Bukan sehelai dua, tapi banyak keluhan hijabi dihambat masalah rambut gugur yang teruk hingga akhirnya ditemukan penyebabnya sis mesti ambil tahu!
Kesihatan rambut merupakan hal penting yang tidak boleh diabaikan. Namun bagi golongan Muslimah, memakai hijab bagai ‘menjemput’ masalah kesihatan rambut yang tersendiri umpamanya rambut gugur dan rosak.
Puncanya pelbagai tapi majoriti hijabi mengakui faktor rambut lembap ketika berhijab membawa padah. Selain merosakkan akar dan batang rambut, kulit kepala juga berkelemumur. Ikatan rambut yang terlalu ketat turut menyebabkan rambut rapuh dan gugur.
Yakin rambut yang berhijab terhindar daripada panas dan debu kotoran? Usah lupa kulit kepala yang berpeluh juga meningkatkan bilangan bakteria dan kuman, sekaligus membuat rambut berbau kepam.
Bayangkan situasi di bawah sis. Saat bekerja dengan sahabat lain, agaknya masing-masing tentu bercakap dalam hati, so pastikan kita menjaga kebersihan serta kesihatan rambut sebaik mungkin ya!
Bukan sehelai dua yang gugur, tapi banyak! Inilah rungutan hijabi dihambat masalah rambut gugur yang teruk, justeru kenal pasti penyebabnya segera.
ATASI RAMBUT GUGUR
1. Tanggalkan hijab selepas pulang ke rumah untuk memberikan udara kepada rambut.
2. Sikat rambut sebelum bersyampu, langkah ini membantu merangsang pengaliran darah ke kulit kepala yang menumbuhkan rambut.
3. Menggunakan syampu yang bersesuaian. Ada sesetengahnya tidak perlu disyampu setiap hari kerana boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan.
4. Pastikan rambut benar-benar kering sebelum berhijab.
5. Pilih hijab yang baik dan nyaman pada kulit. Kain jenis kapas membenarkan rambut dan kulit kepala bernafas.
Selain itu, perhatikan juga diet serta tabiat gaya hidup harian. Ingat sis, rambut gugur sama sekali tidak disebabkan oleh suruhan Allah SWT agar kita berhijab, melainkan terjadi kerana kebiasaan sehari-hari!
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/kuasa-minyak-argan-untuk-kesihatan-rambut-gadis-hijabi-patut-amalkan-di-rumah/