Seringkali kunjung restoran yang menghidangkan makanan ala hidangan Negara Thailand pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia sebalik keenakan hidangan itu. Malah jika di buat sendiri rumah pasti serba tak jadi.
Nak tahu apa bahan yang digunakan? Perkongsian hijabi ini pasti masakan anda sedap ala kedai Thailand. “Korang kena guna bahan masakan daripada negara seberang itu, kalau dulu setiap kali ‘travel’ baru dapat beli, sekarang semua bahan tu mudah didapati,” ujar Trisya Aman.
Produk yang saya kongsikan ni versi yang halal dan selamat untuk digunakan. Jom lihat senarai bahan penyedap masakan ala Thai yang menariknya Hijabista sertakan para link untuk anda terus beli atas talian:
ARTIKEL BERKAITAN: Penggemar Masakan Thai, Pasar Raya Baharu Inilah Lubuknya. Konsep Membeli Sambil Berinfaq.
Kalau dah letak kicap bukit ni tak perlu letak seasoning dah. Rasa dia sama macam Maggi seasoning.Tukang masak Siam cakap jangan bagitahu siapa-siapa. Kicap ini juga sesuai digunakan dalam masakan sayur goreng.
BELI SINI:
Nampla brand yang ni sedap sangat! Kalau yang jenis lain tu dia hanyir sikit & bau kuat sampai loya tekak. Nampla juga adalah bahan wajib yg digunakan dalam masakan Thailand sebagai pengganti garam.
BELI SINI:
Bukan warna masakan yang menjadi kecur air liur, tetapi sos labu adalah penyedap masakan daging masak merah atau paprik. Ni lah rahsia kedai Siam!
BELI SINI:
Pes cili thai adalah bahan yang biasa digunakan dalam masakan Thai. Ia pedas dan manis, dengan rasa yang kaya dengan sayur-sayuran panggang dan sering diperkaya dengan udang. “Paste ni paling sedap! Kalau buat tomyam atau perap daging pun sesuai. Kalau korang tak percaya boleh tanya tukang masak Siam,” ujar Trisya Aman.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Ini Kongsi Pes Tom Yam Yang Wajib Dibeli Kalau Nak Sedap Macam Masakan Thai Asli
BELI SINI:
Gula kabung gula Thai khusus untuk buat som Tam, jenis kerabu sambal, Maggi dan banyak lagi, Nanti rasa masakan korang lagi ‘kick’!
BELI SINI:
Bawang putih jeruk mempunyai sejumlah besar protein, juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, kaya juga vitamin C, bawang putih jeruk juga mengandung tii, riboflavin, niacin, allicin, citral, juga mengandung unsur-unsur jejak yang kaya seperti selenium dan germanium. Pickled Garlic brand yang ni sedap. Rasa manis dan masam sikit. Sedap dimakan dengan Nasi Kerabu sebagai penambah perasa dalam makanan.
BELI SINI:
Ikan Tenggiri Jeruk memang sangat enak jika digoreng bersama bawang. Kalau goreng kosong pun sedap. Lepas tu cicah dengan sambal. Tetapi kalau di restoran Thai Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin antara menu yang wajib ada.
BELI SINI:
Tepung Kruawangthip ni wajib restock setiap rumah! Yang ini tepung mix flavor Pepper & Garlic. Siapa tak suka boleh ambil original flavor.
BELI SINI:
Senang je kan nak bagi masakan korang rasa sama macam kedai Siam. Jadi lepas ni cari bahan-bahan ni baru sedap makanan tu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.