Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air kecoh apabila beberapa pasangan artis yang mengambil keputusan untuk bercerai dan mengakhiri bahtera perkahwinan mereka meski jika dilihat pada mata kasar seperti bahagia dan tidak mempunyai sebarang pergolakkan.
Antara artis yang nekad untuk melabuhkan tirai bahtera rumah tangga mereka adalah Alif Aziz, Bella Astillah, Nora Danish, Irma Hasmie, Erynne Erynna, Emma Maembong dan yang terbaharu pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura yang menggamatkan dunia seni semalam (7 Oktober 2024)
Sehubungan itu, HIJABISTA terpanggil untuk mendapatkan sudut pandang rakan artis, bekas pengacara, model hijab yang juga usahawanita tudung berjaya, Ameera Zaini yang mengutarakan pendapatnya tentang isu penceraian antara artis yang boleh diibaratkan bak ‘Cendawan tumbuh selepas hujan’ ini.
Tak Berani Nak Komen Lebih Pasal Isu Penceraian Rakan Artis – Ameera Zaini
Ketika ditemui team HIJABISTA, pada majlis pelancaran butik Ameera Zaini terbaharu yang mengetengahkan konsep ‘Butik Cafe’ di Aeon Mall, Shah Alam di bawah jenama Ameera Zaini. Ini respon yang diberikan Ameera ketika mengulas berkaitan isu penceraian dan musibah perkahwinan yang melanda rakan artis.
Menurut Ameera, dia bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan berhubung isu ini, memandangkan bahtera perkahwinan yang dilayarinya kini masih hijau, apabila meniti tahun kesembilan bersama suami tercinta, Hasnoor Rozaini.
Ads
“Okay bercakap pasal masalah rumah tangga ni. Meera rasa setiap orang setiap pasangan setiap individu diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Jadi Meera tak berani nak komen lebih pasal tu,” Katanya.
Ameera Zaini Dedah Kunci ‘Kebahagiaan’ Dalam Perkahwinan
Bagaimanapun, ketika ditanya bagaimanakah dia mengemudi bahtera rumahtangga yang dimiliki agar kekal bertahan hingga ke hari ini, Meera mendedahkan hanya satu tips yang diamalkan dirinya bersama suami.
Ads
“Tapi apa yang Meera boleh katakan menurut sudut pandang Mira, apa yang membuatkan my marriage life still bertahan sampai sekarang.
“Walaupun Mira baru je berkahwin selama sembilan tahun, nak kata Meera dah lama berumah tangga pun tidak. Tapi nak kata terlalu baru pun tidak. Tapi apa yang Mira buat sepanjang melayari bahtera perkahwinan adalah sentiasa komunikasi.
“Communication is the key. Kalau you happy you communicate, kalau you tak happy you communicate as well. Kalau you rasa selesa you communicate, dan jika tak selesa you communicate.
Ads
“Komunikasi ni memang penting dalam perkahwinan, sentiasa berkomunikasi kalau ada apa-apa jangan pendam. Sebab ini memang tak bagus untuk kesihatan rumah tangga kita sebenarnya,” ujarnya.
Untuk rekod, Ameera Zaini menamatkan zaman bujang pada 20 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, rumah tangga pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang putera, Mateen dan Daniel.
Pasti para hijabi mempunyai banyak koleksi tudung di rumah. Daripada koleksi tudung bawal ke shawl, pashmina, sifon, silk dan sebagainya. Namun selepas memakainya, tahukah anda cara yang sesuai untuk mencuci tudung agar tahan lama, tak cepat rosak dan warnanya terpelihara?
Jangan biarkan koleksi tudung bawal dan shawl yang letop pudar sebelum waktu. Ikuti aturan tip ini supaya himpunan tudung anda terjaga dan tahan lebih lama, lagi-lagi shawl yang berjenama dan boleh tahan harganya.
1. JANGAN SENTAL
Untuk mencuci tudung, harus diingatkan, tudung tersebut tidak diramas – ramas. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2. PELEMBUT
Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.
3. ELAKKAN MESIN BASUH
Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. Cukuplah sekadar cuci pelembut dan tidak menyentalnya.
4. PENGASINGAN
Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.
5. GANTUNG
Sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung.
BACA ARTIKEL INI:
Seperti baju juga, sekiranya tudung yang dibeli mempunyai label aturan membasuh, anda dinasihatkan agar dibasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di’rosakkan’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bulu mata palsu dapat mempercantik penampilan mata anda, tapi ada yang perlu diwaspadai darinya. Rupanya sebahagian individu mengalami iritasi terhadap pelekat pada bulu mata palsu.
Lentik atau tidaknya bulu mata sebenarnya tergantung kepada faktor genetik. Sebahagian individu, terutama wanita, merasakan bulu mata mereka tampak lebih lentik dan lebat dengan menggunakan bulu mata palsu. Namun jika tidak digunakan dengan tepat, benda yang seharusnya mempercantik ini justeru dapat memberi impak yang buruk.
Umumnya ada tiga jenis bulu mata palsu berdasarkan jangka waktu pemakaian dan kerumitan pemasangannya.
Bulu mata palsu sementara atau temporary. Berbentuk strip yang ditampal di kelopak mata menggunakan gam khusus. Bulu mata palsu jenis ini boleh dicabut dengan remover untuk mata dan dapat digunakan kembali asal dibersihkan dan disimpan dengan betul.
Bulu mata palsu semi permanen. Biasanya berbentuk ikatan-ikatan kecil yang mana satu ikat terdiri dari 4 helai bulu mata palsu. Ikatan bulu mata ini ditampalkan ke akar bulu mata asli menggunakan gam semi permanen. Bulu mata palsu ini boleh ditanggalkan menggunakan gam penghilang (remover) khusus setelah beberapa hari.
Bulu mata palsu permanent. Satu helai bulu mata palsu ditampalkan di setiap helai bulu mata asli menggunakan gam khusus yang fleksibel. Bulu mata palsu jenis ini boleh bertahan lama, bahkan selama 2-4 minggu, dan harus dilepaskan dengan remover khusus oleh terapis kecantikan profesional.
Bulu mata palsu tersebut sering kali digunakan dalam prosedur extension bulu mata.
Bulu mata palsu memang boleh mempercantikkan wajah, namun mereka juga memiliki risiko yang dapat memengaruhi kesihatan, misalnya:
gam yang digunakan untuk menampal bulu mata palsu boleh menyebabkan iritasi atau reaksi alergi.
Bakteria dan kotoran boleh terjebak di bulu mata palsu dan menyebabkan infeksi mata yang disebabkan oleh virus, bakteria hingga kulat.
Bulu mata palsu boleh menekan folikel bulu mata asli. Jika terjadi terus-menerus, bulu mata asli boleh gugur dan tidak tumbuh kembali.
Menggosok-gosok bulu mata palsu dapat menyebabkan bulu mata asli gugur secara tidak sengaja.
Kebutaan.
Selamat Atau Tidak Menggunakan Bulu Mata Palsu?
Produk bulu mata serta praktik pembuatan bulu mata ekstensi tidak diatur dalam undang-undang mahupun Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPUM), justeru tiap orang yang melakukannya perlu menjaga diri mereka sendiri dari berbagai risiko. Berikut ini adalah hal-hal yang dapat dilakukan untuk melindungi diri.
Masih terdapat kontroversi tentang formaldehida yang digunakan sebagai bahan pelekat bulu mata. Sebahagian orang alergi terhadap bahan tersebut, sementara sebahagian besar lainnya Namun beberapa pelekat mungkin memiliki kadar formaldehida yang melebihi kadar yang dapat ditoleransi. Disarankan mencari jenama yang memberikan informasi yang lengkap tentang produk tersebut.
Uji adakah kulit anda sensitif terhadap kandungan yang ada di gam bulu mata palsu atau tidak. Caranya, sapukan sedikit gam ke kulit tangan dan tunggu selama 24 jam. Jika kulit tangan menjadi kemerahan, bengkak, atau beruam, jangan gunakan produk tersebut.
Pilih produk bulu mata palsu yang bertuliskan “hypoallergenic”.
Ketika memilih tempat untuk memanjangkan bulu mata, pilihlah salon kecantikan yang telah ditaraf, sehingga anda yakin bahawa pekerja yang akan melakukan penyambungan bulu mata telah menjalani latihan khas. Pastikan juga keselamatan dan kebersihan alat dan produk yang digunakan.
Kesalahan saat melekatkan bulu mata palsu dapat menyebabkan iritasi bahkan infeksi serius. Sebelum melakukan penyambungan bulu mata palsu, Pelaksana perlu menjelaskan risiko dan manfaat proses tersebut.
Jangan sekali-kali menampalkan gam langsung ke kelopak mata. Tampalkanlah ke bulu mata palsu.
Selalu menanggalkan bulu mata palsu sebelum tidur.
Jangan pernah meminjamkan bulu mata palsu kepada orang lain agar tidak terjadi pertukaran bakteria penyebab infeksi mata.
Jangan mengeriting bulu mata palsu menggunakan alat pengeriting bulu mata, kerana boleh membuat bulu mata palsu meleleh dan menempel di bulu mata asli.
Efek penggunaan bulu mata palsu ada perbezaannya tersendiri bergantung pada individu. Namun yang pasti, risiko akan jauh lebih berkurang jika anda memilih untuk tidak menggunakan bulu mata palsu secara terus-terusan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namanya pernah berada di kemuncak industri seni suara tanah air, apabila single berjudul ‘Cinta Muka Buku’ meledak hingga menjadi siulan ramai satu ketika dahulu. Malah, mungkin ada dikalangan pembaca HIJABISTA hari ini yang masih lagi memuja figura yang juga komposer lagu yang satu ini.
Namun, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu apabila seawal usia 29 tahun gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini akhirnya melebarkan sayap dan terbang begitu tinggi dalam dunia Pendidikan.
Dulu Penyanyi, Kini Najwa Latif Pensyarah Universiti!
Memetik laporan akhbar tempatan, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti tempatan terkemuka di Dengkil.
Bagaimanapun, Najwa memaklumkan bahawa sepanjang menjadi tenaga pengajar di peringkat Universiti, belum ada pelajar yang pernah bertanya tentang sisi peribadinya sebagai seorang artis yang membawa jenama Najwa Latif.
Tambahnya lagi, dia enggan mencampuradukkan kerjaya sebagai seorang anak seni dan pendidik, justeru Najwa memilih untuk bersikap profesional sepanjang bergelar pendidik kepada anak bangsa.
“Saya tidak pasti sama ada mereka kenal saya atau tidak. Dalam kelas pun saya kenalkan diri sebagai Miss Najwa. Muka mereka nampak biasa sahaja.
“Tapi saya profesional sahaja, sebab baru masuk,” selorohnya.
Menerusi perkembangan sama, suri hati kepada komposer Akwa Ariffin itu juga mengesahkan bahawa sejak Oktober tahun lalu, dia merupakan salah seorang pensyarah bagi program Teaching of English as a Second Language (TESL) yang berkhidmat di Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil.
Najwa Latif Tak Marah, Cuma Akui Sedikit Terkejut
Ketika ditanya tentang respon yang diterima sebaik mengetahui berita dirinya kembali menjadi tenaga pengajar tular, Najwa berkata beliau tidak merasa marah, hanya sedikit terkejut.
“Saya tidak tahu bagaimana orang boleh jumpa maklumat saya kembali bergelar pensyarah. Saya terkejut sahaja, tapi tidak marah, kerana apa yang tular itu memang sudah tertera di dalam portal.
“Sekarang saya mengajar di UITM tapi masih terlalu awal untuk ceritakan pengalaman susah senang. Baru jumpa pelajar sebulan, mereka terus duduki peperiksaan dan cuti.
Untuk recap, Najwa Latif adalah graduan ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan turut memiliki sarjana dalam bidang sama dari Universiti Malaya.
Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Najwa yang sebelum ini pensyarah di UNITAR telah melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Bagaimanapun, setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga Najwa sempat disahkan hamil sebelum mengalami keguguran cahaya mata sulung pada Disember lalu. HIJABISTA mendoakan agar suatu hari nanti rezeki menjadi seorang ibu bapa berpihak pada Najwa dan suami.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...