Hijabi Ini Pernah Di Ejek Tikus Kerana Mempunyai Gigi Susu Kecil Tetapi Masih Positif!

Share

Sebagai wanita berhijab, penampilan dan keyakinan diri sangat penting untuk diri sendiri. Akan tetapi, ramai orang rasa tidak yakin pada kekurangan yang mereka ada. Menariknya, hijabi ini selesa dengan penampilannya yang masih mempunyai gigi susu dan tidak mahu membuat sebarang rawatan agar dia lebih konfiden.

Seperti yang anda tahu, gigi bongsu merupakan gigi yang jarang untuk kita lihat pada individu yang sudah dewasa. Pasti anda menjadi kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain. Tidak buat gadis hijabi bernama Alea ini. Mempunyai rupa paras yang manis, Alea merupakan seorang model sambilan yang mempunyai gigi susu yang kecil di bahagian bawah berbanding giginya yang lain.

Artikel Berkaitan: Berani & Unik! Gaya Fesyen Aina Abdul Beri Inspirasi Untuk Kamu Si Hijabista Tampil Berbeza & Menarik!

Melalui laman sesawang Mstar, Alea yang berusia 18 tahun itu mempunyai dua batang gigi susu di bahagian bawah yang masih kekal sehingga kini tidak sikit menghalang keyakinan dirinya. Walaupun dia pernah di ejek sehingga kini mendapat kritikan yang tidak baik oleh sesetengah orang tetapi dia memilih untuk kekal positif.

Usaha yang dilakukan oleh Alea adalah dia pergi ke klinik gigi di Setia Alam untuk memastikan apa masalah yang dihadapi olehnya dan langkah rawatan yang perlu dilakukan. Akan tetapi, menurut doktor gigi disitu dua batang gigi susu tersebut tidak mempunyai gigi yang akan tumbuh di dalam gusi. Ini bermaksud gigi tersebut akan kekal daripada dia bayi sampai sudah dewasa.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh ada gigi susu sampai dewasa. Dulu masa sekolah kawan-kawan panggil gigi tikus.

“Semenjak April 2022 saya telah bekerja sebagai ‘model freelance’ bagi tudung dan pakaian. Mak ayah juga pernah bergurau semasa shooting, mereka cakap bahagian bawah nampak tak ada gigi,” Jelas Alea kepada Mstar. 

Walaupun Alea mengambil kesempatan berjumpa dengan doktor tentang giginya akan tetapi itu tidak mengubah dirinya untuk melakukan apa-apa rawatan. Pada awalnya, doktor gigi ada mencadangkan untuk dia membuat kaedah jambatan gigi (bridge). Menurut Alea, gigi susu tersebut tidak menganggu untuk dia menggigit atau mengunyah makanan.

Alea mengatakan gigi susu tersebut sudah menjadi identiti dirinyadari dahulu sehingga sekarang. Walaupun sejak bayi sehingga sekarang dia nampak perubahan fizikal pada dirinya akan tetapi giginya itu kekal begitu. Alea percaya tiada yang sempurna di dunia ini.

Artikel Berkaitan: Berani & Unik! Gaya Fesyen Aina Abdul Beri Inspirasi Untuk Kamu Si Hijabista Tampil Berbeza & Menarik!

Videonya itu telar tular di Tiktok dna meraih lebih daripada 700,000 tontonan selepas disiarkan. Akhir kata, Alea percaya bahawa setiap orang mempunyai cara unik tersendiri dan tidak salah untuk kita menerima diri kita. Katanya, jika seseorang itu tidak mencapai ‘beauty standards’ tidak bermaksud ianya satu kecactan dan anda perlu malu. Sama-sama kita contohi gadis hijabi yang positif ini.

Sumber: Mstar / Instagram Alea

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.