Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai, khususnya wanita tidak kira samada anak muda hingga wanita dewasa yang berminat untuk menjadi pempengaruh (influencer) di media sosial.
Mana tidaknya, kerjaya sebagai pempengaruh ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka.
Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu mengorbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti.
Hijabista mendapatkan pendedahan dari pempengaruh sosial media terkemuka, Syafiqah Aina yang pernah berdepan pelbagai kontroversi hingga dirinya menjadi pusat perhatian apabila berada di dalam ‘spotlight’ viral.
Pendapatan Cecah RM30K Sebulan
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat.
“Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Tidak Mudah Jadi Influencer
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
Ads
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas.
“Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG seramai 1.3 juta pengikut sejak bergelar usahawa kosmetik jenamanya sendiri, Ainaa Beauty.
Jadi Diri Sendiri
Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad ini juga mendedahkan, meski dirinya sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat wanita dan kaum hawa di luar sana yang mahu menjadi sepertinya.
Aina bukan sahaja cantik secara lahiriahnya, malah dia juga seorang yang berjiwa lembut dan bijak, kerana ibu kepada dua cahaya mata ini juga merupakan memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Buat Apa Yang ‘Pengikut’ Mahu Lihat
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi pempengaruh berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous.
“Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina.
Ads
Kini Aina Dan Suami Lebarkan Sayap Sebagai ‘Usahawan’
Selain itu, sejak mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar pempengaruh, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Di awal penglibatan dalam dunia perniagaan, produk serum yang diusahakan mereka turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah.
Bagaimanapun, sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik dan tidak mdah melatah.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina.
Jadi bagi anda yang bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial, dah tau kan apa yang perlu anda lakukan dan persiapkan diri dariada pengalaman milik Syafiqah Aina ni? Paling penting hati kena kental d bersedia fizikal dan mental untuk bergelar pempengaruh ya Hijabi!
Siapa tak kenal penyanyi no.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 25 kali.
Mencipta nama besar dalam industri seni negara, punyai syarikat kecantikan BeauSiti yang perlu diuruskan, seorang isteri dan juga ibu yang menguruskan keluarga serta rumahtangga. Ini semua membuatkan Siti juga tak terlepas dari mengalami tekanan seperti orang lain.
Namun, bagi Siti tiada masalah yang tak punya jalan penyelasaiannya, justeru ini beberapa langkah yang dilakukan Siti ketika berdepan tekanan.
“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan stres. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stress, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.
“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting. Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.
“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti, bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.
Elak ‘Overthinking’ Fokus Pada Penyelasaian
Menurut Siti, perkara yang paling penting dalam menguruskan Stress ialah dengan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Malah, Siti berkata dia tidak pernah mempersoalkan sesuatu masalah yang dihadapi, kerana enggan fikiran negatif ‘memakan diri’ sehingga tekanan menjadi berlarutan dan bertambah buruk.
“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula.”
Menerusi ‘confession’ ini, Siti akui sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata kini. Adakalanya dia juga stress ketika berdepan dengan ‘peel’ dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan dalam masa yang sama perlu menguruskan aktivitinya sebagai wanita berkerjaya.
Untuk rekod, bermula 18 Oktober lalu Siti berhasrat untuk melaksanakan sesi perkongsian bersama peminat, menerusi laman sosial miliknya yang dikenali sebagai ’10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza’.
Minyak pokok teh adalah minyak pati yang mempunyai banyak faedah untuk kulit. Ini adalah alternatif untuk rawatan konvensional.
Minyak pokok teh boleh digunakan untuk merawat keadaan dan gejala yang mempengaruhi kulit, kuku dan rambut. Ia juga dapat digunakan sebagai deodoran, penghalau serangga atau ubat kumur. Apabila digunakan secara topikal, minyak pokok teh dapat merawat keadaan kulit tertentu atau memperbaiki keseluruhan penampilan kulit anda.
Penyelesaian pokok teh telah menjadi pilihan popular untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat kerana sifat anti-radang dan antimikroba. Ia diketahui dapat menenangkan kemerahan, bengkak dan radang, bahkan dapat membantu mengurangkan dan mencegah parut jerawat sehingga memperbaiki keseluruhan penampilan kulit anda.
Faedah Tea Tree Untuk Kulit
Minyak pokok teh berkesan untuk menghasilkan kulit yang sihat dengan menenangkan dan menyembuhkan pelbagai masalah kulit. Gunakan minyak pokok teh dengan beberapa langkah berjaga-jaga:
Anda tidak boleh menggunakan minyak pokok teh terus ke kulit. Penting untuk mencairkan minyak dengan minyak pembawa, seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak badam.
Untuk setiap 1 hingga 2 titis minyak pokok teh, tambahkan 12 titis minyak pembawa.
Juga, berhati-hati ketika menggunakan minyak pokok teh di sekitar kawasan mata. Pendedahan boleh menyebabkan kemerahan dan kerengsaan.
Sebelum menggunakan minyak pokok teh, lakukan ujian tampalan untuk memastikan kulit anda tidak bertindak balas terhadap minyak pokok teh.
Tiga Langkah Mudah Menghilangkan Jerawat Dengan Rangkaian Produk Terbaharu
Dengan Ctrl-A Teataration ™ Dr. Jart +, rangkaian terbaharu ini bukan hanya membantu membersihkan cacat cela, tetapi mensasarkan masalah anda sambil meninggalkan kawasan yang tidak bermasalah. Keputusan? Kurang jerawat, penghidratan dan tahap pH kulit yang seimbang, berkat formula yang diuji makmal yang dirancang untuk mengurangkan kemerahan dan parut jerawat.
Letakkan sasaran anda pada kawasan yang bermasalah
Rangkaian Dr. Jart+’s Ctrl-A Teatreement™ mempunyai tiga produk utama untuk membantu menetapkan semula tetapan semula jadi kulit anda dan mensasarkan kawasan yang rentan noda untuk mendapatkan warna yang lebih jelas dan hasil yang lebih konsisten.
Mulakan ritual pembersihan anda dengan Dr.Jart + Ctrl-A Teataration ™ Cleansing Foam, pembersih buih ringan ini dengan pH-Balancing Teataration ™ dan teknologi Spot-Targeting untuk menghilangkan kekotoran tanpa menghilangkan kelembapan atau menjengkelkan kawasan yang tidak berkenaan. Disuntik dengan asid salisilik, membantu mengelupas dan melawan jerawat dan ekstrak pokok teh dan kelapa Australia yang akan menenangkan dan menghidrasi semula kulit.
Segarkan kulit dengan Dr.Jart + Ctrl-A Teataration ™ Toner, penyegar juga pembersih yang menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan, kemudian mengimbangkan semula kulit berminyak dan kombinasi sambil menambahkan hidrasi cepat setelah pembersihan.
Menyuburkan kulit anda dengan Dr.Jart + Ctrl-A Teataration ™ Moisturizer, pelembap ringan dengan Penyelesaian Teataration ™ inovatif yang mensasarkan bintik-bintik baru dan yang ada sambil menyeimbangkan tahap pH dan kelembapan kulit tanpa menjengkelkan dan mengeringkan kawasan sekitar yang tidak berkenaan. Pelembap pintar ini mensasarkan noda dengan hasil yang kuat dan cepat sambil mengembalikan keseimbangan minyak dan kelembapan yang sihat yang tidak akan menyumbat liang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biasanya wanita selepas bersalin jarang untuk keluar rumah hinggalah selepas habis berpantang. Ini kerana penampilan yang kurang menarik menyebabkan tiada keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Tetapi bagi isteri kesayangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahidah tetap aktif bergerak ke sana ke mari untuk kembali bekerja dan menguruskan anak-anak. Penampilannya yang simple tanpa sebarang solekan di wajah sebenarnya turut mengundang rasa tidak senang pada suaminya. Malah dia turut ditegur tidak cantik kerana tidak mekap.
Namun Datin Shahidah tidak melatah sebaliknya bertanya kepada followernya sama ada betul atau tidak dirinya tidak lawa jika tidak bermekap.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan komen suaminya itu, sebaliknya mengatakan dia tetap nampak cantik dengan natural beauty walaupun tanpa sebarang solekan di wajah.
noraina5522 Jgn percaya die bohong, shida cantik la natural beauty gitu..
Nasihat panjang lebar & doakan mereka berdua bahagia hingga ke syurga.
_umi_aisyDatin @shahidadherbscantiiiik luar dan dalam..buat dato, maaf yer dato☺ ..sy nk bagi pndpt jer..jgn ambik hati yer ..sebagai suami, dato @aliffsyukriterlajaklarisseharusnya pujilah isteri dato..ucap terima kasih dgn penuuuh kasih syg dan tulus iklas..pandang datin dari “mata hati” ..pandang dgn kasih syg..mcm mana berbunga2 hati dato pandang datin sebelum jadi isteri mcm tu jugaklah hendaknya..hati isteri ni kn dato, mudah terasa sebenarnya..terutamanya bila dgr teguran apalagi komplain dari org yg dia kasihi yg dia sanjung dan dia hormati..memang isteri nmpk biasa..tapi jauh dlm sudut hati..dia sediih sgt..seeloknya jika suami isteri nk bergurau..bergurau sesuatu yg menyenangkn hati..biar seri suami isteri bertmbh2 hehe..maaf jika sy melebih pulak yer datin dato..sy doakan moga dato ngan datin kekal bahagia bersama anak-anak yg di kasihi hingga ke syurga
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...