Penampilan yang cantik, kemas dan menawan menjadi pilihan gadis masa kini. Tidak kira apa jua fesyen yang diketengahkan, jika ia memberi inspirasi kepada kecantikan, pasti fesyen itu menjadi ikutan. Begitu juga dengan teknik pemakaian tudung. Setiap orang ada gaya tersendiri namun tidak semua gaya itu sesuai dengan bentuk wajah.

Setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza. Maka penggayaan tudung juga perlu mengikut kesesuaian agar penampilan wajah tampil cantik, menawan dan mempesona.

Hijabi Kena Pilih Gaya Tudung Ikut Kesesuaian Bentuk Muka

Wajah bujur

Beruntung bagi mereka yang memiliki wajah bujur bak buah anggur. Ini kerana apa jua fesyen tudung sama ada selendang atau tudung awning, penampilannya masih kelihatan kemas dan menarik. Gayakan saja bentuk lilitan, pintal, atau peletakan aksesori di bahagian tudung, pasti terserlah keayuan. Tambahan pula bentuk wajah sebegini menampakkan ilusi muka panjang dan tirus. Pastinya cantik mata memandang.

Wajah bujur memanjang

Berhati-hati pada mereka yang memiliki wajah bujur memanjang seperti buah pisang. Silap menggayakan, buruk yang dilihat. Sebaiknya gunakan selendang bercorak kerana ia boleh menutup kekurangan pada rahang dan tulang pipi si pemakai serta mengurangkan ilusi bentuk wajah memanjang. Penggayaan selendang perlu ringkas dan tidak sarat dengan aksesori tambahan.

Ads

Hijabi Kena Pilih Gaya Tudung Ikut Kesesuaian Bentuk Muka

Wajah bulat dan kecil

Wajah sebegini lazimnya dimiliki oleh golongan bersaiz kecil molek dan kurang tinggi. Wajah seperti ini yang dikatakan comel atau ‘baby face’. Sungguhpun sesuai digayakan dengan apa jua fesyen, namun perlu berhati-hati dari segi pemilihan corak agar penampilan tidak nampak ‘serabut’. Jika terlebih sarat, muka yang comel itu akan kelihatan menjadi lebar dan besar.

Ads

Wajah bulat dan lebar

Fesyen tudung yang sesuai dengan mereka yang memiliki bentuk wajah sebegini adalah disyorkan memakai tudung awning sebagai penyelamat. Sekurang-kurangnya ia mampu menyembunyikan kekurangan tulang pipi dan rahang yang besar. Seeloknya pilih ‘line’ awning yang memanjang hingga ke tulang pipi.

Hijabi Kena Pilih Gaya Tudung Ikut Kesesuaian Bentuk Muka

Ads

Wajah atas besar bawah kecil

Wajah bak buah strawberi, di bahagian atas besar, tetapi di bahagian dagu kecil dan tirus. Ada juga yang memanggil dengan gelaran kepala lonjong. Tidak perlu risau, ada penyelesaiannya. Disebabkan bentuk tirus bermula dari pipi hingga ke dagu, membuatkan mereka mempunyai bentuk wajah yang lengkap tanpa perlu menyorok tulang pipi dan rahang. Apa yang penting, pada bahagian kepala inner perlu dibentuk sedikit agar tidak terlalu melekat di kepala. Jika inner terlalu melekat, akan menyebabkan dahi yang luas kelihatan ketara.

Hijabi Kena Pilih Gaya Tudung Ikut Kesesuaian Bentuk Muka

Artikel Berkaitan: 6 Masalah Buat Hijabi Hilang Mood

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI