Inspirasi

Hijabi Perlu Berdiri Atas ‘Kaki Sendiri’, Che Ta Nasihatkan Jangan Terlalu Bergantung Kepada Sesiapa, Termasuk Pasangan!

Share

Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, pasti terbayang figura cantik tinggi lampai yang sentiasa bijak menatarias gaya meski sudah berusia.

Memandangkan kebelakangan ini di sosial media rancak membincangkan isu rumah tangga penceraian dan juga masalah orang ketiga, hingga ramai wanita teraniaya dan dinafikan hak mereka oleh pasangan, Che Ta tampil menyeru para wanita agar berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung pada orang lain meskipun pasangan.

Kerja, Cari Pendapatan Sendiri Agar Masa Depan Terjamin!

Mengulas isu sama, Che Ta menegaskan agar wanita diluar sana keluar bekerja serta mencari pendapatan sendiri supaya masa depan lebih terjamin.

Jelasnya lagi, wanita perlu mempunyai ‘backup plan’ serta lebih bersedia jika berlaku sesuatu musibah atau dugaan dalam rumah tangga, namun jika pasangan bertindak agresif dengan ‘naik tangan’ hingga menjadi mangsa keganasan rumah tangga, wanita disarankan angkat kaki dengan segera.

“Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.

“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,” kata Che Ta lapor media tempatan.

Artikel berkaitan: Kualiti ‘T20’ Harga ‘B40’ Tudung Mampu Milik Che Ta Raih Pujian Netizen!

Ketika ditanya adakah wanita patut menjadi lemah, tunduk dengan pujuk rayu serta permohonan maaf pasangan dan memberikan peluang kedua setelah dikasari dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini respon Che Ta!

“Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.

“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” tegasnya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.

Sumber: Instagram Rozita Che WanUtusan Malaysia

Artikel berkaitan: Bercuti Di Austria Tanpa Suami, Penampilan ‘Letopsss’ Che Ta Pergi Pasar Di puji netizen – “Balas Dendam Ootd Eh?”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir