Rasanya setiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai rona tudung yang pelbagai. Seronoknya rasa bila semua warna tudung ada dalam almari. Tentunya lebih mudah untuk suai padan dengan bau-baju yang anda ada.
Tetapi perlu anda tahu bahawa anda perlu memilih warna tudung yang sesuai agar wajah anda tidak nampak kusam. Untuk mengetahui sama ada tudung tersebut sesuai dengan wajah anda atau tidak, anda perlu kenali warna kulit anda terlebih dahulu. Bila anda sudah tahu warna kulit anda, senanglah untuk anda pilih tudung yang sesuai.
Tip memilih warna tudung yang sesuai dengan kulit ini telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Nurul Aeishah menerusi akaun Facebooknya. Diharapkan tip yang dikongsinya ini sedikit sebanyak dapat membantu hijabi di luar sana yang masih tercari-cari warna tudung yang sesuai dengan tona kulit anda.
Foto: Facebook Nurul Aeishah
Meh sini kita kenalpasti apakah warna tudung yang sesuai untuk kulit. Akak tau selama ni uolls hentam je kan pakai tudung warna apa,asal kena dengan warna baju. Eh akak pun sama jugak macam uolls.
Ads
Kulit Putih
Foto: Facebook Nurul Aeishah
Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru.
Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.
Ads
Kulit Sawo Matang
Foto: Facebook Nurul Aeishah
Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon akan membuatkan muka anda lebih cerah dan cantik. Sila hindari warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu warna coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.
Kulit Kuning Langsat
Foto: Facebook Nurul Aeishah
Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink,biru dan kuning. Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.
Ads
Kulit Gelap
Foto: Facebook Nurul Aeishah
Anda yang berkulit gelap selamat dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana akan mencerahkan kulit anda. Sila hindari warna-warna malap dan gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.
Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja dapat menyerlahkan kecantikan anda tetapi dapat menaikkan mood anda sehari-harian.
Buat hijabi yang bekerja mahupun belajar, ada masanya kita hilang gaya idea tudung yang sesuai untuk kita pada hari itu. Lebih-lebih kalau kalau terlewat bangun gara-gara berjaga malam. Dan lebih parah pagi ini ada meeting penting yang harus dihadiri dan perlukan penampilan menarik. Usah panik, admin nak share satu tutorial ringkas yang mudah, pantas dan hasil menakjubkan. Cubalah!
Ekstra Tip:
Cari tudung dari fabrik senang gosok.
2. Sesuaikan juga dengan baju yang senang untuk mix & match.
3. Pilih tutorial yang tidak guna banyak jarum atau kerongsang.
4. Lebih senang pilih sahaja tudung bawal yang senang untuk digayakan.
5. Pastikan pakai ‘inner neck’ dan boleh pilih selendang atau pashmina.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti mana pakaian, hijab atau tudung juga memerlukan penjagaan rapi. Jika sambil lewa sahaja, anda mungkin tidak berpeluang memakai tudung kesayangan anda itu lagi. Tudung juga datang dari pelbagai jenis fabrik. Jadi, cara penjagaannnya juga adalah berbeza.
1. Tudung dari fabrik sutera
Amalkan basuhan tangan dan elakkan penggunaan berus kerana ia akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut. Cukup dengan hanya rendaman dalam air bersih bercampur pelembut kain. Kalau anda nak tahu, pelembut pakaian dapat menjadikan sutera anda semakin lembut, bersinar dan menambah seri warna serta corak tudung. Sekiranya tudung sutera anda terkena kotoran, segeralah mencucinya. Elakkan daripada menggunakan peluntur kerana ia berpotensi untuk mereputkan sutera kesayangan anda.
2. Tudung dari fabrik tenunan
Jika tudung anda terdiri daripada bahan fabrik tenunan, seeloknya elakkan daripada menjemurnya di bawah cahata matahari. Gunakan alternatif lain dengan menjemurnya di bawah kipas. Hal ini bertujuan untuk menjaga kualiti dan keaslian kain tenun. Segeralah mencuci tudung anda jika terkena kotoran kerana kotoran lebih mudah meresap pada kain tenunan. Cara mencucinya juga agak mudah. Anda hanya perlu merendam tudung anda dengan air bersih bersama bahan pencuci selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
3. Tudung dari fabrik kapas
Tudung dari fabrik ini antara yang popular digunakan dan dijual di pasaran. Hal ini kerana jenis fabrik kapas yang lebih selesa dikenakan sesuai dengan iklim cuaca panas di Malaysia. Sewaktu mencuci tudung ini, elak menggunakan bleach atau bahan kimia lain selain dari pencuci biasa. Anda boleh membasuh tudung anda dengan tangan atau washing machine dengan air sejuk atau suam. Seeloknya tudung yang berlainan warna diasingkan bagi mengekalkan warnanya. Fabrik ini akan mengalami sedikit kecutan, jadi untuk mengatasinya semasa iron tudung tersebut, semburkan dengan air atau untuk lebih mudah gunakan sahaja steam iron.
4. Tudung dari fabrik pashmina
Bagi pemakai tudung ini, penjagaannya agak mudah. Jika hendak mencuci tudung ini, rendamkan sahaja dengan air bersih bercampur sedikit pencuci selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan sedikit pelembut fabrik dan keringkannya di kawasan teduh. Elakkan dari menjemur terus ke pancaran terik matahari kerana ia berisiko untuk merosakkan fabrik tudung anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perasan tak kadangkala ada kesan kuning pada bahagian ketiak baju? Biasanya kesan ini terjadi disebabkan oleh peluh atau deodoran yang kita gunakan.
Kesan ini juga susah untuk dibersihkan walaupun sudah dicuci berulang kali. Disebabkan hal ini, anda pasti akan merasa rendah diri dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang lain.
Ada 3 cara untuk mencegah dan menghilangkan kesan kuning pada bahagian ketiak baju tersebut.
Bedak Bayi
Badan yang berpeluh memang tidak dapat dielakkan tetapi anda boleh mencegahnya supaya kesan kuning tidak terjadi pada baju.
Caranya mudah sahaja, oleskan bedak nipis-nipis pada ketiak baju bahagian dalam. Bedak bayi ini berfungsi untuk menyerap kelembapan dan mengurangkan kesan peluh.
Air Cuka
Air cuka boleh menyamarkan kesan kuning pada pakaian anda. Langkahnya:
1. Rendam baju dengan air cuka selama 20 minit.
2. Kemudian, rendam lagi baju tersebut dengan sabun pencuci selama 20 minit.
3. Ulang beberapa kali sehingga kesan tersebut hilang.
Air Garam
Selain air cuka, air garam juga boleh menghilangkan kesan kuning pada baju. Caranya mudah sahaja:
1. Larutkan 5 sudu makan garam dan 1 liter air panas.
2. Celupkan span ke dalam larutan tersebut.
3. Gosokkan span tersebut pada kawasan yang terkena kesan kuning itu.
4. Cuci baju menggunakan mesin basuh yang telah dicampurkan dengan sedikit baking soda.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!