Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Tak Perlu Ambil Pusing Semua Perkara, Peka Kepada Yang Memberi Faedah Sahaja
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
Ads
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Ads
Sayangi Diri Sendiri Terlebih Dahulu!
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
Ads
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
“Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, jiwa manusia akan mati. Melayari bahtera bahagia sebuah rumahtangga juga memerlukan petunjuk dariNya, jadikan doa dan sunnah sebagai amalan untuk melayari keluarga bahagia.
Doa tradisi orang soleh
Semua perkara dalam kehidupan mempunyai doa khusus. Apatah lagi soal-soal yang besar seperti membina keluarga bahagia dan beriman. Itulah uniknya Islam. Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan, menerusi ayat-ayat dalam al-Quran.
Apakah doa yang harus diamalkan dalam rumah tangga? Kesejahteraan dan kerukunan berumah tangga adalah idaman setiap keluarga. Semua orang mahukan keluarga bahagia. Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT.
Berikut himpunan doa yang mustajab diamalkan oleh suami isteri keluarga Islam untuk menjamin kelangsungan kehidupan keluarga bahagia lagi harmoni:
1. Doa Ketika Hendak Berjimak Dengan Isteri
Maksudnya:
Ya Allah, ya Tuhanku, hindarilah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)
InsyaaAllah, jika pasangan itu memperoleh anak kelak, syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya.
2. Doa Mendapat Anak Soleh
Maksudnya:
Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)
3. Zikir Untuk Mendapat Anak
Maksudnya:
Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk
Perempuan yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.
4. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)
Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
— Surah Ali-‘Imran ayat 38
5. Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”
— Surah al-Ahqaf ayat 15
6. Doa Memperoleh Isteri Dan Anak-Anak Bertakwa
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
— Surah al-Furqan 74
7. Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami, Isteri & Anak-Anak Yang Terpisah Agar Tertambat Hati Antara Satu Dengan Yang Lain
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
— Surah Ali ‘Imran 200
Dibaca setiap kali solat fardhu.
8. Doa Kasih Sayang (Pelembut Hati Suami atau Isteri)
Maksudnya:
Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy
— Surah Taha ayat 1-5
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
— Surah Asy-Syura ayat 19
9. Doa Keampunan Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
— Surah al-A’raf ayat 23
10. Doa Memohon Rahmat Dan Pimpinan Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”
— Surah al-Kahfi ayat 10
11. Doa Menghindar Diri Daripada Perangai & Nafsu Jahat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.
12. Doa Mendapat Hidayah Berkekalan Daripada Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
— Surah Ali Imran ayat 8
13. Doa Mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
— Surah al-Baqarah ayat 201
14. Doa Keluar Rumah Agar Mendapat Perlindungan Allah Atas Harta Benda Dan Keluarga
Maksudnya:
Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.
15. Doa (Selawat) Mohon Rezeki Yang Luas Dan Akhlak Yang Baik
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, begitu juga (selawat ini dikurniakan) atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah kesejahteraan (kepada mereka).
16. Doa Melindungi Anak-Anak Daripada Gangguan Syaitan
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)
17. Bacaan Untuk Menolak Gangguan Syaitan
Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada penipuannya, bisikannya dan godaaannya.
18. Doa Ketika Marah
Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
19. Doa Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran
Maksudnya:
Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.
20. Doa Ketika Ditimpa Musibah
Maksudnya:
Sesungguhnya kami milik Allah dan KepadaNya kami akan kembali (pada hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala pada musibahku dan gantilah aku dengan lebih baik daripadanya (musibah itu)
21. Doa Memohon Akhlak Yang Baik
Maksudnya:
Ya Allah, sepertimana Engkau telah mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.
Semoga perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua. Insyallah!
Siapa boleh menidakkan kuasa sentuhan mekap. Hanya dengan sedikit kreativiti dan lakaran kreatif menggunakan alat solek, pasti wajah seseorang itu akan berubah secara total. Begitu juga dengan perkongsian remaja lelaki ini apabila video dia menyolek kakaknya menjadi viral. Kebolehannya melakukan transformasi pada wajah kakaknya, Effa’ Azura Mat Zin yang dikatakan berwajah ‘ganas’ berjaya mengubah penampilan diri.
Bercerita kepada Mstar Online, Muhammad Isma Danial Mat Zin, 22 tahun berkata dia mengambil peluang menata rias wajah kakaknya tu sebaik dia menyatakan keinginan untuk menukar imej dan penampilan diri dengan berhijab serta bersolek.
Menurutnya lagi ketika itu mereka sekeluarga berkumpul di rumah untuk makan malam. Tiba-tiba sahaja kakaknya itu beritahu mahu pakai hijab dan belajar mekap kerana mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya.
“Jadi sebagai adik yang paling rapat saya gembira dengan perkhabaran itu. Saya terus offer nak solekkan dia. Sebenarnya dah lama saya teringin nak mekap muka dia. Jadi bila hati dia dah terbuka untuk disolek, saya pun tak lepas peluang,” katanya.
Dalam video iu memaparkan aksi Danial melakukan transformasi pada wajah kakaknya menggunaka kemahiran yang ada pada dirinya. Malah penampilan Effa yang berambut pendek di awal video seolah-olah bertukar jadi wanita lain yang begitu ayu setelah mendapat sentuhan Danial.
Penampilan kakaknya cukup anggun apabila bersolek dan berhijab. Malah video tular ini menerima hampir 169 ribu tontonan dengan 7 ribu retweet dan tanda suka 12 ribu di laman twitter miliknya sejak dimuat turun.
Malah netizen juga tidak kurang yang memuji hasil sentuhan magis Danial dalam menjadikan penampilan kakaknya berbeza berbanding sebelumnya.
Tambah Danial lagi, kakaknya itu rasa sebak apabila melihat transformasi dilakukannya olehnya. Jika sebelum ini hanya bedak bayi jadi mekap dan foundationnya. Tetapi bila lihat perubahan pada dirinya depan cermin kakaknya itu mula sebak. Sebelum ini mungkin ia tidak yakin dengan dirinya lebih-lebih lagi ramai yang herdik dan kutuk disebabkan saiz badanya yang agak berisi.
“Apabila saya tunjuk muka kakak lepas disolek pada mak, mak juga terkejut dan menangis. ini kerana mak pun tak pernah lihat wajah kakak yang dirias jadi begitu,” ujarnya yang menyifatkan kakaknya itu seorang wanita yang agak kasar, lasak dan nampak ganas.
Menurut Danial yang bekerja di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kuala Lumpur berkata mengenai bakat solekan yang dimiliki, dia memang minat bidang solekan sejak kecil, tetapi mula mengambil kelas dan belajar secara serius enam bulan lalu.
Walaupun karier sebagai jurusolek bukan pekerjaaan pilihan dalam keluarga, namun tanggapan itu salah apabila dia akhirya berjaya membuktikan kerjaya itu turut beri kelebihan kepada dirinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa kata tugas sebagai isteri itu hanya duduk goyang kaki di rumah. Dialah doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...