Bila mendengar sahaja status ‘Jutawan’ pasti hijabi terbayangkan figura lelaki atau wanita yang berpakaian serba mewah dan memperagakan jenama mewah dari kepala hingga ke kaki. Malah, apa sahaja barangan yang digayakan oleh Jutawan pasti menjadi sorotan dan meraih perhatian.
Namun, lain pula kisah yang didedahkan oleh hijabi jutawan seorang ini, iaitu cik Epal yang juga pengasas kepada produk kecantikan wanita ‘Makaji’ dan ‘Fair Fit’.
Dek kerana status Jutawan yang dimilikinya, ramai menyangka bahawa apa saja yang diperagakan oleh Cik Epal ini pastinya berjenama dan mahal harganya.
Tetapi, perkongsian yang dilakukan Cik Epal menerusi hantaran Instagram miliknya baru-baru ini yang mendedahkan bahawa dia hanya memakai tudung bawal RM6 yang dibeli di Shoppee sahaja ketika berkunjung ke Milan, Itali telah mengejutkan wargamaya!
Meski kehidupan dilimpahi dengan kekayaan dan murah wang ringgit, namun hijabi jutawan ini bersikap ‘selamba’ dan tidak kisah menyarung dan menggayakan tudung marhaen ketika berkunjunh ke luar negara.
Malah, apa sahaja yanh diperagakan oleh Cik Epal secara automatik akan terlihat mewah dan mahal jika anda pandai mengayakanya bersesuaian dengan tempat dan acara. Paling penting, bila dah cantik perlulah ada rasa yakin terhadap penampilan diri sendiri!
Artikel berkaitan: Kualiti ‘T20’ Harga ‘B40’ Tudung Mampu Milik Che Ta Raih Pujian Netizen!
Sekadar info, kunjungan Cik Epal dan keluarga ke Milan bukan sekadar untuk bercuti tapi juga sebagai tanda sokongan kepada suami tercinta yang menyertai pertandingan membuat pizza di sana.
Menariknya! Daripada 50 pasukan yang bertanding, suami Cik Epal iaitu Jofliam berjaya menduduki tempat keempat! Sebelum ini pizza buatan Jofliam atau lebih dikenali Pizza Wagyu menjadi bualan ramai kerana keenakannya.
Hijabista menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaan suami kepada Cik Epal yang telah berjaya membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa!
Sumber: Instagram Cik Epal & Majalah NONA
Artikel berkaitan: Permaisuri Agong, Kongsi Tip Kekal Jelita – “Saya Jarang Bersolek, Tuanku Agong Tak Suka!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.