Seronok melangkah ke alam pengajian tinggi, pastinya bertemu dengan rakan yang baharu, namun berbeza dengan hijabi ini.
Selalunya rakan sekuliah adalah mereka yang seusia atau mempunyai jurang umur yang dekat, berbeza pula bagi Siti Zulaika Mohamad Sakroji, 20, apabila berpeluang berada sekelas dengan ayahnya sendiri, Mohamad Sakroji Abbas, 61.
Tak sedar punyai minat yang sama
Kedua-dua anak beranak tersebut mengambil kursus Sijil Videografi dan Kesan Visual bersama-sama di GiatMara Kota Raja. Mohamad Sakroji turut berkongsi kisah awal tercetusnya idea untuk mendaftarkan dirinya bersama anak perempuannya itu pada tahun 2019 di institusi tersebut.
“Mulanya saya nak hantar anak saya untuk mengambil kursus ini.
“Entah macam mana saya pun berminat dengan jurusan tersebut, jadi saya bertanya dengan pihak pejabat GiatMara, bolehkah umur macam saya ini memohon untuk jadi pelatih juga.
Ads
“Setelah mereka memaklumkan tiada halangan untuk berbuat demikian, itu yang saya masuk sekali,” katanya ketika sidang akbar sempena Majlis Graduasi GiatMara Selangor di Management and Science University (MSU) pada Sabtu yang lalu.
Dalam pada itu, Mohamad Sakroji yang tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong itu turut mempunyai akaun YouTube sendiri untuk memuat naik video berkaitan kuliah agama. Katanya, buat masa sekarang, pesara tersebut bekerja sendiri, malah ada ketikanya turut membuat kerja sambilan menjadi juruvideo di majlis perkahwinan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar kerana banyak mengajar saya yang sudah berumur ini. Proses pembelajaran itu agak memakan masa tapi dengan adanya pelajar yang berusia muda, mereka bantu saya,” ujarnya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Siti Zulaika memaklumkan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang animasi selepas tamat pengajiannya di GiatMara. Bagaimanapun, dia mempertimbangkan berbuat demikian selepas memohon keizinan daripada ayahnya terlebih dahulu.
“Saya memang terfikir untuk sambung belajar, tapi perlu minta izin kepada ayah dulu,” katanya.
Seramai 834 graduan dari GiatMara Malaysia di Selangor berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing di sini pada Sabtu. Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Datuk Azman Azman Jaafar berkata, seramai 2,380 pelatih berjaya menamatkan latihan dan menerima Sijil Profesional GiatMara di Selangor bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.
Seronok punyai minat bersama orang tersayang, malah usaha Siti Zulaika boleh jadi inspirasi di luar sana. Tak kekok sekuliah bersama malah tambah seronok hari graduasi sambut bersama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: SINAR HARIAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Awal tahun ini menyaksikan beberapa selebriti dan juga personaliti media sosial melangsungkan hari bahagia dan juga majlis pertunangan. Antaranya Elfira Loy, Bella Dally, Nisa Kiss (anak aktor Rosyam Nor) dan terbaru adik kepada pelakon Tilla, Syida Melvin 22 tahun. Syida yang selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Mohamad Syafiq Azim Datuk Seri Shaheen, 30 tahun yang juga merupakan anak kepada usahawan yang dapat jolokan “Iron Lady’, Allahyarham Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin memilih persalinan putih berperincian untuk majlis pernikahan manakala dress moden rona coklat cair pula digayakan ketika majlis resepsi.
Terserlah kejelitaan Syida yang juga seorang pelakon ini. Tanpa layah panjang sekadar tiara kecil menghiasi kepala yang cukup ringkas. Pasangannya juga tidak kurang kacaknya menyarung persalinan lengkap Raja Sehari.
Majlis yang diraikan cukup meriah dengan kehadiran sanak saudara ini dilangsungkan di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang malam semlam.
Syida yang baru berusia 22 turut bersyukur kerana majlis dirancang berjalan lancar dan turut bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Walau bagaimanapun dalam masa sama, pelakon muda ini berasa sedikit sedih apabila ibu suaminya tidak dapat menyaksikan hari bahagia mereka.
“Kami diperkenalkan oleh arwah pada 2016. Kalau arwah masih ada, dia mesti orang yang paling gembira. Sebab dia nak sangat tengok kami kahwin. Namun, Allah lebih sayangkannya apabila meninggal dunia dua tahun lalu.
“Saya dapat rasakan perasaan suami semalam apabila insan tersayang tiada di sisi. Apa pun, saya cuba untuk menjadi isteri terbaik. Semoga perkahwinan kami ini diberkati dan kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu ruang komen Syida di laman instagramnya turut dibanjiri ucapan tahniah dan masing-masing memuji keceriaan Raja Sehari yang diumpamakan seperti merpati dua sejoli.
Netizen juga turut mendoakan pasangan ini akan mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan kekal bahagia till jannah.
Siapa kata berdiet tak boleh makan sedap? Pelbagai makanan yang berkhasiat ada di pasaran yang penting harus pandai meneliti segala kandungan yang ditawarkan.
Bagi yang mahu mengamalkan diet sihat, perlulah beri perhatian lebih kepada jenis makanan dan kuantiti yang diambil. Sepanjang proses berdiet bukan sahaja kuantiti makanan yang perlu diambil berat namun jenis makanan yang anda makan pun sebenarnya amat penting.
Jenis makanan dan kuantiti gula atau garam dalam makanan tersebut perlulah diberi perhatian lebih kerana ini mungkin penyebab kepada diet anda terganggu. Melalui perkongsian Puan Azzatie Intan Suraya yang sudi berkongsikan tip untuk shopping stok makanan sihat di pasar raya. Menurut beliau yang juga seorang ibu merangkap personal trainer dan fitness coach, tip ini adalah sebahagian daripada groceries shopping lesson untuk support group meal plan yang dikendalikannya.
Oleh itu, buat anda yang mahu mengamalkan diet yang sihat, jom teliti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, lebih ramai yang dapat memilih
NOTA: Klik pada pautan produk ,anda boleh beli terus di atas talian.
Tip ‘Stock up’ makanan sihat untuk yang berdiet
Banyak senarai makanan sihat dan mudah untuk anda dapatkan stock di pasaraya seperti tesco, jaya Tesco, Village Grocer, Jucso, Cold Storage, Aeon Big, Giant dan kebanyakan pasar raya besar. Bagi Pn Azzatie sendiri lebih gemar mencari senarai barangan diet di Tesco.
“Kebanyakan barang yang digunakan dalam senarai ini saya gunakan untuk sediakan hidangan sarapan, makan tengah hari, makan malam serta snek. Apapun, sayur dan buah-buahan segar adalah pilihan yang paling utama, lagi raw lagi bagus ya!” ujarnya.
Bahan Tenusu
Kalau nak cari keju, boleh pilih jenis slim cheese sebab 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal bagi keju cheddar biasa. Bagi yang suka yogurt, carilah natural yogurt atau Greek yogurt untuk breakfast parfait atau sebagai snek. Yang penting, elakkan yogurt berperisa yang manis. Susu pun sama, pilihlah susu segar kalau nak buat overnight oat atau sekadar untuk snacking.
Sos hoisin, plum sauce dan Kicap Enaq sebab ianya non-GMO sebagai bahan perapan adalah pilihan saya. Kemudian, boleh beli parsley, rosemary, oregano flakes, cajun, paprika, mustard dan chilli powder untuk menambahkan lagi perisa.
Kalau nak pilih sos cili, boleh pilih Lingham. Sos cili Lingham ada 3 jenis iaitu Sweet & Spicy, Thai dan Sriracha. Yang Sriracha tu rasanya cuma 19kcal per tablespoon. Tapi jenis ni agak susah nak jumpa.
Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain. Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal. Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain. Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal.
Boleh gunakan madu juga sebagai pemanis semulajadi. Pilih jenis raw honey.
Roti & Jem
Untuk pilihan roti, selalunya saya beli Roti Gardenia jenis Canadian Wheat. GI Value (Glysemic Index) pun paling rendah. Kalau tak ada, wholemeal bread pun dah cukup baik.
Contoh jem yang baik lebih banyak perasa buah. Contohnya jem St Dalfour, ada banyak perisa. Kalau tengok di labelnya ada tertulis yang ia sesuai untuk pesakit diabetes.
Untuk sumber protein segera, boleh makan Tuna Chunks In Water. Kurang lemak dan kurang garam berbanding jenis yang lain. Buat sandwich tuna tetap sedap.
Ada banyak contoh biskut untuk snacking. Contohnya Multigrain Crackers jenama Tesco ini kalau 6 keping baru 143kcal. Saiz besar dan sangat mengenyangkan.
Ramai fitness coaches suka makan Weet-Bix ni sebagai snek. Kenyang dan sedap.
Organic rolled oat jenama kegemaran saya Love Earth, 4tbs 90kcal. Rendam dalam susu atau yogurt untuk buat overnight oat. Boleh juga masak untuk buat bubur atau pancake.
Minyak jenis macam ni saya guna untuk stir fry. Kalau ada yang tanya, saya tak makan deep fry. Saya cuma makan air fry, jadi tak pakai banyak minyak. Rasanya tetap sedap.
Beras parboiled maksudnya partially boiled. Berbanding beras putih biasa, beras parboiled mengandungi dua kali ganda lebih banyak fiber banding beras biasa. Kadar GI pun sangat rendah berbanding beras putih biasa.
Kadang-kadang tak ada masa, mesti nak simpan juga sikit stok frozen food kan. Nak cepat pun, boleh pilih yang sihat. Contohnya wholemeal pau ini sebiji cuma 150kcal.
Ini pula favourite saya, Edamame. Pengganti telur sebab saya tak suka telur. Kacang edamame ni mengandungi sumber protein, kalsium dan zat besi yang baik. 1 paket begini boleh bahagikan untuk 5 kali makan.
Boleh cari dekat area sweet corn, sweet peas. Nanti adalah terselit Edamame ni.
Snek
Macam biasalah, antara pilihan fitbar, muesli, granola untuk fast breakfast. Sesekali sweet cravings tak salah pun nak makan coklat. Pilihlah dark chocolate macam ni. Tak ada gula tambahan.
MUdah bukan nak mulakan diet yang sihat, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pengamal diet. Apa yang penting sebelum beli rajin-rajinkan diri untuk meneliti bahan yang terkandung.
Tidak dinafikan hari ini ramai yang terasa beban dengan peningkatan kes Covid-19 yang melanda. Sehingga hari ini, kes semakin membimbangkan dan menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil inisiatif untuk menjalankan ‘total lockdown’ di seluruh negara.
Ternyata, ia memberi impak kepada majoriti masyarakat kita yang kehilangan kerja, mata pencarian dan tidak mampu untuk menampung kos sara hidup. Bukan itu sahaja, bebanan itu turut dirasai kerana tidak berpeluang untuk berjumpa dengan orang yang tersayang. Usah memendam rasa, malah berdoalah kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan dan diberikan ketenangan jiwa dan hati untuk menghadapi dugaan ini.
Luangkan sedikit masa dengan membaca doa-doa terbaik yang serba ringkas ini untuk diberikan ketenangan hati dan jiwa.
Hati yang tenang adalah hati yang bahagia. Dengan hati yang tenang, tidak ada kekhawatiran dan perasaan ‘kurang’ akan segala sesuatu. Maka, bacalah “Allahumma inni as aluka nafsaan bika muthma-innah, tu’minu biliqaa-ika wa tardhaa bi qadhaa-ika wa taqna’u bi’athaa-ika”. Artinya, “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang ridha dengan ketetapan-Mu dan merasa cukup dengan pemberian-Mu”.
Selain itu juga, kamu boleh amalkan bacaan doa yang diajar oleh Rasulullah untuk menghilangkan kesedihan di hati iaitu;
Rasulullah pun mengajarkan pada kita doa untuk orang yang menderita kesedihan yang mendalam, yaitu “Ya Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada ilah yang berhak disembah selain Engkau” (HR. Abu Dawud).
Antara doa-doa lain yang boleh dibaca ialh:
Bacalah, “Allahumma innii a-udzuubika minalhamma walkhujni, wal ajri, wakasal, walbujli, walhubni, wadhalidaini, walghabatirrajali”. Doa ini memiliki arti “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang”.
Atau,
Bacalah ‘Allahumma tsabitnii waj’alnii haadiyan mahdiyyan’ untuk memohon ketenangan hati dan petunjuk dari Allah untuk segala yang kita lakukan. Artinya, “Ya Allah, tenangkanlah hatiku dan jadikanlah aku orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk”.
Sungguh, dengan mendapat petunjuk dari Allah, hati kita akan merasa tenang atas apa-apa yang kita lakukan dan kita pun akan merasa bahagia. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...