Bila mendengar sahaja status ‘Jutawan’ pasti hijabi terbayangkan figura lelaki atau wanita yang berpakaian serba mewah dan memperagakan jenama mewah dari kepala hingga ke kaki. Malah, apa sahaja barangan yang digayakan oleh Jutawan pasti menjadi sorotan dan meraih perhatian.
Namun, lain pula kisah yang didedahkan oleh hijabi jutawan seorang ini, iaitu cik Epal yang juga pengasas kepada produk kecantikan wanita ‘Makaji’ dan ‘Fair Fit’.
Dek kerana status Jutawan yang dimilikinya, ramai menyangka bahawa apa saja yang diperagakan oleh Cik Epal ini pastinya berjenama dan mahal harganya.
Cik Epal Selamba, Pakai Tudung ‘Marhaen’ RM 6 Melaram Di Milan!
Tetapi, perkongsian yang dilakukan Cik Epal menerusi hantaran Instagram miliknya baru-baru ini yang mendedahkan bahawa dia hanya memakai tudung bawal RM6 yang dibeli di Shoppee sahaja ketika berkunjung ke Milan, Itali telah mengejutkan wargamaya!
Ads
“Today pakai tudung RM6. Dah share link tudung 6 ringgit dekat IG story,” dedahnya di media sosial.
Meski kehidupan dilimpahi dengan kekayaan dan murah wang ringgit, namun hijabi jutawan ini bersikap ‘selamba’ dan tidak kisah menyarung dan menggayakan tudung marhaen ketika berkunjunh ke luar negara.
Malah, apa sahaja yanh diperagakan oleh Cik Epal secara automatik akan terlihat mewah dan mahal jika anda pandai mengayakanya bersesuaian dengan tempat dan acara. Paling penting, bila dah cantik perlulah ada rasa yakin terhadap penampilan diri sendiri!
Sekadar info, kunjungan Cik Epal dan keluarga ke Milan bukan sekadar untuk bercuti tapi juga sebagai tanda sokongan kepada suami tercinta yang menyertai pertandingan membuat pizza di sana.
Menariknya! Daripada 50 pasukan yang bertanding, suami Cik Epal iaitu Jofliam berjaya menduduki tempat keempat! Sebelum ini pizza buatan Jofliam atau lebih dikenali Pizza Wagyu menjadi bualan ramai kerana keenakannya.
Ads
Hijabista menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaan suami kepada Cik Epal yang telah berjaya membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa!
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung satu pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah agensi swasta hingga menjadi sorotan dan perdebatan dikalangan wargamaya.
Ini demikian kerana, agensi berkenaan didakwa mengenakan caj harga perkhidmatan yang terlampau tinggi bagi perlaksanaan ibadah umrah dengan menampilkan selebriti terkemuka di Malaysia.
Sehubungan itu, bagi merungkai isu ‘panas’ ini, Hijabista mendapatkan maklum balas daripada Ustazah, Dr. Robiah K Hamzah yang sering mendapat undangan bersama jemaah ‘kayangan’ melaksanakan ibadah umrah.
Layanan ‘Double Standard’ Juga Satu Bentuk Rezeki
Menurut Ustazah Robiah yang mesra disapa dengan panggilan ummi, jelasnya perkara ini tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi perbalahan sesama muslim. Malah, jika seseorang individu itu mampu, menyertai pakej umrah ‘kayangan’ ini seharusnya dilihat dari sudut positif menerusi konteks ‘rezeki’.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa individu itu mempunyai rezeki yang lebih, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mendapatkan ibadah yang selesa dan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pakej umrah kayangan ini semestinya menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding pakej-pakej umrah sedia ada. Malah, urusan mereka juga lebih mudah dan berjalan lancar kerana ditawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’.
“Contohnya, di Thaif mereka singgah di restoran paling mahal, jadi layanan, makanan, dan cara mereka di sambut ketika tiba di tanah suci sudah pasti berbeza, mereka juga dimudahkan segala urusan ketika melaksanakan umrah.
“Mereka tidak diuji Allah dengan ujian-ujian kecil ketika dalam perjalanan, tak ditimpa musibah seperti sakit. Kerana mereka dijaga dalam bentuk yang highclass.
“Dari segi layanan pengurusan, hinggalah kepada kepakaran mutawwif semuanya ‘tiptop’ sebagai pemandu arah (tour-guide) kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam pakej umrah kayangan ini.
“Ini juga merupakan satu bentuk rezeki dan nikmat yang mereka (golongan berada) mampu untuk bayar,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bercakap melalui pengalaman membawa golongan kenamaan menunaikan ibadah umrah, Ummi berkata, setiap kos yang dibayar dan dikeluarkan oleh golongan ini sememangnya berbaloi dengan keselesaan melakukan ibadah yang mereka terima.
“Sebab orang-orang yang menguruskan jemaah kayangan ini pun bukan orang Malaysia, kita hanya menjadi orang tengah sahaja. Disana banyak menggunakkan tekong-tekong atau pakar-pakar seperti pakar perjalanan, pakar tempat makan, pakar travel, pakar tempat bersejarah.
“Hampir semua perkhidmatan umrah kayangan ini menggunakan pakar. Jadi ummi merasakan beruntungnya dapat masuk ke pakej ini, kerana kita mendapat satu layanan yang sangat istimewa di tanah suci,” jelasnya.
Hukum Menunaikan Umrah Dengan Kos ‘Kayangan’
Mengulas berkenaan hukum, Ummi berkata ia berbalik kepada hukum asal menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu ‘Menunaikan Haji dan Umrah bagi yang mampu’. Hukumnya wajib bagi yang menunaikannya pertama kali, dan sunat bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya.
Tetapi Ummi menegaskan, meskipun hanyalah melakukan ibadah sunat, pastinya kita mahu mengerjakan dan melaksanakannya dengan cara yang paling baik, agar ibadah kita itu sempurna dan diterima disisi Allah swt.
“Maksud paling baik ini, pertama kita mesti berada dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.
“Kedua, sewaktu pergi melaksanakan ibadah, kita juga dapat menghulurkan sedekah. Kemudian kita juga diberikan kemudahan-kemudahan seiring peredaran zaman.
“Contoh kalau dulu kita kata duduk masjid, tak payah la air-cond kipas pun dah cukup, dah boleh laksanakan ibadah. Solat je pun. Tapi akhirnya kita akur perlunya ada penambahbaikkan juga, supaya ibadah kita lebih mudah dan khusyuk.
Justeru, Ummi berkata tidak timbul isu sekiranya travel agensi menggunakan para selebriti sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan ataupun mengumpul jemaah agar perlaksanaan ibadah umrah itu dapat disegerakkan.
“Kalau nama dia (para selebriti) mampu untuk menarik pelanggan dan menarik orang-orang untuk pergi umrah apa salahnya? Itu merupakan satu cara travel agensi dapat mengumpul jemaah pergi menunaikan umrah dengan lebih cepat. Mungkin itu juga satu nikmat dari selebriti tadi.
“Kedua, artis yang membantu travel agent untuk mendapatkan pelanggan, itu juga kita anggap sebagai sebahagian dari ibadah.
Namun, katanya bagi rakyat marhaen yang tidak mampu untuk membayar kos pakej kayangan, mereka juga layak menunaikan umrah tetapi perlu berpada-pada dan tahu ‘mengukur baju, di badan sendiri’.
Rakyat marhaen tidak perlu ‘mengikat perut’ serta merasa runsing memikirkan bagaimana cara untuk mengumpul wang, hanya kerana ingin menikmati pakej umrah kayangan ini.
Taja Fakir Miskin Tunai Umrah, Jauh Lebih Baik Dari Keluar Kos Pergi ‘Umrah Kayangan’
Bagaimanapun, Ummi turut menasihati golongan yang berduit ini agar menaja fakir-fakir miskin menunaikan umrah bersama mereka, daripada pergi menunaikan umrah secara bersendirian dengan mengambil pakej ‘kayangan’.
“Kepada orang ‘kayangan’ kalau ada duit yang banyak, lebih baik membawa lebih ramai jemaah menunaikan umrah. Tajalah orang untuk pergi umrah. Kerana itu diantara ibadah yang paling besar, jika dibandingkan dengan ibadah kita bersendirian dengan belanja mewah.
“Kalau Allah kata satu umrah satu pahala. Kalau taja 10 orang, dapat 10 pahala umrah contohnya.
“Ummi nasihatkan kepada yang banyak duit, daripada membayar harga-harga kayangan ini, lebih baik gunakan duit itu, kita pegi sama-sama ambil pakej sederhana yang dekat dengan masjid,” katanya.
Mengulas isu sama, Ustazah Robiah turut mengingatkan agar mereka yang pergi menunaikan umrah bersama golongan artis agar menjaga niat dan ikhtilat supaya tidak terpesong.
“Jagalah niat, walaupun membayar dengan harga mahal tapi jangan sampai jatuh riak, kita takut dengan adanya selebriti ini dia akan jatuh riak. Contohnya saya pergi umrah dengan artis ini, artis itu. Jadi jangan sampai niat-niat ini terkucil hingga menjejaskan ibadah,” tegasnya.
Sekadar info, media tempatan melaporkan bahawa ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mengakibatkan para jemaah terpaksa menanggung kenaikan harga pakej umrah yang naik mendadak hingga melebihi 50 peratus, berbanding pakej asal yang ditempah.
Perkara berkenaan mendapat pengesahan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya mengesan kenaikkan berkenaan mula berlaku sejak November lalu, susulan kenaikan jemaah Umrah yang mendadak sebaik Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan Umrah
Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, jika jiwa tidak kental. Namun apa yang menjadi rujukan kita pasti menjadi inspirasi dalam mensasarkan penurunan kilo.
Gaya pakaian atau solekan sesetengah selebriti mungkin rujukan anda untuk kekal yakin berhadapan orang ramai. Apatah lagi jika selebriti itu mempunyai susuk tubuh yang indah. Terpesona dengan penurunan bintang kesayangan ramai Adele ramai yang mengidolakan cara pengambilan makanannya. Betullah nasihat pakar, jangan abaikan pengambilan sarapan permulaan hari. Rupa-rupanya inilah rahsia beberapa selebriti Berjaya menurunkan berat badan. Jom teruskan baca artikel ini, cara diet selebriti Bollywood!
Resipi telur dadar putih telur pilihan selebriti Bollywood
Mengapa telur dadar putih telur menjadi kegemaran di kalangan pencinta kecergasan!
Telur dadar putih adalah sarapan kegemaran Bollywood. Daripada Alia Bhatt hingga Siddharth Malhotra, hampir tidak ada selebriti yang tidak bersumpah dengan pilihan sarapan yang sihat ini. Tetapi, apakah yang menjadikan telur tanpa kuning begitu istimewa? Bukankah telur dadar biasa sama-sama sihat? Mari kita ketahui.
Tiga sebab mengapa
Menurut pakar, telur dadar putih telur membawa manfaat tambahan kalori yang lebih rendah tetapi rasa telur dadar masala lama yang baik kekal. Penyelidikan juga menyatakan bahawa telur dadar putih telur berguna untuk mereka yang bergelut dengan tekanan darah tinggi. Masih tertanya-tanya bagaimana kombinasi ini boleh menurunkan berat badan? Berikut adalah tiga sebab mengapa:
KANDUNGAN PROTEIN: Walaupun sebiji telur dianggap sebagai sumber protein yang lengkap, tetapi ia membawa masalah tambahan seperti kolesterol dalam kuning telur. Sebilangan besar protein ditemui dalam putih dan oleh itu dengan memancarkan kuning telur, tidak ada kehilangan protein yang besar.
SARAT DENGAN NUTRIEN: Putih telur juga mengandungi vitamin seperti A, B-12, D, kalium dan natrium. Ini bermakna walaupun anda hanya makan putih telur, ia tidak mengurangkan nilai nutrien dalam apa-apa cara.
TIADA KOLESTEROL: Satu isu utama dengan kuning kebanyakan orang adalah tahap kolesterol yang ada. Kolesterol berlebihan boleh menyebabkan arteri tersumbat, prasyarat untuk serangan jantung. Jika anda makan telur dadar putih telur, walaupun sekali atau dua kali seminggu, ia boleh membantu anda.
PETUA PRO: Untuk membuat telur dadar putih telur yang lazat dan sihat, cuba gunakan minyak minimum dan lebih banyak sayur-sayuran berwarna-warni seperti lobak merah, tomato, capsicum, lada benggala kuning dan merah. Anda juga boleh taburkan oregano di atasnya untuk memberikan kelainan rasa Itali!
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramadan merupakan bulan di mana segala perbuatan kita perlu dijaga dengan lebih teliti kerana banyak perkara yang boleh membawa kepada kehilangan pahala puasa kita. Ini termasuk sekali dalam soal fesyen dan menutup aurat. Apa guna kita berpuasa tetapi tidak menutup aurat dan mengekalkan modesty sepanjang masa.
Namun, ini tidak bermakna kita perlu mengorbankan gaya dan stail kita. Mari Hijabista beri beberapa panduan untuk kekal bergaya sepanjang Ramadan.
1. Lilitan hijab
Dek kerana mahu cepat dan ringkas, ramai yang gemar mengenakan shawl instant atau semi-instant. Terdapat banyak cara yang mudah untuk melilit shawl tetapi kekal chic dan tidak rumit.
P.S: Jangan lupa untuk labuhkan sedikit hijab anda ya!
2. Kaftan
Jika anda tidak mahu memilih jubah sebagai busana sopan di bulan Ramadan, ayuh cuba kaftan! Ia bukan sahaja labuh dan longgar, malah ia lebih elegan dan juga lebih banyak variety untuk dipilih dan digayakan mengikut kesesuaian stail anda.
P.S: Pastikan anda memakai inner labuh jika kaftan anda jarang dan sheer ok?
3. Dres flowy
Bila masa lagi anda mahu gayakan dres flowy yang anda miliki kalau bukan sekarang? Jika lengannya 3/4, padankan bersama kardigan atau blazer untuk kekal modest dan sopan.
Gaya dan stail yang high taste tidak boleh mengalahkan attitude yang positif dan humble. Selalulah ingatkan diri bahawa pemakaian busana bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk, ianya bertujuan untuk menutup aurat dan juga memberi impressi baik terhadap diri.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...