Hijabi Perlu Tahu Warna Kulit Terlebih Dahulu Sebelum Sarung Sebarangan Tudung. Agar Muka Tak Nampak Kusam.

Share

Rasanya setiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai rona tudung yang pelbagai. Seronoknya rasa bila semua warna tudung ada dalam almari. Tentunya lebih mudah untuk suai padan dengan bau-baju yang anda ada.

Tetapi perlu anda tahu bahawa anda perlu memilih warna tudung yang sesuai agar wajah anda tidak nampak kusam. Untuk mengetahui sama ada tudung tersebut sesuai dengan wajah anda atau tidak, anda perlu kenali warna kulit anda terlebih dahulu. Bila anda sudah tahu warna kulit anda, senanglah untuk anda pilih tudung yang sesuai.

Tip memilih warna tudung yang sesuai dengan kulit ini telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Nurul Aeishah menerusi akaun Facebooknya. Diharapkan tip yang dikongsinya ini sedikit sebanyak dapat membantu hijabi di luar sana yang masih tercari-cari warna tudung yang sesuai dengan tona kulit anda.

Foto: Facebook Nurul Aeishah

Meh sini kita kenalpasti apakah warna tudung yang sesuai untuk kulit. Akak tau selama ni uolls hentam je kan pakai tudung warna apa,asal kena dengan warna baju. Eh akak pun sama jugak macam uolls. 

Kulit Putih

Foto: Facebook Nurul Aeishah

Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru.

Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.

Kulit Sawo Matang

Foto: Facebook Nurul Aeishah

Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon akan membuatkan muka anda lebih cerah dan cantik. Sila hindari warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu warna coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.

Kulit Kuning Langsat

Foto: Facebook Nurul Aeishah

Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink,biru dan kuning. Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.

Kulit Gelap

Foto: Facebook Nurul Aeishah

Anda yang berkulit gelap selamat dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana akan mencerahkan kulit anda. Sila hindari warna-warna malap dan gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.

Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja dapat menyerlahkan kecantikan anda tetapi dapat menaikkan mood anda sehari-harian.

Sumber: Facebook Nurul Aeishah

Published by
SH