‘Hijab Tidak Melayakkan Anda Mewakili Australia’ – Hawra Khalil Mahu Ubah Stereotaip Terhadap Wanita Muslim

Share

Berhijab tidak menghalang seorang wanita untuk berjaya dalam apa jua lapangan kehidupan. Pilihan yang dilakukan asal membawa kebaikan kepada diri seharusnya diraikan dengan positif.

Merupakan gadis muslim berhijab kedua yang menyertai pertandingan ratu cantik berprestij ini, Hawra menganggap peluang untuk menjadi salah seorang peserta sebagai peluang untuk membuktikan yang hijab tidak menghalang dan apa sahaja pilihan tatacara pemakaian seseorang harus diraikan dalam masyarakat yang berbilang kaum.


Terbaru dalam satu hantaran di Instagram, gadis yang mewakili negeri Victoria ini berkata sejak menyertai pertandingan ini pelbagai reaksi yang dia terima, baik yang menyokong dan yang menentang penyertaannya dalam pertandingan ini. Dia mahu mendidik mereka yang merasakan bahawa hijab yang dipakainya sebagai wanita Muslim tidak seharusnya ‘melayakkan’ dirinya dari mewakili negara kanggaru itu di pentas dunia.


Katanya, “Dengan bikini atau burkini, seseorang harus memiliki kebebasan untuk berpakaian dengan apa saja pakaian yang mereka inginkan tanpa menjadi alasan yang menyekat berpotensi menjadi pemimpin untuk menunjukkan impak baik atau mencetuskan perubahan.

“Ya ibu bapa saya berhijrah dari Iraq, Ya saya dilahirkan di sebuah kem pelarian di padang pasir Saudia Arabia. Namun Australia adalah negara yang memberi keluarga saya rumah yang selamat dan tanpa menghiraukan perjuangan perkauman dan diskriminasi yang masih saya hadapi.

“Saya dengan bangga dan bersyukur sebagai seorang hijabi Australia yang mewakili Victoria, Australia yang telah melangkaui stereotaip dan memberi saya peluang ini. Tidak kira apa jua hasilnya, saya akan terus teguh dengan pendirian saya dan semoga ia menjadi inspirasi untuk anda juga berbuat demikian.”

Sumber & Gambar: Instagram Hawra Khalil

Published by
Fiezreen