Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali aktres kesayangan negara seberang, Laudya Cynthia Bella dari Indonesia.
Bukan sahaja sikapnya yang santun, tetapi memiliki seraut wajah yang halus dan mulus. Malah senyuman manis yang terukir di bibir membuatkan penampilan dirinya tak puas mata memandang.
Ketika sesi fotografi dengannya, Hijabista sempat bertanyakan rutin penjagaan harian kecantikan wajah Laudya Cynthia Bella atau Bella yang mempunyai pengikut di laman instagram lebih 39.6 juta ini.
Menurut Bella dia memang sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia anugerah dari Allah.
Bella Akui Amat Menjaga Kecantikkan Kulit Wajah!
“Biasanya kalau hari tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap even tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka.
“Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah.
“Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda,” ujarnya.
Hijab Bukan Halangan Bergaya ‘On Point’
Bagi Bella walaupun sudah berhijab, tetapi seseorang itu masih boleh bergaya ‘on point’ mengikut citarasa masing-masing.
“Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh.
“Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih beruasaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
Artikel berkaitan: Pengalaman Menjadi Seorang Isteri, Laudya Cynthia Bella Anggap Perpisahan Ini Mengajar Jadi Wanita Yang Lebih Baik
“Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang wanita Muslimah.
“Dalam hal ini Bella suka gaya baggy fashion. Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan Bella gemar memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh,” tambahnya.
Untuk rekod, selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Sejak umum bersara dari dunia seni pada Ogos tahun lalu, pasti ramai yang merindui kemunculan Laudya Cynthia Bella di kaca televisyen. Tidak kesal dengan keputusan tersebut, Bella dilihat kian rancak bina empayar dan menjadi usahawan berjaya.
Apatah lagi, jenama L by Laudya Cynthia Bella makin berkembang maju.
Diam tak diam jenama tersebut sudah pun lima tahun bertapak di pasaran Indonesia. Bermula dengan produk muslimah seperti hijab, L by Laudya Cynthia Bella turut mengeluarkan beg, kasut dan produk kecantikan sendiri.
Artikel berkaitan: Tak Mahu ‘Sentuh’ Instagram Ketika Bulan Ramadan, Laudya Cynthia Bella Serah Urusan Kepada Pekerja
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Laudya Cynthia Bella
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI