Malu Diejek Gemuk & Tak Mahu Ibu Terus Sedih… Hijabi Ini Transform Dari 153KG Ke 72 KG.

Share

Dikurniakan badan yang besar akan membuatkan pergerakan kita cukup terbatas. Terutamanya soal solat dan juga pemilihan baju bersesuaian.

Inilah dilema yang sering dialami oleh Farhiyah Fazdly yang sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 153KG. Menurutnya, kesulitan untuk bersolat  kerana perlu duduk menyebabkan dia tekad untuk berubah. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga turut merasa rendah diri tatkala dia seorang perempuan yang berada di tempat awam. Seperti terngiang di telinga ejekan ‘gemuk’ pada dirinya.

Justeru dia lebih senang duduk sahaja di rumah dan menghadkan aktiviti bersama teman-teman lain.  Oleh kerana kasihankan ibu dan tak mahu hatinya terguris, Farhiyah nekad mendaftarkan diri untuk Program Jom Kurus 1 Malaysia pada tahun 2015.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Walaupun semangatnya hampir jatuh sepanjang program itu, tetapi Farhiyah tetap meneruskan aktiviti yang disarankan dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 80KG dalam masa setahun setengah.

Jom ikuti perkongsiannya melalu laman facebook miliknya dan Kevin Zahri.

“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekeliling mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.

Saya tahu jauh di sudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.

Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.

Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.

Keperitan Apabila Seberat 153KG

Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.

Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki. Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.

Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat. Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selesa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.

Umur Baru 20-AN, Tetapi Sudah Solat Duduk

Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.

Pada umur 20-an saya terpaksa sembahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.

Merasa Rendah Diri

Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.

Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”

Atas sebab itu saya lebih selesa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.

Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.

Tak Mahu Hati Ibu Terguris

Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.

Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam. Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.

Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!

16KG Untuk 6 Minggu

Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air. Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan. Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang JK1M #4, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.

Ibu Mula Tersenyum

Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama. Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.

Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu. Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.

Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.

Hilang 80KG, Perjalanan Yang Bukan Mudah

Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.

Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak. Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.

Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.

Semangat Kadang Kala Jatuh

Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.

Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.

Gambar diambil Febuari lalu.

Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa. Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah

TIP UTAMA MENGURANGKAN BERAT BADAN

Perkara paling penting dalam kurangkan berat badan ada 10 perkara:

1. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang

2. Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai

3. Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun

4. Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama

5. Tidur yang cukup

6. Pengambilan air yg secukupnya

7. Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut

8. Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu

9. Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu

10. Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar

SUMBER: FACEBOOK FARHIYAH FADZLY

BACA JUGA: Gadis Ini Hilang 15KG Dalam Masa 3 Bulan

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
SH