Selain ruang tamu dan tandas, hiasan kamar tidur juga merupakan antara ruangan terpenting yang mampu menjadi cerminan kepada sikap seseorang individu. Jika bilik tidurnya kemas dan teratur bermakna pemiliknya seorang yang menitikberatkan kebersihan.
Tidak kiralah ruangan tidur di rumah mahupun di Asrama. Begitu jugalah sikap yang ditonjolkan oleh pemilik nama Nurul Sofia Azman, yang juga merupakan penuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Baru-baru ini video perkongsian idea dekorasi bilik tidur yang dimuatnaik olehnya menerusi satu hantaran video menjadi tular di aplikasi TikTok hingga meraih tontotan dan tanda suka yang tinggi dari warganet.
@ocpopusx tak puas lagi cuti senanya 🥲 #fyp #unilife #vlog #unipurple ♬ Cupid (Twin Ver.) – FIFTY FIFTY
Seperti mahasiswa lainya, Sofia mengakui bahawa dia juga tidak terkecuali mengikuti trend semasa iaitu gemar berkongsikan rutin harianya yang banyak berkisar mengenai kehidupan di kampus, kolej kediaman atau rumah sewa.
Namun, dia tidak pernah menyangka bahawa video perkongsian idea untuk mendekorasi kamar bilik tidur di asrama siswi akan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai hingga menjadi tular.
“Saya suka tengok tempat yang saya banyak habiskan masa kelihatan kemas. Ia membuatkan kita rasa motivated.
“Saya juga banyak tengok video dekorasi atau make-over bilik dekat TikTok. Secara tak langsung saya termotivasi bila tengok video seperti itu. Saya bersyukur dan terharu jika ada yang terinspirasi tengok video saya.
“Banyak hantar DM tanya beli barang di mana, siap ada yang request untuk buat room tour pula. Tak kurang juga, ada yang mengimbau rasa rindu kehidupan di kolej,” katanya.
Artikel berkaitan: Guna Cadar Patchwork, Pilih Tema Yang Betul & Rajin Buang Habuk, Ini Tip Agar Bilik Tidur Bersih & Nyaman
Menerusi video berkenaan, hijabi ini telah mendedahkan bagaimana cara dia mengemas almari serta barangan peribadi termasuk menghias meja belajarnya agar sentiasa kelihatan kemas dan teratur.
@ocpopusx kita buat laundry setiap selasa & jumaat #univlog #fyp #unilife ♬ Gone – 로제 (ROSÉ)
Tambah Sofia lagi, idea berkenaan merupakan idea yang tertunda untuk direalisasikan apabila negara mengalami wabak Covid-19 sehingga terpaksa melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lama.
“Sebelum ini ketika mengikuti pengajian peringkat diploma, kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi sesi pembelajaran hanyalah secara dalam talian (online) dari rumah.
“Kali ini apabila dapat menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan ditawarkan kolej kediaman, saya rasa teruja. Kalau ikutkan, masa diploma dulu dah beli macam-macam barang sebagai persediaan duduk kolej… tapi PKP pula.
“Jadi idea itu saya dapat realisasikan juga akhirnya kali ini,” ujar gadis berusia 21 tahun ini lapor sebuah laman infortainment tempatan.
Lebih menarik lagi, Sofia berkata dia hanya mengeluarkan modal sekitar RM100 sahaja, bagi tujuan membeli beberapa barangan untuk merapikan dekorasi bilik yang dikongsikan.
“Kebanyakan baranh saya beli secara dalam talian ataupun di kedai DIY saja. Konsepnya murah tapi berbaloi,” ujar penuntut semester dua, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa ini.
Sekadar info, video dekorasi bilik kolej yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 197,000 jumlah tontonan.
Sumber: Tik Tok @ocpopusx
Artikel berkaitan: “Bilik Sebelah-Sebelah, Jodoh Ke Tu?,” – Netizen ‘Approved’ Jika Shuib Bersama Nana!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.