Walaupun disahkan menghidap kanser kolon tahap empat baru dua minggu lalu, Dr Anis Mardiana Abdullah tidak membenarkan penyakitnya itu menghalangnya menerima Doktor Falsafah (PhD) pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95.
Anis Mardiana, 45, yang tidak dapat berdiri lama akibat sakit, gagah berdiri untuk menerima PhD dalam bidang Pengangkutan dan Logistik daripada Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Tak Kekok Langsung Sekelas Dengan Bapa Sendiri. Seronok Sambut Hari Graduasi Bersama!
Dua anugerah hebat
Ibu kepada seorang anak itu berkata dia tidak mahu menyusahkan pegawai universiti tentang keadaannya dan dengan berani menahan kesakitan untuk menyempurnakan majlis pada hari bersejarahnya. Beliau juga berkata tidak menyangka akan terpilih sebagai penerima Anugerah Buku Inovasi Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).
“Semasa saya membuat PhD, saya tidak mengalami simptom serius, saya perasan tangan saya menggigil ketika menulis yang saya fikirkan kerana tekanan.
“Selepas tamat belajar, saya pergi membuat pemeriksaan dan mendapati saya menghidap kanser tiroid. Bagaimanapun, apabila kesihatan saya merosot, saya buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya menghidap kanser kolon tahap empat,” katanya kepada pemberita. ketika ditemui selepas konvokesyen.
ARTIKEL BERKAITAN: OKU Bukan Halangan Untuk Berjaya, Kisah Hijabi Ini Cetus Inspirasi
Tidak lepaskan peluang walau sarat mengandung
Anis Mardiana berkata, dia akan menjalani pembedahan bagi memerangi penyakit itu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM di Cheras, Kuala Lumpur, minggu depan.
Sementara itu, Dr Siti Shakinah Sobri, 36, yang menerima Ijazah Sarjana Patologi dan Anatomi berkata, walaupun dia sarat mengandung anak pertama, dia tidak mahu melepaskan peluang menghadiri konvokesyen itu. Dr Siti yang kini bertugas di bahagian patologi Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis berkata pada mulanya suaminya membantah dia menghadiri konvokesyen.
“Saya kini hamil 36 minggu, tetapi saya mahu datang kerana ingin berjumpa dengan rakan-rakan (rakan sekerja). Jadi suami menemani saya ke konvokesyen hari ini,” katanya.
Tengku Permaisuri Norashikin menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Perubatan kepada 116 graduan. Konvokesyen bermula hari ini hingga 21 Disember ini melibatkan 31,220 graduan yang akan menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: BERNAMA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI