Selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.
Perkara berkenaan didedahkan secara eksklusif oleh Ernie ketika menjadi tetamu jemputan bagi program Studio Sembang yang dikelolakan oleh Amelia Henderson.
“Aku Suka Kau, Kau Tak Balas Tak Apa..” – Ernie Zakri
Pada program bual bicara berkenaan Ernie mengakui, bahawa dia terlebih dahulu mengambil ‘first move’ dalam perhubunganya bersama Syamel apabila nekad membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.
Artikel berkaitan: Usia Anak Hampir 2 Bulan, Ernie Zakri Bersederhana & Tidak Mahu Membazir Beli Baju Raya Nur Khawla
Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian, sekaligus menghiburkan netizen ialah jawapan balas yang diberikan Syamel kepada ‘confession’ yang dilakukan, turut diceritakan oleh Ernie menerusi podcast tersebut.
“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.
Sikap Berani Terus Terang Ernie Tuai Pujian Wargamaya!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.
“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.
“Aku tak seberani Ernie.
“Boleh ke aku buat macam ni? Hahaha kau tiada keyakinan diri.
“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.
“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Artikel berkaitan: Tak Sabar Nak Balik Rumah Selepas Kerja, Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber & Foto: Instagram Ernie Zakri & Youtube Studio Sembang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Pesan, Elak Jadi Mentua Dari Kayangan, Jangan Terlalu Mengharap Menantu Akan Ikut Semua Cara Mentua
Apabila berkahwin, seringkali kita mendengar tentang kisah ibu mentua yang tidak ‘ngam’ dengan menantu terutama menantu perempuan. Pendek kata ada-ada sahaja yang tidak kena di mata mentua.
Ye memang betul apabila kita berkahwin dengan pasangan, kita bukan sahaja berkahwin dengan si dia sahaja tetapi seluruh keluarganya. Oleh itu tentunya kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan seluruh keluarga.
Konflik akan timbul, biasanya antara ibu mentua dengan menantu perempuan kerana mungkin ibu mentua terlalu cerewet dan sebagainya.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Kebanyakan dari kita sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sedar atau tidak, suatu hari nanti, In Shaa Allah kita juga akan menjadi mentua.
Di sini saya senaraikan apakah perkara, perbuatan dan kelakuan yang mesti dielakkan supaya kita juga, suatu hari nanti tidak akan menjadi Mentua Dari Kayangan.
1. Jangan amalkan sihir. Kalau benci sangat kat menantu sekalipun, jangan main bomoh. Sudahlah berdosa besar, keluarga anak sendiri pun porak peranda. Silap-silap sampai ke tua anak tu takkan bahagia.
2. Jangan membanding-bandingkan menantu. Tak kira la dari segi kekemasan rumah, kerajinan, kecantikan, kerja, cara melayan anak dia, harta benda dan sebagainya.
3. Jangan merendah-rendahkan menantu yang tak kaya dan mengangkat tinggi menantu yang kaya. Duit yang banyak tu tak boleh bawak masuk kubur pun. Yang penting kebahagiaan mereka sekeluarga.
4. Jangan menyibuk hal harta benda anak dan menantu. Mereka sudah besar dan biar mereka uruskan kewangan sendiri. Tak perlu masuk campur.
5. Jangan melaga-lagakan menantu. Ini mungkin ramai yang tidak sedar. Apabila di rumah menantu sulung, jangan puji sangat menantu yang bongsu. Bila di rumah menantu kedua, jangan melampau bercerita pasal menantu yang lain pula. Ini umpama melaga-lagakan mereka sedangkan menantu dan birasnya tiada masalah pun.
6. Jangan mengutuk fizikal dan rupa paras menantu. Tak kira la di depan menantu itu sendiri atau di depan orang lain. Hitam? Putih? Gemuk? Kurus? Tinggi? Rendah? Cantik? Buruk? Body shaming oleh mentua sangat menyakitkan hati sebenarnya.
7. Jangan memburukkan menantu dengan anak yang lain. Mak sendiri dah jadi ketua membawang, sama-sama mengutuk dan mengumpat menantu dan kakak ipar anak-anak tu.
8. Menantu bukan pilihan? Yang nak bersama dengan anak sampai ke hari tua anak ialah isteri diorang tu. Kenapa pula mentua yang nak berlebih-lebih nak yang pilihan sendiri? Menantu tu nanti akan tidur dengan anak, bukan dengan mentua.
9. Jangan terlalu mengharap menantu akan ikut semua cara mentua. Nak potong bawang pun kena ikut cara mentua. Nak lipat baju pun kena ikut cara dia. Nak masak kena ikut masakan dia. Nak jaga anak pun kena ikut cara mentua. Cara lain semua salah. Dia je yang paling betul.
10. Jangan terlalu membebel kat menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini tak betul. Ada je benda nak betulkan.
11. Jangan asyik mengungkit benda yang dah berlalu. Kalau menantu tu ada buat salah 10 tahun yang lepas, setiap kali berjumpa akan mengungkit benda yang sama. Walaupun dah minta maaf.
12. Jangan menyindir menantu. Bila nampak rumah ada langsir baru, pinggan mangkuk baru, baju baru atau perabot baru, disindirnya konon menghabiskan duit anak.
13. Jangan sentiasa menyalahkan menantu walaupun anak sendiri yang tak berguna. Tak boleh terima kenyataan anak tu yang bermasalah, tapi menantu jugak yang dipersalahkan.
14. Jangan sentiasa nak komen masakan menantu. Tak sedap, tak garing, tak lembut, tak lemak, tak pedas, tak itu tak ini. Semuanya tak menepati citarasa.
15. Jangan mengutuk, mengumpat dan mengata menantu dengan orang luar. Yang tak kena semua dicerita. Akhirnya akan tinggalkan tanggapan yang buruk kepada menantu.
16. Jangan cakap kasar dengan menantu. Main AKU ENGKAU je macam menantu tu orang gaji.
17. Jangan berlebih-lebih mengajar cara mendidik anak. Setiap orang itu unik dan ada cara masing-masing, menasihati dan memberi cadangan itu tidak mengapa, tetapi memaksa itu dah masuk kategori lain.
18. Jangan menghina menantu yang tidak mendapat zuriat. Bab zuriat ni rezeki Allah. Bab zuriat ini ada banyak sebab. Bukan sebab menantu je, anak pun boleh jadi sebab.
19. Jangan membanding-bandingkan cucu. Sekolah, tahap pembelajaran, rupa paras, bentuk fizikal dan segala benda nak dibanding-bandingkan.
20. Jangan menyalahkan menantu bila terjadi apa-apa pada cucu. Contohnya cucu kurus, menantu tak bagi makan. Cucu gemuk, menantu bagi banyak sangat makan. Cucu tak pandai, sebab ikut otak menantu.
21. Jangan body shaming cucu. Macam pelik kan? Tak pelik. Cucu yang tak cantik dikatanya hidung kemek ikut maknya. Yang hensem, ikut anaknya pula. Habis diceritanya cucu anak yang ini hensem, anak yang itu gelap. Cucu yang ini cantik, yang itu huduh.
22. Jangan bermulut jahat. Menantu setan katanya. Menantu hantu. Cucu macam monyet la kura-kura la. Ini realiti tau.
23. Jangan melaga-lagakan menantu dan anak. Dah tak suka menantu tu, dihasutnya anak macam-macam. Difitnah menantu tu itu dan ini supaya anak jadi benci.
24. Jangan asyik nak iri hati. Bila anak buat sesuatu kat menantu, jeles terus. Anak belikan menantu bunga, nak bunga jugak. Anak belikan isteri dia kereta, dia pun nak kereta jugak.
25. Jangan sentiasa bandingkan menantu yang bekerja dengan menantu yang tak bekerja. Yang suri rumah tu dianggap makan tidur je. Yang bekerja diagung-agungkan.
26. Jangan labelkan menantu pemalas bila tak nampak dia buat kerja. Bukan semua benda kita tahu dan bukan setiap masa kita boleh nampak.
27. Jangan tuduh menantu bomohkan anak bila anak beri kasih sayang dan membantu kerja rumah isterinya.
28. Jangan suka mengarah menantu macam orang gaji.
29. Jangan ingat kita sahaja yang betul dan menantu tak layak untuk beri pandangan.
30. Jangan lebih menpercayai orang lain berbanding menantu. Bila ada benda terjadi, tak nak dengar langsung penjelasan menantu. Orang lain kononnya lebih tahu.
31. Jangan sedap sangat mengutuk besan depan anak dan menantu. Itu mak ayah menantu.
Itulah serba “sedikit” benda yang kita bakal mentua ni perlu elakkan. Kenapa? Kerana kita nak hasilkan rantaian keturunan yang penuh kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Sebagai mentua, usahlah kita terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak menantu. Biarkan mereka mengemudi bahtera yang dibina dengan cara mereka sendiri. Sebagai mentua, jadilah mentua yang menyenangkan bukan ‘pengacau’ rumah tangga anak menantu.
Sumber kredit: Akhtar Syamir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jenama Original Dipalsukan, Anda Penggemar Barang Berjenama Bagaimana Untuk Kesan Keasliannya
Lebih jutaan ringgit barangan tiruan di seluruh dunia, Nike ialah jenama yang paling banyak dipalsukan, manakala Ray-Ban, Rolex, Supreme, dan Louis Vuitton ialah jenama yang paling banyak ditiru di seluruh dunia. Dan walaupun sesetengah salinan kelihatan hampir sama dengan yang asal, terdapat sedikit perbezaan yang anda perlu tahu.
Anda penggemar jenama antarabangsa pernahkah anda menjadi salah seorang mangsa jenama tiruan ini? Jom ketahui cara mengenali produk palsu dan perbezaan antara yang asli dan tiruan dalam beberapa jenama paling popular.
1. Kasut Nike
Kasut Nike Air mempunyai tekstur yang tidak boleh ditiru oleh pengeluar tiruan. Ini kerana bahan mereka berbeza, begitu juga dengan peranti mereka. Oleh itu, dalam kasut Nike tulen, anda akan melihat kekerasan pada kulit yang akan hilang pada kasut tiruan. Anda juga perlu memeriksa simetri kasut. Jika sesuatu kelihatan tidak simetri, maka ia mungkin produk tiruan.
2. Ray-Bans
Kanta Ray-Ban tulen dengan bingkai plastik dibuat dalam satu bahagian keseluruhan. Jika ia adalah bingkai logam, maka bahagian tengah mesti kelihatan kemas dan boleh mempunyai butiran kecil tetapi tiada titik yang menonjol.
Selalunya, kanta diperbuat daripada kaca sebenar, tetapi sesetengahnya boleh dibuat daripada plastik. Untuk mengetahui sama ada milik anda adalah salah satu daripadanya, pergi ke tapak web rasmi pengeluar. Di penjuru kanan sebelah atas kanta kanan, anda boleh menemui tulisan logo Ray-Ban. Ia terukir pada permukaan kanta, jadi mustahil untuk memadamkannya. Di bahagian luar tepi tapak, perlu juga terdapat tulisan yang memperincikan pengeluar. Di samping itu, nombor siri item biasanya di sebelah kiri dan negara pembuatan di sebelah kanan.
ARTIKEL BERKAITAN: Poket Rabak Tertipu Dengan Barangan Tiruan, Hijabi Kenali Tanda-Tanda Ini Sebelum Membeli
3. Kasut Fila
Jika anda melihat huruf “F” pada kasut Fila, anda akan dapati bahawa terdapat beberapa ketidakteraturan dalam jahitan. Ini adalah perkara biasa pada semua kasut Fila asli. Apa yang tidak normal ialah huruf “F” benar-benar tajam di dua tepi atas. Pada kasut palsu, tepi ini hampir menyentuh segi empat sama mengelilingi logo, yang tidak sepatutnya berlaku.
Seterusnya, lihat butiran penutup kaki, terutamanya lubang di bahagian hadapan. Perlu ada jarak yang sama antara setiap lubang, tetapi jika tidak, anda mungkin membeli sepasang kasut palsu. Di samping itu, logo tumit mungkin berbeza sama sekali. Pada kasut asal, logo itu sama dengan yang terdapat di lidah.
4. Selendang Burberry
Selendang tulen sentiasa mempunyai garisan yang jelas dan tekstur yang padat. Benang pinggir dalam selendang hendaklah digulung dengan baik dan dijarakkan, ia tidak akan runtuh apabila disentuh. Nama jenama pada label yang dilampirkan pada artikel mesti ditulis dengan huruf besar. Juga, label mesti mengandungi maklumat tentang negara pembuatan dan komposisi selendang.
5. Beg tangan Gucci
Mula-mula, anda harus memeriksa dua “G” di hadapan beg anda. Serif G hendaklah panjang dan kelihatan anggun dan tidak tebal. Selain itu, bahagian bulat G hendaklah berbentuk bujur sempurna dan tidak runcing. Jika logo kelihatan kabur, ia mungkin palsu.
Lihat dengan teliti pada jahitan, kerana beg Gucci tulen akan mempunyai jahitan yang sekata. Jika jahitan pada beg anda kelihatan tidak rata di tempat atau warna berbeza daripada beg itu sendiri, maka anda harus menganggap ia adalah tiruan.
6. Kasut tenis Adidas Yeezy
Mula-mula, anda perlu menyemak corak gelombang pada Yeezy asal, yang sepatutnya berada di sisi dengan cetakan gelombang yang tidak teratur. Seterusnya, anda boleh menyemak lidah kasut. Lidah Yeezy yang asli lebih melengkung, manakala yang palsu kelihatan lebih lurus.
Periksa bahagian dalam kasut dan lihat sama ada ikon Adidas adalah saiz yang sama pada setiap kasut. Pada sesetengah keadaan, anda mungkin perasan bahawa saiznya berbeza. Jahitan di bahagian dalam juga perlu diperiksa, kerana ia mungkin kelihatan amatur yang mencurigakan.
7. Kasut New Balance
Sneakers New Balance mempunyai simbol jenama di bahagian belakang, lidah, sisi kasut, sisi tapak, pada tapak sendiri dan pada bahagian dalam. Logo berbentuk huruf N di sisi sneaker dibuat dalam bentuk tampalan.
Jenama tulen mempunyai tapak yang lembut, diperbuat daripada bahan buih, mudah dimampatkan dan cepat kembali ke keadaan asalnya. Pelindung tunggal diperbuat daripada getah. Tapak kasut New Balance tulen mempunyai tebuk, logo, saiz dan maklumat tentang model.
8. Beg Tangan Michael Kors
Untuk begnya, jenama hanya menggunakan label berwarna krim yang mengandungi maklumat utama tentang produk, nombor siri, lorek, bahan, parameter dan kod bar unik. Semua bahagian beg asal diukir dengan nama jenama. Ia digunakan pada klip magnet, gelang pemegang, pengapit, carabiner dan pengikat. Beg tulen jenama diperbuat daripada bahan padat yang tidak berubah bentuk walaupun semasa penghantaran apabila item dibungkus.
9. Beg tangan Guess
Pertama sekali, beg tangan Guess palsu bukan diperbuat daripada kulit tetapi bahan sintetik yang lebih murah. Anda boleh menyemak ini dengan menekan kain dengan jari anda. Jika kedutan kekal di sana dan tidak hilang, ia bukan kulit asli.
Seterusnya, anda perlu menyemak lapisan beg. Beg Guess Original mempunyai lapisan lembut yang jelas, manakala beg palsu kadangkala tiada lapisan. Dan jika mereka melakukannya, ia sangat nipis, seperti sehelai kertas. Akhirnya, anda boleh menyemak logam beg itu. Aplikasi logam beg Guess tulen adalah kukuh dan berkilat, dengan permukaan licin. Pemalsu pula menggunakan bahan yang lebih murah yang mungkin kelihatan kusam malah mempunyai kesan permukaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sakan Bergaya Mengikut Trend, Ingat! Kena Patuh Syarat Islam Agar Tidak Berlebih-lebih
10. Jam tangan Guess
Tali untuk jam tangan Guess diperbuat daripada logam, silikon atau kulit asli. Bau produk yang busuk, warna tidak sekata, rekahan, calar dan haus pada tali menunjukkan bahawa kita sedang berhadapan dengan tiruan.
Bahagian belakang harus mengandungi maklumat asas tentang jam tangan, seperti logo dengan nama jenama, bahan badan jam tangan (sebagai peraturan, ia adalah keluli) dan data tentang mekanisme jam tangan dengan ukiran Japan Movt (sebagaimana Guess hanya menggunakan tinggi -mekanisme Jepun yang berkualiti).
11. Beg tangan Hermès
Mula-mula, periksa cetakan bahagian dalam kulit dan lihat bagaimana huruf telah dicetak. Loghat Perancis huruf E sepatutnya sangat elegan dan tidak dicincang, seperti yang palsu. Selain itu, huruf F dan R dalam perkataan “Perancis” kelihatan dilekatkan bersama, sesuatu yang tidak akan berlaku pada beg Hermès tulen.
Seterusnya, anda boleh menyemak tali kulit beg dan memeriksa jahitan. Pada beg tulen, jahitan kelihatan lebih elegan dan sempurna. Sebaliknya, jahitan pada beg palsu tidak begitu elegan dan, di sesetengah kawasan, kelihatan lebih tebal daripada beg asal.
12. Polo Lacoste
Buaya Lacoste sentiasa dibuat dengan butiran yang jelas. Mata, gigi, kaki, dan mulut merahnya jelas kelihatan. Badan buaya berwarna hijau terang, dan ekornya selari dengan bahagian belakang. Di pangkal leher polo, terdapat label putih dengan logo dan nombor merah yang menunjukkan saiz. Dalam model lelaki, ia adalah satu nombor, manakala dalam model wanita, ia adalah dua.
Kemeja polo tiruan Lacoste boleh dilihat kerana butiran kecil: butangnya. Pakaian asli Lacoste mempunyai butang ibu mutiara dengan dua lubang. Mereka tidak mempunyai inskripsi. Pengeluar replika sering melupakannya, jadi mereka menggunakan butang dengan empat lubang. Dalam model lelaki, di bahagian bawah, di sisi baju polo, terdapat bukaan kecil dalam kira-kira 1/2 inci. Dalam versi wanita, pengilang tidak membuat sebarang pemotongan.
13. Kasut Balenciaga
Sneakers Balenciaga mempunyai tonjolan yang sangat dikenali pada tumit. Ciri ini sering tiada dalam tiruan, kerana strukturnya jauh lebih lemah. Bukan itu sahaja, malah bahagian hadapan kasut mempunyai lengkungan yang jauh lebih menonjol daripada yang asal.
Selain itu, jika anda memeriksa bahagian belakang kasut, anda akan dapati bahawa nama jenama tidak berpusat dengan baik. Selain itu, tidak semua huruf adalah saiz dan ketinggian yang sama, dan beberapa huruf kelihatan lebih penting daripada yang lain.
14. Gelang Pandora
Warna gelang perak asli agak kusam, tidak begitu terang. Dalam pembuatan, Pandora menggunakan teknik menghitam yang memberikan mereka nada unik ini. Gelang asli baharu mengekalkan bentuknya yang sempurna dan hampir tidak membongkok, menunjukkan bahagian tepi tali peraknya dengan jelas.
Saiz pengapit pada gelang Pandora asal adalah setanding dengan azimat. Pada bahagian hadapan kancing, anda boleh melihat ukiran jenama: perkataan Pandora dengan mahkota di atas huruf “o.”
15. But Timberland
Tapaknya mempunyai warna karamel, tetapi jika anda melihatnya dengan teliti, ia kelihatan sedikit telus. Logo syarikat dan nama jenama dicetak padanya dan tapaknya seragam. Bahagian tumit tidak menonjol, tetapi membentuk garisan berterusan.
Logo terletak di bahagian luar, di bahagian bawah but di atas tumit. Cetakannya seragam dan jelas, terletak secara menegak. Lubang-lubang pada but adalah heksagon yang sempurna, yang idealnya dibulatkan di luar. Dalam model lelaki, terdapat 7, dalam model wanita, 6. Semua jahitan pada but dibuat dengan benang putih. Sekiranya terdapat beberapa jahitan yang rapat, ia jelas selari antara satu sama lain.
Pernahkah anda secara tidak sedar membeli produk tiruan? Bagaimanakah anda menyedari bahawa ia bukan jenama tulen? Bolehkah anda memberitahu perbezaannya, atau adakah anda perlu bertanya kepada pakar?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Healing Another Level’, Hanis Zalikha Kongsi Cara Me-Timenya Versi Alisa Aisyah, Ramai Puji Lain Macam Ni.
Hanis Zalikha Zainal Rashid dahulunya pernah dikenali seorang blogger yang aktif berkongsi tentang perjalanan hidupnya, setelah berkeluarga Hanis juga kelihatan berkongsi tentang perjalanan kehidupannya bersama kedua anak-anaknya.
Pernah dicalonkan untuk Anugerah Blog Paling Berpengaruh pada tahun 2011, Hanis Zalikha antara selebriti yang ramai hijabi di luar terinspirasi dengan cara didikan anak-anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Percutian Hanis Zalikha Dan Keluarga Menjadi Tumpuan Ramai. Kali Ini naik Helikopter Peribadi.
Cara Hanis luangkan masa
Perkongsian video Hanis Zalikha ‘healing’ versi anak perempuannya, Alisa Aisyah, ramai yang puji cara pelakon wanita ini melayan anaknya. Istilah ‘healing’ antara yang menjadi sebutan ramai di media sosial terutamanya di platform Tik Tok yang merujuk kepada pemulihan diri atau ‘me-time’.
@haniszalikhaHealing versi gegirl♬ OHH WHOO IS SHEEEE – idk
Menerusi video yang dikongsikan itu, pelakon dan selebriti itu menunjukkan gelagat anaknya yang sedang melakukan rawatan kecantikan di sebuah spa. Di ruangan kapsyen, dia mengatakan itu merupakan sesi ‘healing’ namun mengikut versi anak perempuan.
Seakan-akan sudah biasa
Cukup tenang menerima rawatan kecantikan itu, Alisa turut kelihatan yang sedang menerima rawatan manicure untuk mendapatkan kuku yang bersih serta berkilat sambil memakai ‘facial mask’ pada wajahnya. Walaupun baru sahaja berusia tiga tahun, Alisa dilihat seakan-akan sudah biasa melakukannya.
Menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana rata-ratanya tercengang melihat layanan yang diberikan buat anak kepada pelakon wanita ini. “Takut lah tengok cara dia healing, another level yang lain dari yang lain. Ramai yang berseloroh membandingkan versi ‘healing’ mereka semasa kecil dahulu yang jauh berbeza dengan apa yang diterima Alisa.
Terdahulu Hanis Zalikha berkahwin dengan Hairul Azreen pada 5 Jun 201 5 dan mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Mereka juga mempunyai seekor kucing, Bujibu Chempel.
ARTIKEL BERKAITAN: Naik Jet Peribadi Mewah Bersama Vincent Tan, Hanis Zalikha Anggap Tumpang Rezeki Anak-Anak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI