Para wanita dengan rejim kecantikkan memang tak terpisahkan, memiliki kulit cantik putih mulus sememangnya menjadi dambaan para wanita untuk kekal yakin berketerampilan.

Malah aktres jelita, Ayda Jebat juga tidak terkecuali menginginkan perkara serupa. Malah, siapa sahaja yang melihat kulit wajah si genit ini, pasti merasa cemburu.

Menurut, Ayda dia mempunyai cara tersendiri, untuk mengekalkan kulit cantik selama 10 tahun, hanya dengan mengamalkan minuman berasaskan bahan semula jadi.

Cantik Luar Dalam, Ini Amalan Ayda Jebat!

Hijabi Dambakan Kulit Mulus & Bersih? Ini Rejim Kecantikan Ayda Sejak 10 Tahun Lalu

HIJABISTA sempat bertanyakan apakah ‘Rahsia’ yang diamalkan Ayda bagi mengekalkan kulit cantik dan mulus meskipun berdepan jadual padat menghadiri pengambaran lakonan dan model, serta dalam masa sama mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang menjaga dua orang cahaya mata.

Ads

Menurut Ayda, apabila usia sudah meningkat kolagen dalam badan pun makin menurun, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Sempurna mendedahkan apabila umur semakin bertambah, dia perlu lebih prihatin tentang kecantikan luaran dan dalaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Boleh Move On, Ini Rahsia Awning Hijab Ayda Jebat Terletak Cantik Je Di…

Asbab, menjadi duta kepada produk Aura White yang bertahan selama 10 tahun ini, Ayda hanya mengamalkan minuman yang memudahkan dia menjaga penampilannya.

Dengan ciptaan ‘all in one formula’, ternyata kolagen terbaru ini memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting pada tubuh wanita.

Ads

Ayda Akui Minuman Kolagen Terbukti Atasi Masalah Kulit!

Hijabi Dambakan Kulit Mulus & Bersih? Ini Rejim Kecantikan Ayda Sejak 10 Tahun Lalu

Ayda menjelaskan, Biotin adalah bahan yang terbaik membantu masalah keguguran rambut dan kuku rapuh. Ia menguatkan struktur kuku dan rambut.

Memang sukar untuk anda mendapatkan vitamin sekiranya ia terdapat dalam makanan, tetapi dengan minuman ini memudahkan cara! Sekaligus dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.

Ads

Apabila usia semakin meningkat, kadar kolagen dalam tubuh menurun, jadi wanita boleh menjana semula protein kolagen dalam bentuk peptida, dengan mengamalkan minuman suplemen tambahan yang menawarkan fungsi ini.

Sekarang dah tau ‘rahsia’ Ayda kan? Boleh lah, jadikan amalan. Tiada yang terlambat demi kecantikan. Kalau nak kecantikan kena usaha. Barulah nampak hasilnya!

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Review’ Ikhlas Antara Sebab Rezeki Ayda Dan Nayla Semakin Mencurah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI