Hijabi Payah Nak Solat? Ini Cara Mengatasinya! Masih Belum Terlambat….

Share

Apabila malas bersolat ingatlah bahawa sebagai umat Islam anda berada dalam golongan yang rugi. Solat merupakan tiang agama. Sesungguhnya menjadi seorang yang rajin solat itu akan memudahkan kehidupan harian anda. Tahukah anda, ada beberapa cara untuk mengatasi malas solat?

Gambar sekadar hiasan

Apabila anda pandai untuk menjaga solat sudah semestinya anda juga pandai menjaga akhlak. Maka buat manusia seperti kita yang kadang kala lalai dengan duniawi pasti ada waktu yang akan membuatkan kita terlupa untuk mengerjakan solat atau mengambil mudah sahaja dengan tidak menggantikan solat. Tidak meletakkan solat perkara utama adalah kesilapan yang sering kita lakukan.

Artikel Berkaitan: Orang Yang Meninggalkan Solat Adakah Amalan Baiknya Yang Lain Tidak Diterima Allah SWT

Menurut petikan hadis dari laman sesawang dalamislam:

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Perjanjian yang berada antara kami dengan mereka adalah shalat, maka barang siapa yang meninggalkannya maka ia telah kafir”. (HR. Tirmidzi: 2621 dan Nasa’i: 463 dan Ibnu Majah: 1079.

Berdasarkan firman Allah ta’ala-: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan”. (QS. Maryam: 59)
Gambar sekadar hiasan
Sebagai manusia biasa, kita akan selalu diingatkan tentang jika terdengar azan berkumandang, anda perlu segera melakukannya kecuali jika ada keperluan yang ingin dilakukan. Oleh itu, di sini mempunyai 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi daripada malas menunaikan solat. Ianya juga dari perspektif ibu bapa kepada anak mahupun diri anda kepada orang lain.

5 cara mengatasi malas solat!

1. Mencari contoh yang baik dari sekeliling untuk menjalankan solat.

Sumber google

Cara anda untuk mengatasi malas solat pertama adalah, pastikan anda mengikuti sekeliling yang rajin untuk solat. Sebagai contoh, jika ibu bapa anda sentiasa mengingatkan anda untuk solat, itu merupakan perkara yang baik. Ini kerana ibu bapa merupakan contoh buat anak-anaknya dan di dalam Islam juga menggalakkan untuk ibu bapa mengajar anak-anak mengikuti ajaran ibu bapa yang mengikut syariah Islam.

2. Mendapatkan pemahaman mengenai pentingnya solat ini.

Kadang-kadang sebagai manusia kita terlupa untuk memahami kepentingan sesuatu itu, sama juga seperti solat. Jadi, pemahaman buat solat tidak kira anda masih kecil atau dewasa tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan cara yang lembut dan sabar. Jadi, belajar dan memahami tentang kepentingan solat melalui internet atau orang yang beragama. Secara perlahan pun tiada masalah. Boleh juga anda menyertai kelas agama yang berdekatan.

3. Solat secara konsisten

Sumber google

Anda juga boleh melakukan solat dengan secara konsisten. Memang sukar untuk mengejar masa ke sana dan ke sini. Akan tetapi, ingatlah bahawa jika anda mengambil masa untuk solat pasti anda akan rasa sentiasa cukup masa. Jika pada mula anda merasakan sukar untuk melakukannya dan merasa berat, insyaAllah jika sentiasa konsisten dan berdoa pasti anda rasa suka untuk meninggalkan solat selepas ini.

Selain itu, jika anda rasa tidak pasti dengan diri yang senang lupa, cuba untuk memberitahu kepada sesiapa yang anda rapat seperti ibu bapa, adik-beradik, sahabat supaya mengingatkan anda untuk solat sekiranya anda lupa.

4. Ibu bapa perlu mengawasi anak dengan cermat.

Sumber google

Bermula daripada awal, ibu bapa merupakan guru pertama yang mengajar kita. Tugas ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anaknya terutama sekali tentang agama. Ibu bapa pasti bahagia apabila anak akan disiplin menjalankan solat. Jadi, sebagai anak jangan rasa marah jika rasa ibu bapa anda terlampau control, lagi-lagi tentang solat.

Buat ibu bapa pula melakukan pengawasan kepada anak-anak adalah penting. Jangan merasakan anda ibu bapa yang tidak berguna. Akan tetapi dinasihatkan untuk tegurlah dengan cara yang baik dan lemah lembut.

5. Memberi semangat kepada anak!

Sumber google

Bermula dari awal, apabila anak anda rajin untuk solat, pasti ibu bapa akan gembira. Apabila sudah dewasa pula kita akan rasa bangga pada didikan ibu bapa anda. Sebagai ibu bapa, anda juga perlu memberikan semangat buat anak agar anak akan rajin untuk solat. Apabila kita rajin untuk mengatakan yang baik dan positif, jadi kita akan lebih semangat. Anda juga memberi semangat kepada rakan-rakan yang sedang bersusah payah melengkapkan solat mereka atau belajar agama.

Sumber Dreamtime

Akhir kata, jika anda ingin mengatasi malas solat jangan lupa untuk berdoa juga kerana doa akan membantu anda untuk rajin solat. Kerana Allah itu Maha Mendengar. Sentiasalah berdoa agar diberikan hidayah dari Allah SWT dan minta doa dari ibu bapa kerana doa ibu bapa itu sangat penting

Artikel Berkaitan: ‘Subuh Dinosaur’ Pun Tak Apalah, Wajib Buat! Jangan Skip Solat Subuh Walaupun Terbangun Lewat

https://www.youtube.com/watch?v=5DIgSRjWB9k
Published by
Nenaa M.