
Isi Kandungan
ToggleSebagai peniaga makanan, jika niat berniaga itu tulus dan ikhlas menawarkan kepada pelanggan, makanan yang sedap dan murah pastinya Allah akan memberikan rezeki yang mencurah-curah dan berlipat ganda.
Begitulah yang berlaku kepada hijabi ini yang menawarkan jualan kek dengan harga murah dan ‘tak masuk akal’ kepada pelanggan, malah rasa kek yang dijual juga enak dan boleh diterima tekak menjadikan gerai kek miliknya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Kek RM1 Laku Keras! 1,500 Potong Kek ‘Lesap’ Sekelip Mata!
Watch on TikTok
Penjual kek berkenaan yang dikhabarkan meniaga di sekitar Sungai Petani, Kedah menjadi tular dalam satu rakaman video TikTok ‘Projek Kek RM1’ yang dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun @afizahbakery.sp.
Dalam video berkenaan pengusaha Afizah Bakery itu mendedahkan bahawa beliau tidak sempat untuk menyusun kek potong yang ditawarkan dengan harga RM1 itu, ekoran gerainya sering diserbu pelanggan sebaik sahaja ianya dibuka.
Menurutnya lagi, sebanyak 1,500 kek akan lesap dan habis terjual dalam sekelip mata sahaja, meskipun beliau hanya mengadakan projek kek RM 1 itu pada hari cuti hujung minggu sahaja, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
Hijabista difahamkan, penjualan kek yang laris ini adalah kerana harga kek yang ditawarkan terlalu rendang berbanding harga kek potong di pasaran. Malah, kos pembuatan dan penyediaan kek yang kian meningkat juga menjadi punca kek dengan harga bajet seperti ini laris bak ‘goreng pisang panas’.
Artikel berkaitan: “Siapa Kata Tiada Keuntungan?” – Peniaga Ini Syukur Keluarga B40 Dapat Makan Siang Dan Malam Dengan Menu Rahmah
Tambahan pula, di zaman harga barang naik dan inflasi kini, tidak semua orang mampu mengeluarkan modal yang besar demi meuaskan nafsu menjamah sepotong kek.
Justeru, promosi kek dengan harga rendah seperti ini dalam masa yang sama ibarat ‘berniaga sambil bersedekah’ dan memberi situasi menang-menang (win-win) kepada peniaga dan pembeli.
Lebih menarik lagi, jika trend ‘Projek Kek RM 1’ ini dapat menjadi role-model dan menjadi ikutan peniaga lain.
Sama seperti ‘Menu Rahmah’ yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini sebagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan inflasi khususnya golongan B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.
Walaupun RM1, Kalau Aku Beli Dah Jadi Puluh Ringgit . Jenis Nak Rasa Semua!
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantarab berkenaan untuk melihat respon dan maklum balas wargamaya tentang perkara ini.
Rata-ratanya, memuji tindakan perniaga ini serta meninggalkan komen yang positif dan optimis. Malah, ramai yang teringin pergi membeli kek di gerai berkenaan dan ada juga yang meluahkan rasa hampa kecewa kerana gerai kek tersebut berada jauh utara.
Berikut merupakan beberapa komen netizen yang berjaya meraih perhatian Hijabista;
“Walapun RM1, kalau aku beli dah jadi puluh ringgit. Jenis nak rasa semua 😂😂😂😂
“Bagus idea ni, sebab kadang-kadang tu satu slice, 3 hari nak habiskan hahaha..
“Adoii.. kenapa lah kat kedah,” ujar netizen
Hijabista mendoakan agar Afizahbakery.sp kekal istiqamah menjalankan perniagaan seperti ini yang berjaya membantu netizen atau warga Sungai Petani secara tidak langsung.
Sumber: Tik Tok @afizahbakery.sp.
Artikel berkaitan: “Datang Lah Sini Setiap Kali Lapar”-Tak Berkira Bagi Makanan ‘Free’ Kepada Pakcik Tua, Ramai Doakan Peniaga Ini Murah Rezeki
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 ‘Petua’ Diamalkan RIA RICIS Untuk Menjadi Content Creator Yang Berjaya & Terkenal

Ria Ricis dikenali sebagai YouTuber wanita pertama yang mempunyai jumlah subscriber terbesar di Asia Tenggara. Pasti ada yang berimpian mahu berjaya seperti Ria Ricis, kan?

Berikut 5 ‘petua’ daripada YouTuber dengan 35.9 juta subscriber ini.
Pemilik nama penuh Ria Yunita ini terkenal dengan karakter yang nakal, menarik, kelakar serta comel. Pelbagai keistimewaan yang ada pada Ria Ricis membuatkan dia menarik di media sosial.

Daripada menjadi YouTuber, Ria Ricis menceburi dunia nyanyian dan lakonan. Dia telah mengeluarkan beberapa lagu single.

Adik kepada Oki Setiana Dewi ini juga pernah membintangi sekurang-kurangnya 10 buah filem.
BACA JUGA: “Ikan Duyung Versi Bertudung, Cantiknya!” RIA RICIS Suka Hobi Lasak, Siap Ada Lesen Diving Profesional
Niat
Menurut Ria Ricis, jika anda ingin menjadi content creator perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mempunyai niat. Jika mengikut sahaja tak akan bertahan lama.

Konsisten
Ria Ricis juga berpendapat, jika ingin menjadi content creator, konsistenlah dalam mencipta kandungan. Konsisten akan menjadikan anda lebih dikenali.
Mental Yang Kuat
Pelakon filem Wedding Agreement ini berkata, jika anda konsisten dan benar-benar serius mencari pendapatan di media sosial, anda perlu tabah terutama dari segi mental.

Elakkan Clickbait
Ria Ricis menekankan, jika mahu menjadi content creator anda harus mengelak daripada membuat video dengan tajuk clickbait kerana ia boleh mempengaruhi kepercayaan penonton.

Pun begitu, kata Ria Ricis ada sesetengah content memerlukan clickbait kerana dalam keadaan buntu barulah boleh digunakan.
Reaksi Terhadap Haters
Jika sering mendapat komen negatif, Ria Ricis berpendapat usah membalasnya. Yang penting lakukan perkara yang anda fikir positif.

Cari dan lakukan apa sahaja yang boleh menaik taraf kepada sesuatu yang lebih baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sherry Ibrahim & Didiyana Ehsan Kongsi Tip Penampilan Menarik, Elak Rambut Berbau Di Sebalik Hijab

Sebagai wanita berhijab yang sentiasa on the go, pastinya penampilan harus dititik beratkan. Bukan sahaja tampil cantik dari segi penggayaan busana, tetapi haruslah tampil cantik secara keseluruhan. Sayangnya kalau stail dah on point tetapi, rambut berbau dek penjagaan rambut yang tidak rapi.
Masalah bau kepam di sebalik hijab terjadi apabila wanita tidak mengeringkan rambut dengan baik. Apabila memakai hijab dengan rambut yang masih lembap, maka timbul bau tidak menyenangkan. Mungkin diri sendiri tidak perasan, tetapi orang sekeliling akan berasa tidak selesa. Bayangkan gaya dah menang, tapi berbau. It is a big no no!
Mengakui masalah rambut berbau bukan asing bagi wanita, dua figura popular dunia seni dan fesyen tanah air, Sherry Ibrahim dan Didiyana Ehsan berkongsi cerita ‘rambut’ mereka. Tampil berkongsi kisah berdama Hijabista, mereka memiliki pengalaman tersendiri tentang rambut yang berbau.
“Kalau untuk saya sendiri, cuci rambut setiap hari kerana apabila kita berhijab pastinya kulit kepala akan berpeluh. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu mencuci rambut setiap hari, cucilah rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali. Kemudian bila sudah cuci, pastikan keringkan rambut betul-betul.
“Jangan sesekali pakai tudung ketika rambut masih lagi basah, pilih syampu dan perapi yang bersesuai dengan keadaan rambut dan jangan lupa menggunakan serum rambut. Boleh pergi ke salun dan minta nasihat tentang perkara ini. Kalau nak tahu, bila dah berhijab, rutin penjagaan rambut akan menjadi lebih ekstra sebab rambut akan lebih terperap lama dan berpeluh,” ujar penata gaya hijab yang selesa dipanggil Didi ini.
Bagi Sherry Ibrahim pula, dia berpendapat yang penjagaan rambut adalah perkara penting yang perlu diutamakan wanita berhijab. Baginya, “Wanita perlu faham jenis rambut dan kulit kepala. Kita kena tahu jenis rambut barulah kita akan boleh beli produk yang bersesuaian untuk digunakan setiap hari. Produk rambut dan kulit kepala berbeza.
“Bagi mereka yang berhijab, saya saran agar melakukan rawatan sebulan sekali untuk rambut dan kulit kepala. Sebenarnya bila berhijab ni, banyak benda yang perlu kita jaga. Penjagaannya menjadi lebih banyak. Selain syampu, perapi gunakan juga tonik rambut. Lastly, jangan lupa keringkan rambut dengan baik sebelum pakai hijab. Rambut yang basah menimbulkan bau kepam yang kurang menyenangkan.”
Keringkan rambut #siapquickly
Jika dilihat daripada perkongsian dua figura popular ini, pengeringan yang tepat sangat penting dalam langkah penjagaan rambut. Jika behijab lebih perlu extra care apabila melakukan pengeringan. Mengambil langkah terbaik, mereka turut berkongsi mengenai pengering rambut Dyson Supersonic yang efektif untuk membantu hijabi di luar sana siap quickly.
“Saya suka Dyson Supersonic sebab pengawalan haba yang sangat bagus. Kalau sesiapa yang pernah produk ini dan produk pengering rambut lain, ada perbezaannya. Dyson Supersonic habanya boleh dikawal dengan baik dan sewaktu saya cuba ia tidak menyakitkan kulit kepala.
Bagi saya orang yang bertudung, semestinya produk ini harus dibeli sebab ia adalah satu pelaburan yang bagus, bahkan ia turut didatangkan dengan peralatan lain yang sangat best. Bukan sahaja untuk orang bertudung, orang tak pakai tudung pun boleh guna,” kongsinya tentang Dyson Supersonic.
Bagi Sherry pula, pengalamnnya menggunakan Dyson Supersonic sangat menyenangkan tambahan pula untuk wanita yang mahu siap quickly. Ujarnya, “Pengering rambut sangat penting sebab kita perlu mengeringkan rambut dengan baik sebelum mengenakan hijab. Kita bukannya hairstylist, jadi Dyson supersonic sangat best sebab ia cukup mudah digunakan, ringan dan senang dibawa untuk mengenbara.
“Dyson Supersonic ni tidak mengeluarkan haba yang terlalu panas, jadi sesuai untuk kesihatan rambut. Kadang-kadang kalau menggunakan pengering biasa haba yang terlalu panas merosakkan rambut dan kulit kepala. Perkara ini harus dititik beratkan. Pembelian produk Dyson Supersonic ini merupakan pelaburan yang bagus.”
Mendengar perkongsian dua hijabi popular ini, sangat penting untuk menjaga rambut dan kulit kepala biar pun berhijab. Dengan pengering rambut Dyson Supersonic, hijabi di luar sana boleh siap quickly tanpa sebarang masalah. Bersiap dengan pantas, rambut terjaga rapi dan tiada bau kepam biarpun seharian kepala terlindung di sebalik hijab.
Untuk pengetahuan pembaca Hijabista, dihasilkan dengan objektif menjaga kulit kepala, Dyson Supersonic dilengkapi dengan pengalir angin mudah alih yang senang dipasang dan dicabut bagi memberikan pengaliran angin yang lebih lembut dan mengeringkan dengan cepat.
Maklumat lanjut mengenai Dyson Supersonic DI SINI
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Kusam , Bersisik Dan Tidak Bermaya, 10 Cadangan Masker Wajah Terbaik Untuk Kulit Kering

Isi Kandungan
TogglePenampilan kusam, bersisik, dan disertai rasa gatal hadir setelah kulit kekering timbul di wajah anda. Gunakan masker wajah untuk membantu kulit wajah peroleh kelembapannya kembali. Produk yang tinggi kandungan pelembap (moisturizer) dapat meningkatkan kelembapan wajah semasa dan setelah perawatan.
Banyak produk mengeluarkan masker berbentuk sheet, peel-off, dan wash-off yang sesuai untuk kulit kering. Pastikan anda tidak salah pilih, berikut kami berikan panduan memilih masker wajah beserta cadangan terbaik. Mari perbaiki keadaan wajah kering anda!
Faktor Pendorong Kulit Wajah Kering
Di bawah kulit terdapat kelenjar minyak (sebaceous glands) yang bertugas mengeluarkan minyak, atau sering disebut sebum. Apabila terjadi suatu keadaan yang mendorong kalenjar tidak berfungsi seperti kelenjar minyak, lemak, dan zat lain tidak boleh dikeluarkan, sehingga elastisti dan kelembapan kulit pun menurun. Keadaan ini yang dinamakan kulit kering.
Faktor utama yang menyebabkan kulit kering adalah hilangnya kemampuan sebaceous glands mengeluarkan minyak. Akan tetapi, faktor tersebut terjadi diakibatkan perkara lain. Ketika berada di ruangan bersuhu rendah, seperti ruangan ber-AC misalnya, keadaan ruangan yang dingin lama-kelamaan menyebabkan lapisan pelincir kulit menguap dan berdampak pada kulit kering.
Penggunaan face wash dengan daya eksfoliasi kuat juga membuat wajah kering, apalagi dipakai berlebihan dalam sehari. Paparan unsur kimia seperti klorin ketika berenang juga mendorong kekeringan kulit. Di samping itu, kebiasaan mandi terlalu lama dengan air hangat dapat mengurangkan kadar air dan minyak di wajah.
Sejumlah keadaan medik, seperti hipertiroidisme, eksem/dermatitis atopik, psoriasis, dan dermatitis seboroik merupakan gangguan yang berpeluang medorong kulit wajah menjadi kering. Untuk mengatasi wajah kering, anda perlu rutin menerapkan masker wajah yang difungsikan meningkatkan hidrasi, mengunci kadar air, serta mendorong kembali kemampuan kelenjar minyak melakukan peranannya secara maksima.
Cara Memilih Masker Wajah untuk Kulit Kering
Bagiamana kriteria masker wajah yang bagus untuk mengatasi kulit kering? Jawabannya dapat anda ketahui di bahagian ini. Kami akan menjelaskan poin-poin dan tip memilih masker wajah untuk kulit kering, dari mulai pemeriksaan bahan utama, label produk, bentuk masker, hingga formula penyokongnya. Semak dengan teliti, ya!
Pilih yang Bahan Utamanya Efektif Melembapkan Kulit
Masker wajah dengan fungsi utama melembapkan kulit umumnya mengandung lebih banyak bahan aktif. Beberapa komponen terkenal akan efek moisturizing, seperti hydrolyzed collagen, elastin, avocado extract, vitamin E, dan oatmeal misalnya. Setiap bahan tersebut juga dapat membantu meredakan inflamasi pada kulit sensitif yang mulanya disebabkan oleh kulit kering.
Adapun bahan lain golongan essential oil terkenal efektif melembapkan kulit. Calendula oil, jojoba oil, aloe vera oil, dan argan oil, semua unsur tersebut akan membantu menyeimbangkan minyak alami kulit. Bacalah komposisi pelembap pada produk masker yang hendak anda pilih, kemudian pastikan tertera beberapa kombinasi bahan tersebut agar kelembapan kulit anda meningkat.
Selain bersifat Moisturizing, Pastikan juga bersifat Hydrating dan Nourishing
Masker wajah yang mencantumkan keterangan “moisturizing” mungkin menarik perhatian anda. Namun perlu ketahui, produk bersifat “moisturizing” hanya fokus mempertahankan kelembapan kulit. Masker ini mengandungi beragam minyak alami yang ditujukan menghambat penguapan air pada permukaan kulit. Dengan kata lain, masker wajah berlabel “moisturizing” hanya bertindak mengunci kelembapan.
Sementara itu, ketika jumlah minyak tidak cukup, kelenjar sebasea akan kesulitan menarik keluar zat-zat pelumas kulit. Untuk itu, sebaiknya Anda pilih masker wajah yang diperkaya bahan penghidrasi kulit. Produk dengan fungsi hydrating umumnya berbentuk water-based alias bertekstur cair sehingga formula penghidrasinya lebih cepat meresap ke dalam kulit.
Perkara lain yang perlu anda ketahui, bertambahnya usia, kemampuan kelenjar minyak akan menurun. Jika anda mengalami kulit kering akibat keadaan ini, kami menganjurkan anda memilih masker wajah yang dibekali manfaat nourishing. Nourishing mask sangat tegang dalam meningkatkan minyak alami wajah agar sentiasa lembap. Selain itu, masker tersebut juga tinggi kandungan nutrisinya.
Pilih berdasarkan jenis Masker yang tidak menimbulkan Iritasi
Mereka yang kulit kering perlu menghindari masker berbahan dasar abu vulkanik (clay). Ada tiga jenis masker yang ideal dipadankan dengan kulit kering, iaitu sheet mask, peel-off mask, dan wash-off mask. Dari ketiga jenis masker ini, masing-masing memiliki kriteria tersendiri. Bacalah poin-poin berikut agar anda memperoleh gambaran jenis mana yang paling sesuai dengan anda.
Sheet Mask, masker berbentuk lembaran yang terasa sejuk
Sheet mask adalah masker wajah yang sangat unggul dalam melembapkan, menyegarkan, dan mengenyalkan kulit wajah. Produk ini mengutamakan fungsi tersebut, sehingga anda tidak boleh berharap adanya fungsi pengangkatan kotoran atau sel kulit mati.
Bila wajah kering disertai kusam akibat tumpukan sel kulit mati, sheet mask boleh dipilih untuk mewujudkan kulit wajah lembap dan elastik. Bentuk lembaran, masker ini begitu popular akan kepraktikannya. Cukup dipasang mengikut kontur muka, lalu dibiarkan 10 – 15 minit, wajah akan terasa lembut, lembap, dan segar seketika.
Peel-off mask, angkat kotoran dan sel mati pada wajah bertekstur
Masker peel-off boleh digunakan untuk melembapkan wajah sekaligus membersihkan kotoran yang melekat di permukaan mahupun menyelinap di dalam pori. Peel-off mask, sesuai dengan namanya, diaplikasikan dengan cara disapu dan dikupas setelah kering.
Jenis masker ini biasanya bertekstur gel yang akan mengering ketika didiamkan beberapa saat. Hasil yang ditawarkan peel off-mask tidak hanya kulit lembap dan bersih, tetapi kulit wajah terasa lebih tegang. Jika keadaan wajah anda memerlukan penggunaan peel-off mask, sebaiknya lakukan uji senstiviti dulu agar tidak muncul reaksi alergi.
Wash-off mask, membuat wajah lembap dan anjal setelah dibilas
Wash-off mask bererti masker yang harus dibilas sehabis penggunaan. Masker jenis ini dibezakan lagi menjadi beberapa kategori seperti cream mask, gel mask, dan sleeping mask. Walau terkategori sebagai wash-off mask, sleeping mask atau overnight mask tidak perlu dibilas kerana jenis masker ini akan menyerap ke lapisan kulit dan bekerja sepanjang malam.
Cream mask adalah jenis masker tinggi kandungan minyak dan bahan pelembap lain yang bagus untuk kulit kering. Bagi anda yang berkulit sensitif, lebih baik menggunakan gel mask. Saat terjadi iritasi, masker jenis gel juga dapat dipakai untuk meringankan iritasi.
Periksa bahan penyokong untuk mengatasi permasalahan lain
Berkurangnya minyak pada wajah tidak sekadar membuat wajah kering. Saat terpapar sinar UVB, tidak tersediaannya kelembapan akan membuat kulit tampak kusam akibat timbul noda hitam efek pigmentasi. Anda perlu masker yang mampu merevitalisasi agar kulit lembap dan cerah kembali. Pengilang biasa menambahkan bahan kandungan mutiara, niacinamide, dan rice extract untuk fungsi mencerahkan wajah.
Kulit kering disertai iritasi dan jerawat berpotensi memunculkan peradangan. Carilah produk berkomposisi tea tree oil, honey extract, dan pastikan pula bahan minimum untuk membantu menenangkan kulit. Apabila anda mulai didatangi tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur, garis halus, dan pelbagai lagi, firming mask akan membuat wajah anda kembali tegang. Produk berkandungan kolagen juga efektif meningkatkan elastis kulit.
10 Cadangan Masker Wajah Terbaik untuk Kulit Kering
Kesepuluh masker wajah ini telah dibuktikan banyak orang kembalikan daya melembap kulit muka yang sangat baik. Anda boleh semak sendiri kualitinya di Youtube mahupun personal blog yang review produk-produk tersebut. Jadi, kami ucapkan selamat menentukan!
1. Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask
Kombinasi bahan alami untuk melembapkan, menutrisi, dan melembutkan kulit
Dua komposisi utama penghidrasi kulit pada masker keluaran Kiehl’s ini akan membuat anda senang. Jelas saja, di samping mempertahankan kelembapan kulit, ketersediaan avocado oil dan evening primrose oil menutrisi kulit agar kembali segar dan terasa lembut. Anda yang mengalami permasalahan kulit sensitif, masker satu ini takkan menyebabkan iritasi. Cukup didiamkan selama 15 minit sehabis perataan, kandungannya bekerja lembut mengatasi kekeringan yang terjadi di lapisan dasar kulit. Supaya maksima, dicadangkan penggunaan 3 kali seminggu.
2. Freeman Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask
Bukan hanya lembap, namun cerah juga!
Freeman adalah brand kenamaan asal Los Angeles yang menawarkan banyak varian masker. Pada seri Beauty Infusion, masker berkonsentrasi water gel satu ini berperanan baik menghidrasi kulit wajah secara segera. Segala complexion bersifat negatif pada wajah anda akan sirna dalam waktu singkat olehnya.
Kemasan tube-nya mempermudah anda setiap kali mengeluarkan gel mask. Sesuai nama produk ini, Feeman menyertakan kebaikan cactus flower extract dan cloudberry seed oil yang berfungsi melembapkan kulit kering secara segera, serta menghasilkan tekstur kulit lembut dan tampak cerah.
3. Harlette Oatmilk Sleeping Mask
Waktu tidur menjadi momen berharga untuk perbaiki keadaan kulit
Adakah kulit kering anda diiringi kewujudan jerawat? Masker Harlette mengabungkan oat, susu, dan kolagen yang mampu mengurangkan angka pembentukan jerawat. Cara kerja masker berbahan alami ini adalah dengan menutrisi wajah sehingga sihat, kecerahan, dan keanjalan kulit meningkat.
Bukan hanya berperanan sebagai acne-fighter, Harlette Oatmilk Sleeping Mask juga keadaankulit wajah yang sensitif secara berperingkat. Berbeza dengan kebanyakan masker untuk kulit kering, Harlette mereka produk ini dalam bentuk sleeping mask. Jadi, anda tidak perlu menyediakan waktu perawatan khusus kerana produk ini berlangsung selama anda terlelap.
4. Etude House 0.2 Therapy Air Mask – Pearl
Mengandung 7-free essence menembusi ke lapisan kulit
Sheet mask besutan Etude House ini populer di pasaran. 0.2 Therapy Air Mask varian pearl terbuat dari susunan ekstrak mutiara sebagai bahan pencerah wajah. Selain itu, kehadiran niacinamide akan memaksimalkan efek kilau yang diberikan oleh ekstrak mutiara.
Masker lembaran ini dicadangkankan untuk anda yang bermaksud membebaskan tampilan wajah kusam dan lelah. Sehabis perawatan, kulit wajah anda akan terhidrasi sehingga kulit kering bukan lagi persoalan. Tututan hypoallergenic dari produk asal Korea Selatan ini menjadikannya selamat untuk kulit sensitif.
5. Laneige Water Sleeping Mask
Malam anda semakin terasa nyaman!
Tidak hanya wanita, melainkan para jejak pun sudah banyak yang tertarik dengan sleeping mask ini. Laneige Water Sleeping Mask begitu praktik digunakan. Sangat sesuai untuk digunakan oleh anda yang kekurangan waktu untuk merawat wajah. Cukup disapukan sekata ke permukaan wajah, seluruh kandungannya akan bekerja selama anda tertidur nyenyak!
Paparan matahari yang merusak kulit serta menjadikannya kusam dan kering akan direvitalisasi oleh masker ini. Teknologi Sleep-Tox memberiakn kesan peremajaan kulit dalam semalam. Sokongan Moisture Wrap berkomposisi beta-glucan, ekstrak akar mawar malam, dan ekstrak aprikot Hunza membantu kulit peroleh kelembapan sepanjang malam.
6. Fresh Rose Face Mask
Terbukti secara klinikal menghidrasi, menenangkan, dan menganjalkan kulit
Fresh Rose Face Mask diperkaya ekstrak porphyridium cruentum atau microalgae extract untuk menghidrasi kulit secara intensif. Sensasi sejuk ekstrak mentimun, gel lidah buaya, dan air mawar di dalamnya turut hadir menambah kelebihan produk ini.
Fresh telah teruji masker ini selama 4 minggu. Hasilnya, lebih dari 90% merasakan kesan hidrasi, menenangkan, dan keanjalan kulit meningkat. Bagi anda yang sehariannya lebih aktif di luar ruangan, waspadalah terhadap radikal bebas yang merosak sel kulit. Segera gunakan produk ini, ekstrak teh hijaunya menyimpan senyawa antioksidan yang akan melindungi dampak negatif radikal bebas.
7. The Body Shop British Rose Fresh Plumping Mask
Masker beraroma harum untuk tingkatkan kelembapan dan skin tone wajah
The Body Shop ini terinspirasi oleh ritual bathing orang-orang Eropa. Bertekstur gel dingin menyegarkan, masker berkomposisi utama bungaan dan aloe vera ini membuat kulit wajah anda lebih lembap sekaligus terasa lembut ketika disentuh.
Penampilan muda berefek dewy juga bakal anda nikmati setiap kali memakai produk ini. The Body Shop memastikan formulanya aman dari paraben, paraffin, silikon, dan mineral oil. Aplikasikan produk ini dengan tangan, atau Anda boleh juga menggunakan facial mask brush resmi The Body Shop untuk memudahkan perataan masker.
8. Garnier Black Serum Mask Pure Charcoal Black Algae
Keperluan serum dipenuhi hanya dalam 15 minit penggunaan
Sheet mask rumusan Garnier mengandung konsentrasi serum yang pekat. Hanya memakan waktu 15 minit, keperluan wajah terhadap serum selama 1 minggu dipenuhi hanya dalam 1 hari perawatan. Kerana mengandung charcoal, produk ini lebih sesuai dipilih oleh anda yang memiliki kulit kombinasi kering dan berminyak.
Kandungan charcoal akan menyerap kotoran dari pori hingga menyeluruh. Didukung black algae extract, pori-pori telah dibersihkan. Walau sheet mask ini dibekali fungsi pengangkat kotoran, pasca perawatan wajah tetap lembap berkat hyaluronic acid dan lipohydroxy acid di dalamnya.
9. Innisfree My real squeeze mask – manuka honey
Membuang sel-sel kulit mati
Topeng yang sangat menarik kerana ia dari madu manuka yang menjadikan kulit anda lembab dan anjal selepas penggunaan. Selain itu, ia juga membantu merawat kulit anda yang kering agar membuang sel-sel kulit mati. Anda dapat merasai kesannya sendiri dengan hanya sekali penggunaan. Dengan pemakaian yang berterusan kulit anda akan lebih anjal, licin dan kekal lembap. productnation
10. Kiehl’s Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque
Optimal meredakan beragam bentuk iritasi pada kulit sensitif
Face mask dalam bentuk gel dihadirkan Kiehl’s untuk anda yang menghadapi permasalahan kulit sensitif dan kering. Ekstrak calendula dan aloe vera yang tersimpan akan masuk ke lapisan kulit untuk mendukung pekerjaan kelenjar minyak dalam melembapkan wajah, serta menenangkan kulit akibat beragam faktor yang mendorong iritasi.
Saat kulit mengalami kepekaan fotosensitif atau ruam kemerahan yang muncul dikeranakan paparan cahaya matahari, masker wajah ini boleh Anda andalkan sebab menawarkan sensasi dingin sekaligus hydrating effect. Berkat fungsi skin revitalizing-nya, bentuk kerosakan internal akibat kulit sensitif akan pulih seiring waktu.
Kulit kering perlu ditangani oleh produk yang mampu melembapkan kulit. Di samping kesepuluh masker di atas, anda juga boleh mengutamakan sheet mask yang tidak perlu effort lebih saat melakukan perawatan wajah.
Selain itu, sleeping mask menjadi salah satu produk yang termasuk unggul periperkara melembapkan wajah. Anda boleh pilih salah satu di antara kedua tipe masker ini untuk melembapkan kulit kering.
Pilihlah masker wajah yang bertindak baik melembapkan kulit wajah. Anda yang dengan atau tanpa mengalami kulit sensitif juga perlu memperhatikan zat-zat aditif seperti alkohol, paraben, pengharum, alpha hydroxy acid (AHA) dan retinoid agar tidak terjadi iritasi (breakout).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI