harus realistik. Andai bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan, pasti anda meletak jangka masa tertentu bagi membuat variasi rencana. Setahun jagung bekerja, ada hati mahu mulakan bisnes? Usah berangan!
TEROKA PELUANG
Ambil berat tentang bidang ingin diceburi. Jika bercita-cita hendak menjadi doktor, pastikan anda mengetahui selok-belok dunia kedoktoran. Untuk berjaya, bukan hanya berbekalkan bakat dan minat. Anda harus belajar hal perubatan secukupnya. Sentiasa penuhi ilmu di dada.
Anda tidak hanya dinilai berdasarkan segulung diploma atau ijazah. Waktu sama, pengalaman turut diutamakan. Ia sesungguhnya menjadi kayu pengukur kepada sesebuah organisasi terutama berskala besar. Jika punya latar belakang kerja yang baik, peluang anda pasti lebih bersinar.
“ Banyak disiplin diperlukan dalam usaha menjana idea yang boleh diubah kepada teknologi inovatif.” – Mendiang Steve Jobs, Pengasas Apple Corp