Bra merupakan antara benda yang wajib dimiliki oleh setiap hijabi kerana ia dipakai setiap hari. Bra memiliki pelbagai jenis serta bentuk yang berbeza mengikut cita rasa seseorang individu.
Apa yang penting adalah cara penjagaan yang betul perlu dipraktikkan supaya bra tahan lebih lama. Hijabista berikan anda 7 tip penting yang boleh anda cuba.
Anda pasti ada bra yang anda suka pakai kan? Jadi, anda akan kerap menggunakan bra yang sama kerana selesa memakainya. Tetapi, anda juga perlu memakai bra yang lain untuk mengekalkan keanjalannya. Tidaklah bra anda longgar dengan lebih cepat nanti!
Mencuci dengan tangan dapat menjamin kebersihan kerana tangan anda boleh membersih pada seluruh sudut. Selain itu, cuci menggunakan tangan juga bagus kerana ia dapat menjaga struktur dan keanjalan bra tersebut.
Sekiranya anda cuci menggunakan mesin basuh, sebaiknya gunakan laundry bag agar bra tidak rosak.
Jangan sesekali gunakan peluntur ketika mencuci bra kerana peluntur akan merosakkan tali dan juga kain bra.
Mencuci dengan air sejuk dapat menjaga struktur bra anda. Jadi, jangan sesekali menggunakan air panas atau suam untuk mencuci bra ya.
Jangan keringkan bra menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk bra anda. Tali bra juga akan rosak dengan cepat. Sebaiknya, gantung dan jemur di bawah matahari.
Jangan simpan bra bersama dengan baju anda. Sebaiknya, simpan di tempat yang khusus agar ia dijaga dengan rapi.
Sumber: cewekbanget.grid.id