Sebagai wanita tidak kira hijabi atau bukan hijabi apabila keluar rumah mesti wajib untuk anda membawa beg tangan. Sudah menjadi satu keperluan lah orang kata. Beg tangan kira aksesori yang dapat membantu kita lagi-lagi apabila nak keluar jalan-jalan.
Sebagai wanita persediaan sangat penting buat diri kita. Kadang-kadang satu bag itu semua barang nak letak dekat situ. Tidak kira sama ada nak pergi tempat kerja, pergi ke kelas atau berjalan-jalan. Jadi betul tak ini antara barang-barang yang wajib ada dalam handbag setiap wanita. Semestinya lebih daripada 5 barang! Antaranya adalah:
1. Lipstik!
Setuju atau tak lipstik paling penting sekali buat wanita. Mesti kena ada kan? Kemana sahaja anda pergi. Sebab lipstik selalunya tak kira masa anda nak pakai sama ada tengok wayang, selepas makan dan lain-lain. Semestinya anda nak ‘touch up’ balik. Bukan itu sahaja, ada juga wanita yang akan membawa semua alat soleknya di dalam beg tangan. Gigih kan?
2. Beg Duit
Rasanya beg duit ini memang penting untuk semua orang. Tetapi saiz beg duit wanita akan lebih besar daripada lelaki. Akan tetapi kebanyakan wanita selalu membeli dompet yang panjang dan besar. Macam-macam ada di dalam itu. Pentingnya beg duit ni sebab kalau tak macam mana nak berbelanja kan?
3. Makanan
Makanan ni semestinya ada dalam beg tangan wanita. Tidak kira gula-gula ke, coklat ke, kacang ke atau jajan kecil-kecil tu. Lelaki selalu akan terkejutkan. Bawa makanan ini sangat bagus sebab tak perlulah anda rasa lapar dalam saat-saat genting dan ada alas perut untuk anda.
Buat wanita yang memakai kaca mata pasti akan ada masa yang anda menggunakan kanta lekap. Jadi kanta lekap atau ‘contact lens’ merupakan penyelesaiannya. Buat mereka yang selalu memakai contact lens ni semestinya akan ada solution di dalam bag. Senang tak payah la setiap kali keluar setiap kali tu beli baru. Betul tak? Jadi anda bersedia la kalau tiba-tiba nak kena pakai kan.
5. Powerbank
Powerbank merupakan salah satu aksesori yang sangat penting buat wanita ya sebab ia untuk wanita yang kerap menggunakan telefon pintar mereka. Kalau jenis yang suka bergambar tu mesti wajib ada powerbank ni. Walaupun kebanyakan powerbank ni berat tetapi anda tetap juga bawa kemana sahaja.
Ads
6. Tisu
Selalu wanita ni memang kena ada tisu kan dalam beg tangan mereka. Kalau anda cari tisu, cuba tanya wanita. Mesti ada yang bawak punya lah. Seperti mereka yang selalu membawa tisu, semestinya tisu itu sangat memudahkan buat mereka. Ada juga yang berkata wanita yang bawa tisu selalu ni jenis yang pembersih sebab dia mesti nak lap itu ini. Kalau tangan kotor sikit boleh terus lap!
7. Resit
Setiap wanita pasti akan melakukan ini tetapi sama ada secara sedar atau tidak. Wanita lumrah mereka suka membeli-belah. Jadi, resit penuh sahaja dalam beg tangan anda sampai lupa untuk buang. Bagus dah tu sebab anda tak buang sampah merata-rata tetapi takkan lah sampai hilang dakwat pada resit tersebut pun simpan. Tetapi ada juga wanita yang menyimpan resit mereka untuk dijadikan panduan perbelanjaan yang dibeli. Jadi bagus lah kan?
Akhir kata, sebab itulah beg tangan wanita ni selalu besar dan selalu dipenuhi dengan banyak barang. Bukan apa sifat wanita ini memang kebanyakan jenis yang suka bersedia daripada apa-apa berlaku. Jadi tidak salah pun kalau beg anda besar dan penuh dengan barang tapi jangan mengadu beg berat ya!
Haid atau menstruasi adalah proses meluruhnya dinding rahim untuk membersihkan rahim dari pembuluh darah, kelenjar, dan juga sel-sel yang keluar dalam bentuk darah kerana ketiadaan persenyawaan. Idealnya, haid terjadi setiap 28 hari sekali. Ada juga perempuan yang memiliki kitaran haid dengan julat waktu antara 21-25 hari dan ini masih masuk dalam kategori normal.
Namun, ada beberapa yang mengalami kitaran yang tidak teratur, misalnya kurang dari 21 hari atau lebih dari 35 hari. Lalu, apa yang menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur? Cuba semak penjelasannya ya!
1. Stres atau depresi
Beban fikiran yang berat ternyata ikut mepengaruhi kitaran menstruasi. Ketika anda sedang dalam keadaan stres atau depresi, hypothalamus, iaitu bahagian otak yang mengatur hormon kitaran haid ikut terpengaruh. Sehingga, ketika stres, hormon pengatur jadi tidak seimbang dan haid pun jadi tidak teratur.
Naik atau turunnya berat badan secara drastik juga jadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya, kitaran yang tidak teratur terjadi pada orang yang mengalami gangguan pola makan.
3. Alat kontraseptif
Penggunaan pil kontraseptif dalam dose rendah memang tidak terlalu memengaruhi kitaran haid. Tapi, alat kontraseptif seperti spiral dan suntikan KB boleh menyebabkan seseorang lewat datang haid. Bahkan alat seperti spiral boleh juga menyebabkan darah keluar lebih banyak dari biasanya ketika haid.
4. Hormon yang tidak seimbang
Ini merupakan penyebab utama kitaran haid yang tidak teratur. Ketidakseimbangan hormon pun boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti kelelahan atau stres. Ketika terjadi gangguan pada hormon di dalam tubuh, maka kitaran haid pun ikut terganggu.
5. Gaya hidup yang kurang sihat
Merokok dan sering minum alkohol ternyata tidak hanya mengganggu kesihatan, tapi juga dapat mengacaukan kitaran haidmu. Ini kerana gaya hidup tersebut boleh memengaruhi kesihatan sehingga kitaran haid juga tidak stabil.
6. Olahraga berlebihan
Olahraga memang wajib dan baik untuk dilakukan, tapi tidak jika dilakukan berlebihan. Saat melakukannya secara berlebihan, tubuh akan menghasilkan hormon-hormon yang berlawanan dengan hormon reproduksi iaitu estrogen dan progesteron.
7. Pertanda ada penyakit serius
Kitaran haid yang tidak teratur boleh jadi pertanda jika anda mengidap penyakit yang serius. Salah satunya adalah ovarium polikistik, dimana hal ini ditandai dengan timbulnya sista kecil dalam katung telur yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Itu tujuh hal yang boleh jadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda mengalaminya, segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor!
Pelakon Jue Aziz kongsi rasa sedih apabila ibunya mengalami masalah tekanan darah tinggi yang berpotensi untuk menyebabkan urat pecah di dalam bahagian kepala.
Menerusi laman Instagramnya, Jue Aziz atau nama sebenar Zuliana Abd Aziz, 39, menyatakan bahawa ini merupakan kali kedua ibunya mengalami masalah sakit seperti itu. Sebelum ini, pada 1 Februari , darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya menyebabkan darah beku di kepala. Kali ini, perkara yang sama berulang kembali.
Ya Allah..ni kali ke-2 mak jadi macam ni. 1st bulan Feb..darah beku kat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor. Nasib sempat bawa mak pergi hospital time tu dah mild stroke.
Tadi pun sama.. Kebetulan ada appointment dengan Dr. hari ini untuk follow up sakit mak..sekali mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala..silap-silap mak pun boleh ikut abah (Alfatihah).
Kongsinya lagi, sakit yang dialami oleh ibunya itu merbahaya kerana tidak menunjukkn sebarang tanda-tanda sakit seperti rasa pening.
Yang bahayanya kali ini, mak tiada rasa pening so tiada petanda sakit. Takut nanti tak sedar diri. Tau-tau je…
Perkongsian yang dimuatnaik itu mendapat perhatian warganet dan ramai yang mendoakan agar kesihatan ibu Jue kembali pulih.
“Ya Allah permudahkan segalanya. Semoga mak cepat sihat. Akak doakan ya Jue. Be strong,” komen Zarina Zainuddin.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan syifa buat mak,” komen ridzuan_pirdaus.
“Semoga mak sis sihat seperti sedia kala.,” komen miss_lyza.
Dalam masa yang sama juga, Jue turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kesihatan ibunya. Team Hijabista juga turut mendoakan agar ibu Jue sembuh dengan cepat dan diberikan kesihatan yang baik.
Rekaan hijab seperti shawl ataupun bawal menjadi trend pada hari ini. Walaupun ia sebahagian dari kewajipan kaum Hawa untuk menutup aurat, namun kini hijab merupakan sebuah simbolik ‘fashion statement’ yang mampu menaikkan seri stail seseorang. Oleh itu, sama juga seperti baju mahupun kasut, produk tudung juga harus dijaga dengan baik!
Walaupun rata-rata daripada kaum Hawa sudah memiliki banyak jenama tudung namun tidak ramai yang tahu cara menjaganya dengan betul. Kali ini team Hijabista kongsikan kepada anda cara mudah untuk menjaga tudung shawl ataupun jenis tudung lain supaya boleh dipakai lama. Selamat mencuba!
Guna pelembut fabrik
Untuk menjaga kelembutan tekstur fabrik tudung anda, basuhkan ia dengan produk sabun basuh baju yang diperbuat daripada jenis cecair dan campurkan dengan pelembut fabrik kemudian rendamkan selama lima minit. Elakkan penggunaan sabun basuh baju jenis serbuk kerana ia boleh merosakkan tekstur tudung. Malah, harus diingat. Rendaman yang terlalu lama juga tidak digalakkan kerana ia akan mengakibat tekstur rapuh atau fragile dalam jangka masa yang lama dan membuatkannya mudah koyak!
2. Jangan basuh terlalu kuat
Oleh kerana tekstur tudung begitu nipis dan halus, penggunaan berus tidak digalakkan kerana boleh mengubah tekstur fabrik tudung menjadi kasar jika diberus dan menjadikannya tidak selembut selalu. Elakkan menyental tudung dengan kuat. Cara yang paling ringkas, celupkan sahaja di dalam rendaman air, periksa tudung sama ada kekotoran di mana-mana dan gosok lembut bahagian yang ada kotoran.
3. Elakkan jemur di bawah matahari terik
Selain itu juga, elakkan menjemur tudung shawl di bawah matahari terik. Lebih elok sekiranya tudung dijemur di tempat yang redup dan angin bertiup. Ia juga dapat mengekalkan kualiti tudung untuk tidak rapuh dan kekal kukuh supaya tidak mudah kuat. Langkah ini juga dapat menjaga warna tudung daripada luntur. Fabrik shawl biasanya terdiri daripada fabrik yang agak nipis.
4. Guna kaedah rendam dan jangan guna mesi basuh
Elakkan basuh pelbagai shawl menggunakan mesin basuh. Ini adalah kerana mesin basuh membasuh dengan agak kasar yang boleh menyebabkan tekstur berubah dan menyebabkan kedutan pada tudung. Cara terbaik adalah menggunakan tangan. Bila membasuh tudung di dalam mesin semestinya akan bercampur dengan baju yang lain, sekiranya warna luntur ke baju yang lain akan menyebabkan tudung tersebut tidak boleh digunakan lagi.
5. Jangan guna suhu yang tinggi ketika menggosok
Sesetengah tudung perlu digosok dengan seterika. Elakkan menggunakan suhu yang terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan tudung menjadi rosak dan kemungkinan tudung boleh terbakar ataupun berlubang kerana suhu seterika yang terlalu tinggi. Suhu yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan warna tudung menjadi pudar. Bagi anda yang memiliki tudung jenis pleated, elakkan menggosok terlalu kuat kerana ia akan merosakkan perincian pleated tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...