Hijabi Ini Kongsi Tips Elak Kecut Jari Jemari Musim Sejuk Di Tanah Suci Yang Boleh Ganggu Perjalanan Ibadah.

Share

Mengerjakan umrah di masa sekarang tidak seperti zaman atuk dan nenek kita. Apatah lagi dari segi kemudahan dan pengangkutan juga berlainan dan amat berbeza. Jikalau dahulu kapal laut menjadi pengangkutan rasmi para jemaah, tetapi kini pelbagai syarikat penerbangan menawarkan perkhimatan pengangkutan unuk Jemaah yang berkunjung di tanah suci.

Hujung tahun antara fasa yang menarik menjadi kunjungan para Jemaah ke tanah suci Mekah dan Madinah. Meskipun kemudahan sudah bertambah mode nada juga perubahan yang ketara apabila mengunjungi tanah suci. Ramai para Jemaah mengerjakan umrah berkongsi bahawa cuaca di hujung tahun lebih sejuk dari biasa.

Ikuti perkongsian Hadayah Ahmad persediaan awal Jemaah untuk mengerjakan umrah hujung tahun di dalan entri facebook.

Alhamdulillah! Genap sebulan kami pulang dari Haramain. Pun masih rindu!

Khabarnya cuaca di Mekah kini mencapai 13 darjah celcius dan Madinah sekarang berada pada 8 darjah celcius. Lebih-lebih lagi bila waktu malam dan subuh. Sejuknya sampai ke tulang! Sampai kecut jari jemari! Semakin hari semakin sejuk sehingga Mac 2020 ini.

Betullah tu, apa-apa pun nikmat Allah. Rezeki buat kita juga yang belum Allah rezekikan merasa musim sejuk kat negara 4 musim yang lain, untuk dapat rasa musim sejuk kat Haramain. Kan?

Asbab perihatin pada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah pada musim sejuk ni, berikut adalah senarai barang-barang yang saya cadangkan mesti bawa dalam beg masing-masing untuk kesihatan, keselesaan dan keselamatan kita sepanjang di Haramain.

1. Baju sejuk.

PIC: Universal Traveller Koleksi Musim Gugur/Sejuk 2019-2020
  • Bawa dan pakai baju sejuk yang tebal yang ada kat rumah tu. Usah ‘under estimate’ musim sejuk dekat Arab Saudi ni. Walaupun kita maklum ia lebih dikenali sebagai tempat yang panas sebab ia negara padang pasir, tapi bila musim sejuk, dengan siap berangin lagi, sejuknya memang tak boleh bawa bincang! Menggigil!
  • Jadi, macam mana tebal pun kulit kita kat Malaysia ni tolonglah! Masa di Haramain waktu musim sejuk ni, tolong pakai baju sejuk untuk kesihatan diri. Bimbang kat sana kita kuatkan diri ok. Balik nanti, macam-macam penyakit boleh dapat. Tambah pulak dengan keadaan kita letih musafir, usaha pulun ibadah dan tak cukup tidur kan?
  • Ada satu lagi tip. Untuk yang ada bajet lebih lah ni. Kalau tak nak pakai baju sejuk tebal, boleh usha kat kedai sukan untuk beli ‘thermal clothes’. Ia boleh bantu panaskan badan kita. Kita ikhtiar je mana yang mampu.

2. Bawa dan pakai sarung tangan.

  • Yang paling bagus yang Thermal Glove juga. Tak cukup bajet? Takpe. Tak wajib pun beli yang mahal. Beli yang tebal kat Daiso RM 5 pun dah ok. Bila angin dingin kat sana bertiup nanti, baru kita tahu macam mana sejuknya cuaca kat sana. Rasa beku tangan dan kaki.
  • Tidur pun sebaiknya pakailah stokin tebal walaupun berselimut.

3. Hand warmer.

  • Ini ilmu baru saya belajar daripada ibu jemaah saya. Terima kasih banyak-banyak.
  • Dua kali dapat ihsan pek ‘hand warmer’ daripada mereka. Best! Dapat bantu saya panaskan tangan dan muka. Beli di Daiso juga katanya. Rugi saya tahu lewat tentang ‘hand warmer’ ni. Rasa nak balik Malaysia je gi beli banyak-banyak untuk kongsi dengan jemaah lain. Hmm takpe. Benda ni akan masuk senarai ‘gajet wajib bawak’ untuk trip umrah musim sejuk kami tahun-tahun akan datang! Lain kali bukan setakat hand warmer, body warmer pun saya beli nanti

4. Stoking tawaf dan saie.

  • Serius! Dalam cuaca sejuk macam ni, nak pijak lantai masjid pun rasa ngeri bila hanya pakai stokin biasa. Lebih-lebih lagi pada kawasan yang berhawa dingin! Sejukkk!
  • Jadi, pakailah stokin tawaf dan saie yang tapaknya lebih tebal dan ‘anti slip’ untuk keselesaan kaki kita yang nak pakai banyak tenaganya.

5. Pencuci & pelembab muka

PIC: harperbazaar.com
  • Ini penting untuk pelihara kebersihan & kelembapan kulit muka kita. Tidak kira waktu musim sejuk macam sekarang atau pun musim panas di Haramain. Dua ni memang bff saya sewaktu kerjakan haji (musim panas tahun 2017) dan setiap kali pergi umrah.
  • Bila muka kena angin sejuk tu, kulit muka kita akan terdedah dengan habuk, kotoran dan pasir halus yang lekat di muka. Ia juga jadi lebih mudah kering. Rasa tegang sangat kulit muka. Sakit rasanya bila kita biarkan tanpa beri dia perlindungan! So cuci sebersihnya dan spray pelembap muka dengan kerap ya! Boleh cari di ‘drugstore’ ikut bajet dan pilihan anda.

6. Pelembap bibir.

PIC: OPRAH MAGAZINE
  • Ini pun wajib bawa. Bibir kita akan mudah kering sepanjang kita di Haramain. Tak kiralah waktu musim sejuk atau pun panas. Nak cakap pun payah. Jika tidak diberi perlindungan, kulit bibir boleh terkopek dan akhirnya berdarah. Sakit tu!
  • Jenama yang orang selalu beli ialah vaseline. Ikutlah selera dan bajet masing-masing juga.
  • Pilihan saya? Lipmoist Rosella Naturel Kiss. Bebas bahan toksik! Selamat Insyaallah!

7. Losyen badan

PIC: PREVENTION.com
  • Ha yang ni pun wajib bawak tak kira musim juga.
  • Bila musim panas, kulit kita akan mudah kering, rasa tegang dan jadi macam bersisik. Sakit rasanya.
  • Bila musim sejuk macam baru ni, kulit lebih mudah kering, rasa tegang dan muncul pulak bintik-bintik merah kat kaki.
  • Paling tak tahan, bila kita pakai stoking kaki dan tangan warna hitam, kita buka je stoking, kita akan dapat lihat ada bintik-bintik putih kat stokin kita. Ingatkan apa. Rupanya itulah cebisan kulit mati yang tanggal sendiri daripada kaki kita. Bila kita gosok je tangan kat kaki atau tangan, uish kulit tu boleh tanggal dengan sendiri tau.
  • So bayangkan jika kita tak pakai langsung losyen? Jadi buatlah pilihan bijak.

Rasanya itu saja dulu perkongsian kali ini. Insyaallah lain kali kita kongsi-kongsi lagi. Semoga bermanfaat untuk semua.

SUMBER: Hadayah Ahmad

Published by
SH