Nur Aisyah Muhamad Azuan yang memperoleh gred A- (Cemerlang) bagi subjek Kimia yang mana sebelumnya pada peperiksaan akhir hanya mendapat 9 peratus.
“Real comeback is possible” Demikian kata penyanyi MK K-Clique yang ditujukan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. MK, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
“Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar
SPM, PTTI. Difahamkan pada peperiksaan akhir subjek Kimia gagal. Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan.
“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya,” katanya.
MK yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.
Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor juga lulus dengan gred B bagi mata pelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.
Secara keseluruhan, Nur Aisyah mendapat 7A dan 4B.
MK juga berkongsi, pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM 2023 boleh mendapatkan buku percuma SPM eksklusif dsripada PTTI dengan menghubungi mereka secara DM di Instagram.
Terdahulu, MK selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Hajaar Sah ‘Suri Hati’ MK, Mas Kahwin RM 302 & Seutas Rantai Emas Tanda Ikatan!
Kemudian, pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/WgShFZC4X6o
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah!
Jalan hidup kita, suka atau duka, semuanya telah disusun cantik oleh Allah. Sejak berkahwin pada tahun 2018, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang usahawanita terkenal tanah air.
Jika dahulu, Fazura sekadar mengusahakan butik fesyen House of Doll, kini beliau berjaya melahirkan lebih banyak rangkaian jenama gaya hidup dan Muslimah seperti Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty, Tudung Fazura, Trudolly (jenama yang diusahakan bersama Puteri Zarith) serta yang terbaharu, Fazura Beauty Water.
Fazura Sebak Kenang Kisah Penghijrahanya!
Penghijrahan bagi Fazura sememangnya sudah diduga sejak awal lagi. Bermula dari sekadar berhijab hanya pada bulan Ramadan, Fazura dilihat perlahan-lahan menyenangi helaian yang lebih longgar dan sopan.
Pertama kali melangkah keluar dengan transformasi hijab sepenuhnya pada 4 tahun lalu, Fazura akui dirinya berasa sungguh tenang. Malah, Fattah Amin dan ahli keluarga Fazura merupakan antara orang terawal, yang gembira melihat perubahan aktress berusia 40 tahun itu.
Artikel berkaitan: Sedia Buka ‘Kilang Anak’ Ini Hasrat Yang Mahu Dicapai Fazura Tahun Ini! – “Kalau Boleh Saya Nak..”
“MasyaAllah, Dia permudahkan semua yang Faz buat. Apa saja yang terdetik di hati, tiba-tiba jadi mudah. Now I respect myself more!” Fazura
Sambil mengiyakan pendapat bahawa untuk bertudung itu mudah tapi untuk beristiqamah itu yang susah, Fazura tegas berpegang pada niat sebenarnya, iaitu menjadi wanita Muslimah yang sejati.
“Of course everyone has their own struggle. Macam saya semasa baru berhijrah pun, hati selalu berbolak-balik. Saya selalu berdoa dan mohon juga doa semua kepada Allah agar kebaikan ini berterusan buat selama-lamanya.” Fazura.
Bersyukur Perniagaan Tudung Beri Pengaruh Wanita Lain Bersama Tutup Aurat
Paling menyentuh hati, Fazura sangat bersyukur kerana perniagaan tudung yang dijalankan sedikit sebanyak membuka hati segelintir kaum wanita untuk mula belajar menutup aurat.
Sebagai salah seorang selebriti popular yang pernah menerima banyak anugerah, laluan Fazura dalam dunia keusahawanan terbentang luas menggunakan platform peminatnya yang ramai. Terkini, jumlah pengikut beliau mencapai 5.7 juta di Instagram dan 460,000 di TikTok!
Ibu kepada si comel Nur Fatima Aisya itu juga menolak sangkaan klise tentang fenomena artis bertudung semata-mata untuk berniaga. Bersangka baik dengan takdir Allah, pasti hikmah di sebaliknya besar sekali.
Pun begitu, sebagai wanita yang sering diangkat sebagai ikon fesyen, adakah jiwa Fazura terhadap seni fesyen telah benar-benar berubah?
Sejak Berhijab Makin Gemar Gayakan Busana Fesyen Patuh Syariah
“Sekarang Faz lebih seronok dan suka berfesyen, malah makin suka explore macam-macam gaya hijabi. Mujurlah sejak dulu Faz seorang yang ringkas dan suka tudung bawal.
Koleksi wardrobe pun banyak seluar jeans dan oversized shirt yang sesuai dengan diri Faz yang baru. Cuma itulah, Faz nak cuba lebih banyak stail hijab yang berbeza.”
Bersyukur kerana bukan sahaja dapat membantu membuka pintu hati para wanita untuk berhijab, perniagaan Tudung Fazura juga turut membantu orang lain, khususnya stokis dan ejen menjana pendapatan semula.
“Kebanyakan ‘besties’ saya ialah golongan suri rumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan. Saya bangga dengan kejayaan mereka yang sama-sama mendukung jenama Tudung Fazura serta produk-produk saya yang lain.
Ini membakar semangat saya untuk terus menghasilkan produk pada harga mampu milik yang sesuai untuk semua.”
Untuk rekod, tudung Fazura antara jenama hijab Malaysia yang mencipta fenomena, menjadi rebutan dan koleksi ramai, sekaligus menjemput lebih ramai Muslimat menutup aurat. Melalui bisnes yang dibangunkan itu juga, Fazura berjaya membantu ramai wanita lain.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Sumber foto: Instagram Miss Fazura
Artikel berkaitan: “Sabarlah.. Biar I Betulkan,” Gelagat Fattah Layan Kerenah Fazura Enggan Pipi Tembam, Bikin Netizen ‘Cemburu’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resepi Sandwich Yang Sihat, Mudah Dan Pantas. Jom Cuba!
Sandwich sering digemari sebagai santapan pagi atau ‘breakfast’. Kalau hari-hari asyik nak sarapan nasi lemak dan roti canai pun tak sihat juga… Apa kata anda cuba resepi makanan segera yang sedap lagi menyihatkan ini. Tambah pula, penyediaannya amat mudah sekelip mata!
Walaupun kelihatan ringkas, sandwic penuh dengan karbohidrat, protein dan vitamin, yang membantu pertumbuhan, pemulihan dan penyelenggaraan fungsi badan. Pernah tak anda beli sandwich di kedai runcit dan isinya sedikit? Ha… memang tak best kan. Apa kata kali ini anda buat dan cuba sendiri resepi di bawah? Nak letak isi tebal, banyak sayur atau tidak letak sayur, ikut suka anda! Lagi puas hati.
Oleh itu, penulis akan kongsikan 10 resepi sandwich dari kepelbagaian resepi di laman Facebook. Bahkan, resepi sandwich jepun pun ada. Cara penyediaan pula sangat pantas dan senang!
1. Sandwich Egg Mayo
Ha… resepi pertama ini pastinya paling senang buat anda. Telur dan mayo merupakan diantara barang wajib ada di rumah dan mudah untuk dicari. Kalau anda sering membuat sandwich telur biasa, apa kata kalini anda ikut resepi daripada NaNie yang dikongsikan di laman facebook ini. Pasti sedapnya berganda!
Bahan-bahan :
- 10 biji telur direbus dan dilecek,
- 1 senduk mayonnaise,
- 1 sudu teh lada sulah Ajishio.
(Campur semua sekali dan gaul sebati)
Bahan sampingan:
- Tomato dipotong bulat,
- Salad (Ikut suka guna salad pokok atau salad biji@bulat).
Caranya-caranya :
- Ambil sekeping roti, sapu mentega.
- Mula-mula letak tomato.
- Kemudian letakkan sesudu bumbu bancuhan telur, letak atas tomato tadi dan ratakan.
- Seterusnya letak sekeping salad di atas bancuhan telur.
- Akhir sekali letak roti.
- Potong serong 2@4. Siap!
*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.
2. Sandwich Tuna Mayo
Jika anda bukan peminat telur, anda boleh juga gantikan dengan tuna. Resepi sandwich ini dikongsikan oleh MasAyu Legacy di laman Facebook. Penyediaan bahan resepi ini amat mudah. Hanya potong-potong dan gaul sahaja. Jom cuba resepi di bawah.
Bahan 1 :
- Tuna mayones ayam brand,
- Sedikit bawang besar didadu,
- 1 sudu besar mayones,
- 1 sudu besar sos cili,
- Sedikit cili api.
Bahan 2 :
- Timun didadu,
- Tomato didadu,
- 1 sudu mayones,
- 1 sudu sos cili,
- Roti dan salad.
Cara-caranya :
- Gaul bahan 1,
- Gaul bahan 2,
- Guna 3 keping roti untuk 1 set sandwich.
Cara susun :
- Roti lapisan pertama letak bahan 1.
- Kemudian letak salad.
- Terus lapiskan dengan sekeping roti lagi.
- Seterusnya letak bahan 2.
- Akhir sekali tutup dengan lapisan roti ke-tiga.
- Potong silang pangkah.
Artikel berkaitan: Ini Cara Buat Egg Drop Sandwich Seperti Dalam Drama Korea. Gadis Ini Kongsi Resepinya!
3.Sandwich Honey Chili Dan Teriyaki Chicken
Selain tuna dan telur, anda boleh juga cuba resepi yang dikongsikan Hidayah Sobri di laman Facebook.
Bahan-bahan Honey Chilli Chicken :
- 1 kg dada ayam,
- 3 sdb madu,
- 2 sdb hot sauce/sos cili api,
- 2 sdb sos tomato,
- 3 sdb serbuk cili,
- 1 sdb secukup rasa/garam.
Setelah itu, perapkan semua sekurangnya 6 jam untuk dapatkan warna yang cantik.
Bahan-bahan Teriyaki Chicken :
- 1 kg dada ayam,
- ¼ kicap pekat,
- ¼ kicap masin,
- 2 sdb madu,
- 2 sdb gula perang,
- 2 sdb bijan,
- 2 sdb gula kasar,
- 1 sudu kecil garam halus.
(Perapkan semua, sekurang-kurangnya 3 jam)
Kemudian, bakar kedua bahan Honey Chilli dan Teriyaki Chicken dalam oven suhu 220°C selama 30 minit, kalau isi tebal pastikan anda belah dua bagi nipis sedikit.
Cara Lapiskan :
- Mula-mula letak roti, semua letak marjerin/mentega.
- Kemudian letak romaine Lettuce.
- Letak ayam marinate yang sudah dihiris.
- Letak sos.
- Kemudian letak lapisan roti ke-dua.
- Letak tomato (hiris, letak atas tisu untuk keringkan air).
- Letak timun jepun (kurang berair).
- Letak isi ayam.
- Tambah sos.
- Letak cheese keping.
- Akhir sekali tutup dengan roti.
- Belah 4, siap sudah boleh makan.
Artikel berkaitan: Senarai Resepi Viral TikTok Trend 2021, Yang Berkaitan Dengan Penurunan Berat Badan
4.Wanpaku Sandwich Jepun
Mesti anda jarang dengar mengenai sandwich ini kan? Wanpaku sandwich ini sesuai sangat buat anda yang nak diet kerana boleh ‘sumbat’ bermacam-macam sayur dan juga protein. Bukan sahaja bersesuaian untuk sarapan pagi, malahan buat hijabi yang bekerja; bolehlah buat resepi ini untuk makan tengah hari sebab memang gebu dan mengenyangkan. Jom cuba resepi daripada Nurasykin Ali ini, senang sangat!
Bahan-bahan :
- Roti,
- Tomato cherry,
- Telur puyuh,
- Salad,
- Lobak,
- Tuna ayam brand,
- Kewpie dressing roasted sesame.
Cara-caranya:
- Mula-mula bancuh tuna dengan kewpie dressing. Sukatan ikut suka.
- Mulakan lapisan roti pertama, sapukan roti dengan butter/marjerin.
- Kemudian letak sekeping cheese di atas roti.
- Letak salad.
- Lepas itu letak tuna, kuantiti ikut selera.
- Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak macam memanjang di tengah.
- Kemudan tutup dengan sekeping roti.
- Di atas roti tadi sapukan butter/marjerin.
- Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
- Susun atasnya dengan salad, mayones dan lobak.
- Tutup dengan roti yang terakhir.
- Belah bahagian tengah. Siap!
5. Monte Cristo Sandwich
Resepi sandwich Monte Cristo ini biasanya menggunakan sapuan jam strawberry atau jam buah-buahan yang lain. Tapi Helena Rizanie Abdullah telah berkongsi di laman Facebook resepi ini dan menukar jam kepada cili sos. Jom cuba!
Bahan-bahan :
- Roti gardenia,
- Chicken loaf ayamas,
- Cheesdale,
- Mayones/honey mustard,
- Cili sos/strawberry jam,
- Telur,
- Breadcrumbs.
Cara-caranya :
- Mula-mula celur chicken loaf seketika.
- Untuk lapisan, sapukan roti dengan mayones/honey mustard.
- Kemudian susun cheese.
- Seterusnya letak chicken loaf.
- Akhir sekali sos cili/jam strawberry.
- Kemudian letak roti ke-dua.
- Ulang semula step nombor dua sehingga terbentuk 3 layer roti.
- Akhir sekali celupkan merata pada telur.
- Rataka merata pada breadcrumbs.
- Goreng hingga keperangan.
- Belah dan siap!
Sumber info dan gambar: 1, 2 , 3 , 4, 5
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berniaga Sejak Usia 14 Tahun, Gadis ‘Tumbler’ RM 1800, Dedah Tak Pernah Minta ‘Wang’ Dan Susahkan Mak Ayah!
Terbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
Ini Punca Bagaimana Remaja Ini Mampu Membeli Tumber Semahal Itu!
@putriluthfiya_ Rasa dia macam menyesal je beli mahal2 sebab air tu tak boleh turunkan berat badan piya 🤣 saka kurus dari #bebycurf je boleh turunkan berat badan piya, kalau korang nak turunkan berat badan boleh tekan link dekat bio piya ye 😘 #fyp #fypgakni #tumblerrhinestones #jutawanmuda #jomkurus ♬ suara asli – xhanxNvall🔥🐝 – XhanxNvall🔥🐝
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Jual Kek ‘Terlajak Murah’ Tak Sempat Susun Dah Kena Serbu! – “1,500 Kek Habis Dijual Sekelip Mata”
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Hasil Titik Peluh Bukan Setakat Beli Tumbler, Tapi Mampu Bawa Sekeluarga Tunai Umrah Bersama!
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Sumber: Tik Tok @PutriLuthfiya_, Instagram PuteriLuthfiya_ & Mstar
Artikel berkaitan: 4 Cara Pilih Tas Tangan ‘up-to-date’ Sesuai Dengan Stail Hijabi Masa Kini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI