Hijabi Kena BUAT 5 Perkara Ini Kalau Diserang DEMAM, Jangan Buat Main Sebab Boleh Bawa MAUT!

Share

Sering kita dengar seseorang yang meninggal setelah diserang demam berpanjangan. Jangan ambil mudah gejala ini,jika tidak diubat segera boleh membawa maut. Jika badan diserang demam panas, pasti anda akan merasai ketidakselesaan dalam menjalankan aktiviti seharian. Demam ini boleh diklasifikasikan sebagai tindak balas semula jadi badan bagi melawan virus dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ketika suhu badan meningkat, kuman dalam badan kita akan menjadi lemah agar ia mampu mengurangkan pembiakannya dalam sistem badan kita.

Oleh sebab itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu perlu diambil kira supaya serangan demam tersebut tidak menjadi teruk. Kamu tidak digalakkan mengambil ubat secara sembarangan. Ada langkah semula jadi yang boleh kamu amalkan bagi melawan serangannya. Amalkannya tanpa perlu mengambil ubat-ubat yang mengandungi dos-dos yang tidak diperlukan oleh badan.

  • Minum Banyak Air Masak

Dehidrasi atau kekurangan air mampu menyebabkan suhu badan naik, sakit kepala, kekejangan otot, tekanan darah rendah dan banyak lagi jenis ketidakselesaan. Sekiranya anda mengalami simptom demam, masukkan air ke dalam badan semaksimum yang mungkin. Bagi badan orang dewasa, sebanyak dua liter air masak diperlukan. Elakkan minuman berkafein kerana ketika itu badan amat memerlukan air masak. Minum seberapa banyak yang mampu.

Minum air secukupnya.
  • Pakai Baju Material Sejuk

Anda dinasihatkan agar mengenakan baju yang longgar dari material yang sejuk seperti yang berasaskan kapas. Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat. Pastikan peredaran udara berjalan lancar agar haba tidak terus terperangkap dalam badan yang boleh mengakibatkan demam semakin melarat.

  • Kawal Suhu Udara

Suhu udara sekeliling tidak perlu terlalu tinggi kerana ia akan menyebabkan badan mengeluarkan peluh secara berlebihan yang mengakibatkan dehidrasi. Sebaik-baiknya kawal suhu sekeliling dalam suhu bilik (37 darjah celsius).

Berada dalam suhu bilik yang terkawal.
  • Mandi Air Separa Panas

Mandi air separa panas mampu membantu menurunkan suhu badan, mengelakkan kekejangan otot dan menjadikan badan lebih relaks. Ia juga membantu daripada berlakunya jangkitan kuman dan bakteria pada badan. Namun perlu diingat, air yang digunakan jangan terlalu panas kerana ia akan meningkatkan lagi suhu badan.

Selain langkah-langkah di atas, istirehat dan tidur yang cukup juga diperlukan bagi mengurangkan demam. Jika demam menjadi semakin teruk, terus berjumpa dengan pakar kesihatan yang bertauliah untuk mendapatkan nasihat yang selanjutnya.

  • Rehat Dengan Cukup

Sebaiknya dapatkan rehat secukupnya. Jangan melakukan sebarang aktiviti dan kalau boleh tidur untuk seketika. Matikan telefon bimbit dan jangan biar orang mengganggu. Tapi awas, jangan sesekali kunci bilik kerana bimbang berlaku sebarang perkara tidak diingini. Sekadar pesan pada teman-teman supaya jangan ganggu.

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina