Siapa tak kenal penyanyi no.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 25 kali.
Mencipta nama besar dalam industri seni negara, punyai syarikat kecantikan BeauSiti yang perlu diuruskan, seorang isteri dan juga ibu yang menguruskan keluarga serta rumahtangga. Ini semua membuatkan Siti juga tak terlepas dari mengalami tekanan seperti orang lain.
Namun, bagi Siti tiada masalah yang tak punya jalan penyelasaiannya, justeru ini beberapa langkah yang dilakukan Siti ketika berdepan tekanan.
“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan stres. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stress, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.
“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting. Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.
“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti, bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.
Elak ‘Overthinking’ Fokus Pada Penyelesaian
Ads
Menurut Siti, perkara yang paling penting dalam menguruskan Stress ialah dengan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Malah, Siti berkata dia tidak pernah mempersoalkan sesuatu masalah yang dihadapi, kerana enggan fikiran negatif ‘memakan diri’ sehingga tekanan menjadi berlarutan dan bertambah buruk.
“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula.”
Menerusi ‘confession’ ini, Siti akui sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata kini. Adakalanya dia juga stress ketika berdepan dengan ‘peel’ dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan dalam masa yang sama perlu menguruskan aktivitinya sebagai wanita berkerjaya.
Ads
Untuk rekod, menerusi laman sosial miliknya Siti berhasrat untuk berkongsi bersama peminat berkenaan cara bagaimana dia menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupan, menerusi sebuah slot perkongsian dikenali sebagai ’10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza’.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Mungkin ramai di antara kita yang sudah biasa dengan sayur-sayuran seperti bayam, sawi, kangkong, kobis dan brokoli. Namun tahukah anda ada satu sayur hijau lain yang memiliki banyak faedah dan nutrisi untuk tubuh jika diamalkan sebagai salah satu resipi dalam diet seharian.
Kale merupakan sayur yang penuh dengan pelbagai sumber vitamin dan mineral yang hebat sekaligus bertindak sebagai salah satu sumber makanan yang memiliki unsur perubatan yang kuat.
Berikut adalah antara kelebihan dan manfaat Kale yang telah disokong oleh sains:
1. Sumber Vitamin C Yang Hebat.
Vitamin C merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam memastikan fungsi sel badan berjalan dengan baik. Sebagai contoh ia sangat penting untuk proses sintesis kolagen yang merupakan struktur protein yang banyak di dalam badan. Kale merupakan sumber makanan yang memiliki lebih banyak vitamin C berbanding sayuran lain yang mana ia memiliki 4.5 kali vitamin C berbanding bayam.
2. Membantu Merendahkan Kolesterol.
Jika badan kita memiliki kolesterol yang tinggi ia menjadi penyebab untuk terjadinya serangan jantung. Menurut laman sesawang healthline.com satu kajian mendapati yang dengan meminum jus kale selama setiap hati selama 12 minggu mampu meningkatkan kolesterol HDL (Baik) sebanyak 27% dan merendahkan paras LDL sebanyak 10 peratus dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.
3. Sumber Vitamin K Terbaik.
Vitamin K merupakan nutrien penting yang diperlukan tubuh manusia. Ia sangat penting untuk proses pembekuan darah yang mana ia berfungsi untuk pengaktifan sesetengah protein dan memberi ia kebolehan untuk mengikat kalsium. Kalau nak tahu betapa banyaknya vitamin K, secawan Kale mentah mengandungi tujuh kali lebih banyak vitamin K berbanding keperluan harian yang disarankan.
4. Membantu Proses Penurunan Berat Badan
Sayur ini sangat rendah kalori dan mampu mengekang rasa lapar dengan membuatkan anda kenyang. Kerana ia sangat rendah kalori dan tinggi kandungan air menjadikan ia memiliki unsur ketumpatan tenaga rendah. Dalam sesetengah kajian, makan makanan dengan unsur ketumpatan tenaga rendah membantu proses penurunan berat badan.Sayur ini juga memiliki amaun kecil protein dan serat menjadikan ia salah satu sumber penting dalam proses penurunan berat.
Jadi, pernah anda makan Kale sebelum ini? Sayur ini banyak dijual di pasar raya besar. Mungkin selepas ini anda boleh mencuba sendiri dan rasai kehebatan sayur ini terhadap kesihatan diri.
Sumber: healthline.com Sumber gambar: pexels.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak berhijrah pelakon dan pengacara Diana Amir memang mengubah penampilan dan sikapnya 360 darjah. Dia yang melakukan penghijrahan setelah mengakui hidupya kini semakin mendapat ketenangan. Walaupun begitu sebagai selebriti, Diana tetap mengutamakan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Diana Amir tidak lokek berkongsi cantik cara Islam yang diamalkannya ketika bertemu beliau di majlis pelancaran Pameran Sukan Dan Kecergasan Antarabangsa (MISFIT 2018) baru-baru ini.
Menurut Diana dalam agama Islam sendiri memang amat mementingkan kebersihan. Jadi secara tak langsung kita akan menjaga kebersihan diri. Ini kita boleh lihat apabila perlu mengambil wuduk dahulu sebelum bersembahyang lima kali sehari.
Jika kita mengambil wuduk dengan sempurna memang diri akan bersih. Ini kerana daripada situ (mengambil wuduk) kita membersihkan muka dan kaki dan secara tak langsung itu juga sebahagian daripada menjaga kebersihan.
Dia juga turut memastikan sebelum masuk tidur Diana akan membersihkan wajah terlebih dahulu. Tidak akan sesekali terus tidur tanpa membasuh wajah dengan bersihnya. Selain itu petua lain diamalkan adalah perlunya menjaga stamina dengan melakukan senaman bagi mengekalkan tubuh supaya kekal sihat dan cergas.
Ibu kepada dua cahayamata ini juga turut berkongsi amalan kerohanian bagi membuatkan wajah seseorang itu kekal berseri dan bercahaya.
SENTIASA BERZIKIR
Menurut Diana lagi kecantikan itu penting bermula dari dalaman dengan hati dan jiwa yang tenang. Ketenangan itu akan datang pada seseorang bila kita sentiasa menngingati Allah. Jangan sesekali fikir perkara yang memeningkan kepala kerana ia boleh membuatkan seseorang itu cepat tua.
“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira di mana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa. Jadi kita perlu sentiasa memperbaiki iman dan syahadah.
“Zikir paling mudah untuk diamalkan adalah Istighfar dan Lailahaillah. Sentiasa basahkan mulut dengan zikir mulia dan inysa-Allah segala urusan akan dipermudahkan. Kita ingat Dia dan Dia akan mengingati kita dan hati akan memperoleh ketenangan yang paling hakiki, lebih-lebih apabila berada dalam kesusahan,” jelas Diana sebelum mengakhiri perbualan.
Pasti ramai ternanti-nanti perkembangan terkini pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri akibat mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.
Media arus perdana melaporkan, pengarah Shahrulezad Mohameddin (budak Ijat) memaklumkan bahawa keadaan Nad kini sudah semakin stabil dan telah dikeluarkan dari ICU.
Nad Dah Sedar Sepenuhnya! Boleh Berbual Dan Bergelak Ketawa
Memetik laporan Berita Harian, apa yang lebih menggembirakan adalah apabila Nad kini tidak lagi ditidurkan, makin pulih serta boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad) tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak lagi ditidurkan.
“Nanad sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Nanad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendirian walaupun kami berpesan jangan sebab paru-parunya masih belum kuat,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran mengenai perkembangan terkini Nad Zainal.
Bagaimanapun, atas saranan doktor, ibu kepada dua cahaya mata itu masih perlu berehat panjang dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan paru-parunya.
“Nanad masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka ketika pendarahan tempoh hari.
“Alhamdulillah, syukur sangat,” katanya.
Mengulas lanjut alasan tidak memuatnaik perkembangan semasa Nad Zainal, budak Ijat menjelaskan bahawa dia perlu menghormati keluarga pelakon itu.
“Saya lama tidak berkongsi perkembangan Nanad kerana kasihankan keluarganya. Selain Nanad, kesihatan mental keluarga Nanad juga menjadi keutamaan kami.
“Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad, pasti wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.
“Nanad anak tunggal, jadi, apabila berita yang bukan-bukan bersepah sana-sini, bayangkan macam manalah perasaan keluarga Nanad berdepan fitnah seorang diri.
“Percayalah, Nanad dalam keadaan baik sekarang berkat doa kita semua yang sayangkan dirinya,” jelasnya.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...