Penjagaan Miss V sangatlah penting buat wanita! Pernah tak masa anda terganggu oleh kerana Miss V sangat gatal? Sedangkan, pergi tandas dah cuci sebersihnya. Perkara ini berlaku pada wanita di luar sana malah akan menyebabkan ketidakselesaan pada diri mereka. Jadi apa sebenarnya yang terjadi?
Punca Miss V gatal ini mempunyai banyak sebabnya. Mungkin kerana anda salah cara penyuciannya atau alahan terhadap apa-apa dan yang paling ditakuti adalah terkena jangkitan kelamin. Jika anda merupakan wanita yang menghadapi masalah ini, ikuti mengapa kegatalan Miss V ini terjadi. Menurut Doktor Joseph Tan, ini merupakan beberapa sebab mengapa Miss V gatal!
1. Jangkitan Yis yang berlaku
Menurut Dr Audra Williams iaitu Profesor Obstetrik dan Ginekologi, salah satu punca mengapa wanita mengalami kegatalan pada Miss V adalah kerana jangkitan Yis. Lebih kurang 75% wanita akan menghadapi atau mengalami sekali jangkitan yis seumur hidup mereka. Ya benar, jangkitan yis ini merupakan pertumbuhan kulat di dalam faraj anda. Ia berada di tempat yang tidak sepatutnya dan menjadi punca anda tidak selesa. Menurut Dr. Williams juga, kulat merupakan organisma hidup yang telah menyebabkan jangkitan berlaku.
Artikel Berkaitan: Nak Cegah Kanser Serviks, Ini 7 Cara Penjagaan ‘Miss V’ Yang Tepat & Mudah
Simptom selain gatal-gatal jangkitan yis ini termasuklah dengan discharge yang tebal dan putih. Ianya kelihatan seakan seperti yogurt dan anda bakal merasakan seperti terbakar ketika kencing. Tetapi, jangan risau, kerana rawatan over-the-counter jangkitan yis ini banyak dan ternyata berkesan. Sekiranya tidak hilang juga baru pergi berjumpa dengan doktor tau!
2. Vaginosis Bakteria
Apa pula Vaginosis bakteria ini? Jadi ia berbeza sedikit daripada jangkitan yis. Ianya bukanlah jangkitan ya. Vaginosis bakteria ini berlaku apabila keseimbangan bakteria dalam faraj anda menjadi terjejas. Maka, pertumbuhan bakteria yang berlebihan telah berlaku dan membuatkan kegatalan faraj. Simptom lain bagi vaginosis bakteria adalah keputihan anda berair dan berbau hanyir!
Jika anda mengalami gejala seperti itu, berjumpa dengan doktor dan dapatkan preskripsi antibiotik supaya dapat membantu mengembalikan keseimbangan sihat di dalam faraj anda.
3. Tukar sabun dan beli seluar dalam baru!
Jika Miss V anda gatal tetapi bukan dari gejala seperti jangkitan yis atau vaginosis bakteria kemungkinan besar sama ada seluar dalam atau sabun yang anda gunakan. Sesetengah wanita lebih sensitif terhadap produk yang mengandungi pewangi atau pewarna dan menyebabkan tercetusnya reaksi alergi. Kulit anda bertindak terhadap alergen atau perengsa seperti sabun, losen, pewarna, detergen atau tuala wanita.
Bagi pengunaan seluar dalam, material kapas sangat disarankan. Agar faraj anda boleh bernafas dengan baik.
4. Melalui fasa menopaus
Apabila anda menopaus, faraj anda mungkin mengalami perubahan hormon semasa dan selepas putus haid. Selepas menopaus, kebanyakan wanita akan mengalami kekeringan faraj dan penipisan kulit. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba faraj OTC. Ianya dalam bentuk krim dan suppository
5. Jangkitan kelamin!
Keadaan ini jarang berlaku, akan tetapi jangkitan kelamin (STD) merupakan punca yang anda alami gatal-gatal pada faraj. Satu jenis jangkitan kelamin adalah Trichomoniasis vaginalis boleh cenderung kepada banyak keputihan dan gejala faraj. Rawatan buat trich ini terdiri daripada ubat oral dan mampu membantu sembuh dengan cepat setelah anda mengambilnya. Walaupun anda boleh dijangkiti semula.
Artikel Berkaitan: Nak Cegah Kanser Serviks, Ini 7 Cara Penjagaan ‘Miss V’ Yang Tepat & Mudah
Akhir kata, rajin-rajinkanlah diri untuk memerhatikan sama ada anda ada simptom seperti mana yang dinyatakan di atas. Jika masih berlarutan, berjumpalah dengan doktor kerana takut maslaah yang lebih serius dikenal pasti. Kegatalan faraj yang berterusan boleh menjadi punca kanser vulva!
Sumber: HelloDoktor!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=U3UbOb3xCJ4&t=1s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI