Pernah tak anda terfikir kenapa duit anda sentiasa tak cukup? Kalau ada lebih pun mesti ada saja perkara yang berlaku yang memerlukan anda untuk mengeluarkan duit. Nak menyimpan setiap bulan mesti tak berkesempatan. Kenapa orang lain boleh je menyimpan, boleh pergi bercuti, pendek kata rezeki mereka tak pernah putus.
Rezeki bukanlah sekadar wang ringgit semata-mata, namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang juga turut dianggap rezeki. Bagi yang beragama Islam, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki oleh-Nya. Selain rasa syukur, kita juga perlu mengamalkan amalan-amalan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zikir yang mujarab untuk membuka pintu rezeki kita seluasnya.
Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki? Amalkan 7 zikir di bawah:
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah”. (HR. At-Tabrani)
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. At-Tabrani)
“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.”
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)