Cat eye ternyata boleh divariasikan menjadi berbagai macam gaya solekan mata yang unik dan menarik perhatian. Untuk hijabis yang ingin tampil berbeza, cuba sahaja inspirasi cat eye berikut ini tetapi jangan lukis mata sampai comot tudung.
Eyeliner hitam sepertinya sudah biasa. Bagaimana kalau kamu mencuba aplikasi eyeliner dengan gaya yang lebih berani dan up-to-date? Misalnya saja dengan warna-warna neon, glitter, atau metalik. Atau kamu juga bisa membentuk cat eye yang super besar, seperti salah satu inspirasi cat eye ini.
20 inspirasi eyeliner cat eye anti mainstream yang boleh hijabis cuba tanpa comotkan tudung!
Gunakan warna yang terang, seperti cobalt blue pada mata atas, dan tambahkan titik di bahagian tengah garis bulu mata bawah.
Untuk menonjolkan bulu matamu yang bermaskara, aplikasikan eyeliner di bahagian hujung luar sahaja agar terlihat seperti bulu mata yang panjang.
Gaya cat eye ini hanya berupa bingkai sahaja, tanpa mengisi bahagian dalamnya.
Untuk mendapatkan cat eye ini, buatlah oversized cat eye menggunakan eyeliner dengan nuansa jewel-toned yang berani.
Mahu tampilan cat eye yang dramatis? Buatlah 2 lapis garis menggunakan warna yang berbeza, seperti hitam dan ungu.
Jika cat eye biasanya menarik sayap dari mata atas, kali ini cuba tarik garis dari ujung dalam mata bawah hingga keluar membentuk sayap. Gunakan warna hitam.
Buatlah garis melengkung menggunakan eyeliner hitam atau berwarna pada lengkungan kelopak mata. Tambahkan sentuhan shimmer tipis di bahagian bawahnya, sehingga terlihat seolah-olah kosong tanpa warna.
Cat eye menggunakan dua warna ternyata boleh terlihat sangat menarik. Pakai warna bronze di bahagian bawah mata dan ungu lembut untuk membentuk sayap di bahagian atas tambah impak dengan warna kontras untuk eyeliner bawah mata.
Eyeliner yang bisa membaur dengan mudah bersama smoky eyeshadow cocok sekali untuk tampil berbeza di acara pesta malam. Tambahkan juga glitter di bahagian bawah mata.
Cara cepat untuk mendapatkan sentuhan warna adalah dengan mengaplikasikan eyeliner metalik pada mata bahagian atas tanpa memperpanjangnya.
Buatlah garis melengkung di atas kelopak menggunakan eyeliner hingga hampir menyentuh hidung dan warnai bahagian bawahnya dengan warna kontras.
Untuk hang out di malam hari, perbesar cat eye dan tak perlu gunakan eyeliner di bahagian bawah.
Kurang tidur? Gunakan saja eyeliner putih pada waterline agar mata terlihat segar.
Kombinasikan eyeliner metalik dengan eyeliner hitam. Pada mata atas, gunakan warna metalik sebagai isi eyeliner hitam yang membingkainya. Pada mata bawah, gunakan warna metalik di bawah eyeliner hitam.
Kilaukan matamu menggunakan gliter keemasan pada kelopak mata membentuk cat eye. Bingkai cat eye dengan eyeliner berwarna unik, seperti melon, jingga, dan lain-lain.
Inilah cara mudah membuat mata tampak lebih bulat dan besar. Aplikasikan eyeliner hanya di ujung luar mata atas dan setengah ujung luar mata bawah.
Eyeliner dengan sentuhan glitter yang diaplikasikan pada garis bulu mata bahagian bawah cocok sekali menemani cat eye yang berani.
Trend terbaru ini berlawanan dengan cat eye. Jika cat eye biasanya memperpanjang garis bulu mata keluar, puppy liner justeru mengikuti alur garis bulu mata asli yang cenderung menurun, sehingga mata akan tampak lebih bulat dan besar.
Jangan berhenti di ujung luar kelopak, tapi perpanjanglah sayapnya ke atas hingga hampir menyentuh alis, seperti wanita-wanita Mesir kuno.
Gaya cat eye ini lebih mirip bentuk geometri daripada garis. Bentuklah persegi di bahagian ujung dalam mata atas dan sayap yang tebal di bagian luarnya hingga menyentuh alis. Isi bahagian dalamnya, dan biarkan mata bahagian bawah polos.
SUMBER: Kawaii Beauty Japan