Hijabi Yang Ada Kereta Baharu, Pastikan Cek Dulu Keadaan Kereta Anda

Share

Buat mereka yang sedang menunggu atau ingin membeli kereta baharu pasti tidak sabar apabila jurujual kereta mengatakan kereta sudah sampai. Tambahan pula, buat mereka yang sudah lama ingin memiliki kereta sendiri. Tahukah anda, ada beberapa perkara yang perlu anda check ketika terima kereta baharu?

Gambar sekadar hiasan

Sudah semestinya perasaan teruja dan gembira apabila sudah lama menunggu kereta yang diidamkan. Oleh itu, ada beberapa tips yang perlu dititikberatkan semasa anda ingin mengambil kunci kereta daripada penjual kereta. Ini kerana, anda tidak mahukan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Perkara yang perlu anda check selepas terima kereta baharu!

Anda dinasihatkan untuk mengesan dahulu kereta baharu kerana takut ada yang rosak. Tidak salah untuk membuat langkah awal. Sedangkan, setiap bulan anda akan mengeluarkan duit sendiri untuk membayar kereta tersebut. Jika sebelum ini anda banyak menghabiskan duit kerana menggunakan kereta lama jadi ini adalah langkah sama.

Artikel Berkaitan: Ini Perkara Yang Anda Perlu Buat Bila Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai/Tasik, Yang Penting Jangan Panik

Kebanyakan orang akan yakin dengan kereta baharu pasti tiada masalah. Banyak tips yang anda boleh temui di internet. Jadi ini adalah perkongsiaan yang mudah buat anda diluar sana.

Gambar sekadar hiasan

Semasa mengambil kunci kereta atau test drive.

1. Kebiasaannya dalam pembuatan kereta, badan dan bumper akan di cat pada tempat berasingan jadi kebarangkalian warna untuk tidak sekata sangat tinggi.

2. Check bahagian dalam kereta anda. Pastikan anda cek fabrik tempat duduk, cek bahagian plastik di dalam kereta, warna sama ada sekata atau tidak dan cek karpet. Cuba sentuh bahagian plastik.

Gambar sekadar hiasan

3. Buka hood kereta. Ini untuk anda cek keadaan enjin kereta. Pastikan tiada yang berkarat, tiada hose yang bocor, wayar sambungan yang tertanggal.

Gambar sekadar hiasan

4. Hidupkan enjin dan minta untuk memandu sekitar kawasan sahaja. Selepas menghidupkan enjin, pastikan semua indicator enjin berfungsi dengan baik. Pastikan indicator seperti ABS, Engine check, temperature, Airbag dan lain-lain.

Cek semua suis yang ada di dalam kereta seperti power windows, door lock, radio, aircond, wiper, lampu, signal dan lain-lain. Anda juga boleh cek sama ada ketat atau tidak. Tidak lupa juga handbrake ya!

5. Semasa memandu cuba semua pedal yang ada. Pastikan anda cek kondisi steering, brake dan cuba untuk tukar-tukar gear. Kalau kereta auto tu, cek gear lain selain D. Boleh jga cek jarum speedometer, tachometer dan cluster condition. Nyalakan lampu untuk cek brightness meter. Tak perlu bawa laju dalam 30 atau 40 km/h pun okay!

Gambar sekadar hiasan

Sekiranya anda sudah puas hati dengan semua di atas baru boleh tandatangan. Diingatkan supaya, selepas sahaja anda tandatangan borang yang diberi, secara automatik kereta tersebut bukanlah tanggungjawab penjual. Kira penjual sudah tiada kena mengena. Sebagai contoh, selepas tanda tangan, ada kereta lain terlanggar sikit kereta anda, jadi masa itu juga claim insurans akan dibuat atas nama anda.

Sekiranya apa-apa terjadi sebelum tandatangan, insuran claim akan jadi atas nama syarikat dan anda berhak untuk meminta kereta lain. Jadi, sebelum tanda tangan pastikan tempat itu betul-betul selamat.

Artikel Berkaitan: Jerit Sekuat Hati Pun Tidak Membantu, Ikuti Tip Untuk Menghalau Lipas Keluar Dari Kereta

Jangan lupa untuk membaca manual kenderaan tersebut. Cari sedikit masa untuk membacanya sekali. Kereta baru patut berada di dalam keadaan yang baik. Bukannya rosak.

Sumber melalui:Facebook Irwan Syah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.