Hijabi Tertelan ‘Jarum Peniti’ Ketika Pakai Tudung! Hampir Jalani Pembedahan Jika..

Share

Baru-baru ini tular di aplikasi Tik Tok tentang pendedahan seorang doktor yang merawat pesakit tertelan jarum peniti semasa sedang memakai tudung.

Klip video berkenaan memaparkan penemuan jarum peniti di dalam badan seorang wanita sebaik sahaja wanita itu menjalani imbasan X-ray.

Jarum Peniti Tersangkut Di Usus, Perlu Jalani Pembedahan Untuk Dikeluarkan

Video rakaman pintasan X-ray itu dimuatnaik menerusi akaun Tik Tok @hanyafototulang dan turut dikongsikan semula di laman Instagram @terangmedia.

@hanyafototulang #fyp #viral #rontgen2023 #abdomen #corpusalienum #hijabers @HanyaFotoTulang @HanyaFotoTulang ♬ suara asli – HanyaFotoTulang

Hijabista difahamkan bahawa kejadian malang itu berlaku berpunca dari tindakan wanita itu sendiri yang meletakkan jarum peniti berkenaan pada mulutnya, ketika hendak memakai tudung, sebelum tertelan jarum peniti itu.

Artikel berkaitan: Tudung Terletak Cantik Hanya Dengan Sebatang Jarum! Hijab Stylist Ini Kongsi Caranya

“Sekadar mengingatkan, ini imbasan X-ray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu di diagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan bendasing dalam tubuh.

“Ini kes wanita berhijab, tetapi meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.

“Nampak tak? Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih dari 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” kata description pada video berkenaan.

Video berkenaan turut membuka mata netizen sekaligus menarik perhatian netizen hingga ada yang meninggalkan komen seperti..

“Adik saya pernah alami… tetapi tidak rasa sakit. Selepas diperiksa, jarum itu hilang. Doktor kata mungkin jarum itu keluar bersama najis,” komen seorang pengguna media sosial.

Sumber: Tik Tok @hanyafototulang

Artikel berkaitan: Impian Jumpa PMX Sebelum ‘Pembedahan’ Tercapai! Anwar Ibrahim Sempat Ajar Anak Kecil Ini Doa ‘Afiyah’ Untuk Kesembuhan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir