Hijabi Nekad ‘Terbang Dari London’ Demi Kejutan Hari Lahir Buat Ayah! Kisah Gadis Ini Buat Netizen Sebak

Share

Saban tahun sering terlepas peluang menyambut hari ulangtahun kelahiran ‘cinta pertamanya’ekoran kekangan menuntut ilmu jauh di perantauan. Justeru, tahun ini, hijabi yang dikenali sebagai Qistina Adlin nekad untuk menempuh 13 jam perjalanan dari Kota London ke Malaysia pada hari lahir ayahnya!

Namun, tanpa disangka oleh Qistina kejutan yang dilakukannya itu mengundang sebak di hati sang ayah sehingga bercucuran air mata membasahi wajah, tatkala melihat kelibat sang anak.

Ayah Menangis Sebak! Terus Peluk Cium Anak Melampiaskan Kerinduan!

@qistinaadlinn7/1 Selamat hari lahir untuk cinta pertamaku♬ Lagu Cinta – Asmara

“Tahun ni nekad nak balik senyap-senyap buat surprise merentas negara 13 jam buat papa tersayang,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuatnaik di laman Tik Tok pengguna akaun @Qistina Adlinn itu memaparkan kegigihan dirinya menempun 13 jam perjalanan utnuk pulang ke pangkuan keluarga demi menyambut ulangtahun kelahiran ayahnya bersama-sama.

Malah, sebaik sahaja ayahnya melihat kepulangannya itu, ayahnya terus memeluk dan mencium pipi Qistina bertalu-talu sambil menghamburkan air mata sebak dan jelas terpancar riak kerinduan seorang bapa terhadap anak gadisnya itu.

Artikel berkaitan: Endang Hyder Turunkan ‘Harga’ Persembahan Violin, Mahu Kumpul Duit Demi Ayah!

“Tiada apa yang lebih berharga dari dapat melihat air mata dan senyuman kegembiraan di wajahmu.

“Maaf sebelum ni kakak tak dapat balik. Terima kasih kerana telah menjadi papa yang sempurna untuk kakak dan adik-adik,” ujar Qistina pada video tersebut.

Malah, tidak hanya si ayah menangis keharuan, kejutan itu juga berjaya membuatkan si ibu turut menangis sebak taktkala menyaksikan situasi sedih dalam kegembiraan itu.

Netizen Turut Menangis Sebak, Lihat Babak Sedih Ayah & Anak Ni!

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati perkongsian video tersebut juga berjaya  menyentuh hati wargamaya apabila turut sama mengalirkan air mata, sehingga ada yang terkenangkan kedua ibu bapa yang sudah kembali ke rahmatullah.

“Alamak.. ternangis sama.. rindukan arwah ayah”

“Cinta pertama anak perempuan…”

“Kenapa saya nangis ni”

“Bestnya masih ada mak ayah, haish siapa potong bawang ni..”

Benarlah kata orang terdahulu, Ibu dan bapa tiada galang gantinya. Ibu adalah tulang belakang dan support sistem terbaik. Manakala, ayah adalah cinta hati pertama seorang anak perempuan. Memandangkan mereka adalah insan yang telah menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Sumber: TikTok Qistina Adlinn

Artikel berkaitan: Si Cilik ‘Berhati Besar’ Bangga & Tak Malu Peragakan Uniform MPTI Ayah, Buat Netizen Tersentuh

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir